Saturday, November 12, 2011

Breakfast terbaekkkk

Terbaek bagi keluarga kecil kami :)
Terbaek sebab senang nak sedia, cepat dan paling penting sedappp sampai tambah-tambah.
Aku dh boring asal breakfast jer nasi goreng, mee goreng...
Macam special sangat je breakfast aku neh..hehehehhe
Yang sebenor2nya nasi air aka bubur nasi je pon..simple tp kalau kena gaya boleh hulur mangkuk mintak tambah :)


Lauknya pun simple dan senang nak buat-ikan bilis goreng kicap

Goreng ikan bilis sampai garing, jangan hangit sudah. Kalau sampai crunchy lagi baguss. Tumis bawang merah yang dimayang dengan cili padi potong, pastu masuk kicap manis. Campur dengan ikan bilis goreng tadi, gaul sebati. Siap!


Bubur nasi kosong saja

Bubur nasi ni walaupun kosong tapi disebabkan aku letak serai sebatang masa nk reneh tu, aroma dan rasanya akan jadi lain..so takde la kosong dan tawar aje rasanya. Cara masaknya senang. Aku pasti semua orang pun tahu :) Tipsnya kalau nk cepat masak buburnya, blend dulu beras yang telah dibasuh.


Tambah sedap bila nak makan tabur dengan serbuk lada hitam ajishio. Memang terbaekk..Ini kali kedua aku masak lepas kali pertama tak cukup. Yang penting sangat senang nk buat dan hubby suke :)
Jadi puan-puan, kalau malas macam aku ni, boleh la buat breakfast yang ini. Kalau ada telur masin ke, daun sup ke boleh la tambah buat penyeri dan penyedap hidangan.
Sekian untuk resipi kali ini...

3 comments:

Dayu said...

nak buat esok pagi
sbb mmg dah buntu tak tau na buat apa bfaz esok pagi
sedara mara ramai ni kat rumah

farhanna said...

Sesekali mkn bubur pun sodap....lama x mkn bubur....simple tp mnarik.....tp mkn bubur cpt lapar la.....huhuhuhu mesti mkn berulang2

Farhana said...

waaa...bleh cube ni..simple tp sedaap..