Friday, December 2, 2011

Perkara yang kecil memberi makna yang besar

Entri kali ni sekadar celoteh sahaja. Dah lama tak berceloteh. Tetapi amat sesuai dibaca oleh para suami. Er ade ke para suami yang baca blog aku ni? Mcam xde je..

Semalam masa meeting exam, aku cilok2 baca buku men are from mars, women are from venus. Kantoi. Baca pun bukan fokus sangat tapi aku tertarik pada satu topik dalam rumahtangga, tentang perkara-perkara kecil membawa makna yang besar.

Tentu kita dah biasa dengan situasi camni:

Encik Ali seorang doktor pakar yang berjaya. Pekerjaannya banyak mengambil masa tetapi cukup lumayan. Tetapi dia tidak faham mengapa isterinya masih tidak gembira. Dalam fikirannya dia sudah menyediakan kehidupan yang selesa dan bahagia kepada isteri dan keluarga. Tetapi setiap kali pulang isterinya tidak pun bahagia.

Aku cuba relatekan dengan realiti kehidupan rumahtangga yang sering diperkatakan. Cuba renung semula, masa bercinta semuanya indah. si kekasih hati melayan dengan penuh romantik, setiap kali hari2 istimewa pasti kad/bunga/puisi2 cinta dan hadiah2 diberi. Apa2 yang dilakukan pasti si dia tahu dek kerana sifat caring yang ditunjukkan. Pujian toksah cerita la, sentiasa buat hidung kembang semangkuk. Kalau ada gaduh2 tu, pasti ucapan maaf sentiasa diminta. Aku pendekkan, semuanya indah belaka la.

Cuba perhatikan kehidupan berumahtangga. Aku tabik spring kalau masih lagi mengekalkan keadaan yang sama. Sifat romantik masih di tahap tinggi. Sifat caring sentiasa menghiasi diri. Tapi hakikatnya, kebanyakan sudah berubah. Kadang2 para isteri memujuk diri sendiri dengan berkata, "xpela, dh kawen tanggungjawab besar, hubby kena tanggung keluarga, dia tak sempat nk fikir benda kecil2 ni" dan orang lelaki pula mungkin berfikir "perlu fokuskan nk kumpul duit, nk beli rumah besar, nk sediakan kehidupan yang best untuk keluarga"

Tapi satu perkara yang lelaki lupa tentang wanita. Wanita memandang sesuatu kecil sama pentingnya dengan perkara yang besar. Untuk mengambil hati isteri, tidak semestinya dengan membeli kereta besar atau bawa pergi bercuti di luar negara atau beli emas serba satu. Kadangkala dengan spend 20min berborak mesra dengan isteri sebelum tidur, sms isteri tanya dh lunch ke belum, tawarkan diri untuk tolong basuh pinggan atau  ucap terima kasih kerana masak untuknya sudah boleh buat tangki bahagia isteri penuh. Bukan kah itu hanya perkara-perkara kecil? Tapi perkara kecil itu lah yang boleh membuatkan hati isteri berbunga-bunga.

Tapi bukan bermakna suami tak perlu kerja lebih, xperlu bagi benda2 yang besar2 untuk keluarga atau tak perlu berusaha untuk kehidupan yang lebih baik, cukup sekadar dengan perkara-perkara kecil itu. Hidup harus seimbang. Tiada salahnya bekerja untuk keluarga, untuk masa depan keluarga yang lebih baik, dan dalam masa yang sama buat perkara-perkara kecil itu. Tiada ruginya halakan sedikit tenaga untuk bekerja kuat demi tenaga itu kepada tenaga untuk melakukan perkara-perkara kecil dengan niat untuk bahagiakan isteri. Bukan kah anda berkahwin kerana inginkan bahagia. Bukankan bahagia dengan redha Allah itu matlamat perkahwinan? Jadi apa salahnya cipta bahagia dengan perkara-perkara kecil itu.

Sesungguhnya memberi itu lebih baik dari menerima.
Er adakah entri ini berbaur luahan perasaan? Walau apapun, untuk para isteri, syukur itu penting. Bak kata Prof Muhaya, syukurlah anda ada suami sebab ramai lagi di luar sana yang tidak bersuami. meaning, adakah jangan merungut? Ye la kot...Hehehehehehe..peace no war!