entah diorang nie....grrr...bikin kontroversi saje...telur jeee pon
biar betoi.. kt mane tuh kak yana?? ermm telo pon kne timbang hihi
telor pon nk kne timbang hihi
hahahahha kt mane ni??
OMG. ape kes nih?
erk, kesalahan tatabahasa. ni kedai melayu ke apa ni?
den pun ekceli tak tau ni katne..terasa nk tempel kt blog lepas tgk ade org upload kt fb..kui2..lawak kan mesia ni
Post a Comment
Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,yakin dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T. jua. Hai anakku! Orang yang merasa dirinya lebih rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawaduk kepada Allah,dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat. Jauhilah dirimu dari berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam. Hai anakku! Bila engkau menghadapi dua pilihan,menziarahi orang mati atau menghadiri mailis perkahwinan,maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati. Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan ituhanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja. Hai anakku! Bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulkannya. Hai anakku! Apabila engkau ingin mencari teman sejati,maka ujilah terlebih dulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau,maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya. Perbaikkanlah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu,kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya. Hai anakku! Apabila engkau berteman,jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu. Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau sanjungan dari orang lain, kerana penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu beroleh. Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat kepada orang lain. Hai anakku! Janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata,kerana engkau diciptakan Allah bukannya untuk urusan dunia sahaja. Tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata. Hai anakku! Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti,janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, siapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal. Hai anakku! Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu.Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami air hujan. Hai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu,dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan aniayakan diri kamu. Wallahu'alam.
7 comments:
entah diorang nie....grrr...bikin kontroversi saje...telur jeee pon
biar betoi.. kt mane tuh kak yana?? ermm telo pon kne timbang hihi
telor pon nk kne timbang hihi
hahahahha kt mane ni??
OMG. ape kes nih?
erk, kesalahan tatabahasa. ni kedai melayu ke apa ni?
den pun ekceli tak tau ni katne..terasa nk tempel kt blog lepas tgk ade org upload kt fb..kui2..lawak kan mesia ni
Post a Comment