Wednesday, April 30, 2008

What Is Unit Trust Scheme...part 2

1. Apakah kekurangan skim unit amanah?
1) Risiko
Setiap pelaburan ada risiko. Oleh itu amat penting pelabur untk mengetahui tentang risiko sebelum mereka membuat keputusan melabur. Antara risiko yang terlibat adalah risiko pelaburan. Bagi ekuiti SUA, perubahan harga saham adalah berubah-ubah, maka harga unit dalam SUA boleh turun naik.Namun kelebihan kepelpagaian sebenarnya mengurangkan kesan turun naik harga bagi pleaburan yang mempunyai modal pelaburan yang terhad.Mungkin juga berlaku risiko perubahan perundangan (cth undnag-undang percukaian) yang boleh menjejaskan kepentingan pelabur. Risiko lain adalah mungkin berlaku perubahan bayaran bagi SUA. Namun demikian, syarikat sekuriti dan pemegang amanah akan memastikan kepentingan pemegang unit tidak terjejas.

2) Kehilangan kawalan
Pelabur dalam SUA tiada hak utk menetukan bagaimana simpanan mereka dilaburkan. Mereka perlu bersetuju dengan keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus tabung. Walaubagaimanapun pelabur tidak perlu bimbang mengenai kekurangan ini kerana pengurus tabung mestilah melabur mengikut prospectus dan surat ikatan walaupun jika keadaan pasaran berubah.

3) Yuran dan bayaran
Perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pengurus unit amanah bukanlah percuma. Ada bayaran dan yuran yang perlu dibayar oleh pelabur SUA. Ini akan memberikan kesan ke atas pulangan pelaburan pemegang unit.

4) Kos melepas
Pelabur mungkin mempertikaikan bahawa mereka blh mendapat pulangan yang lebih baik jika mereka melabur sendiri, terutama sekali apabila prestasi SUA mengecewakan. Hal ini mungkin ada benarnya tetapi satu aspek pelaburan yang sering dilupakan adalah tahap risiko yang diambil untuk mencapai pulangan tersebut. Pelaburan melalui Sua memberikan tahap kepelbagaian yang tinggi untuk pelabur dengan simpanan yang terhad.

No comments: