Saturday, June 4, 2011

Ke-Dua

Alhamdulillah genap 2 thn..syukur Ya Allah kerana diberi nikmat merasa hidup berumahtangga bersama yg tersayang..Dulu berdua, kini sudah bertiga..Berempat? Tunggu la dulu..heeeee

2 thn belum cukup sebenarnya untuk mengenali pasangan. Kami masih dlm fasa belajar mengadaptasi diri masing2. Bohong la kalau aku katakan bahawa waktu bercinta adalah sama dgn waktu pabila sudah kawen. Bercinta adalah waktu nk tunjuk semuanya manis, cantik, harum, kemas dan segala2nya baik la..dan kawen adalah waktu bila segala watak sebenar didedahkan..bunyi mcm ngeri tp majoriti itu la hakikatnya kecuali pd siapa yg tidak pernah merasa di alam cinta sebelum kawen.. jd aku mohon pd Allah moga dipanjangkan lg usia rumahtangga kami kerana aku ingin mengenali lebih lama pasangan comelku, En Ahmad Fahmi dgn harapan terima la aku seadanya..heeeeeeheeeeee...

banyak yg aku harapkan dalam rumahtangga kami..tp bak kata pepatah nk miliki semua keinginan adalah mustahil terutamnya semua yg diiginkan tu semua yg baik2 belaka..maklum, manusia mane perfect kan? tp apa salah mencuba..bukankah kita sudah ada contoh teladan terbaik iaitu nabi kita..

tapi walau apepun impian, semua mesti berlandaskan apa yg telah disyariatkan dalam agama. dalam solusi isu no 31, ada menyebut dalam ruangan soal cinta. turutan cinta bg seorang wanita yg bergelar isteri adalah

1. Allah
2. Rasulullah
3. Suami

Inilah turutan cinta yg betul..kadang2 tanpa kita sedar kita selalu meletakkan turutan yg pertama adalah suami, kedua pun suami, ketiga juga suami..sibuk menguruskan kelengkapan suami hingga kelengkapan jiwa bersama Pencipta hanya diisi dgn waktu yg singkat. aku bukan cakap pd org lain tp pd diri sendiri..

Semua tentu pernah dgr pesan Rasulullah
" Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud pada suaminya"

Di sini 'Jika' tu akan kekal sebagai "Jika" . Seorang wanita tidka boleh mnyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Cintailah suami dgn cara yg ditunjukkan Oleh rasulullah kerana Allah.

Aku mahukan cinta kami dibina atas dasar cinta Allah. Sbb jika timbul pergolakan, apabila balik kepada Allah iaitu atas dasar tanggungjawab dan ibadah kepada Allah, cinta akan bertaut kembali. Cinta akan mekar semula.

last but not least, 'Happy Anniversary Abg..' Moga cinta kita adalah cinta kelas pertama yg meletakkan Allah paling atas dlm hati kita..Moga kita diberi rahmat untuk terus memperbaiki diri ke arah yg lebih baik..

5 comments:

nanonano said...

Alhamdulillah,
tup2 dah 2tahun kan,
kejap je,
happy anniversary yana & fahmi
semoga hari2 yg mndatang lg di berkati brsama yg trsayang,
:)

CaHaYa^KetEnaNGan said...

happy anniversary..moga dipanjangkan usia berumah tangga..ameen

haime said...

dapat adiah pe lak kali nih??? happy anniversarry ekk

Rih0ney said...

bace tajuk n3 ni ingtkan husna nak dapat adiks..heheh!

Nurul aziyana said...

terima kasih semua for the doa..

rina, hahahha tunggu adik dlm prut ko kluar dlu ar