Saturday, December 31, 2011

Penutup tahun 2011

Mesti berlambak2 blogger nak buat entry penutup 2011 kan?
Rata2 geng blogger dlm list aku pun semua pakat ade entry tu..aku pun takmo ketinggalan jugak..aishh masa penutup tahun hijrah yg lepas takde pulak sibuk nk buat entry...ish2

2011:
- Suka duka menjadi ibu, bila tgk anak semakin hari semakin besar dan semakin banyak akal, aku seharusnya wajib bersyukur dengan anugerah dan nikmat yang tidak semua org perempuan dapat merasainya..
- Dari segi kerjaya, tidak banyak peningkatan. FYI, selama 3 tahun setengah berkhidmat, baru hari ini aku tgk markah LNPT..hahahahha betapa aku tidak kisah hal2 itu..tengok markah hari ni pun yg cuma 86.47% itu, aku juga tidak punya perasaan.
- Bab family, sepanjang tahun 2011 family sebelah aku ada sedikit kontroversi..melibatkan fitnah dan sebaran cerita yg buruk terhadap mak bapak aku..tapi alhamdulillah nk menjengah tahun baru ni nampaknya masalah sudah selesai..tiada lg sengketa agaknya..bak kata pepatah, dekat bau najis, jauh bau bunga...mengenai apa? biar lah aku dan keluarga sahaja yg tau..harapnya semoga Allah memberi keberkatan kepada kami..
- Perubahan diri - alhamdulillah ada satu yg aku boleh ubah dlm diri aku..dan aku doa, semoga Allah tetapkan aku pada jalan yg benar dan jangan dibolak-balikkan hati aku tapi ditambahkan lagi keimanan aku padaNya..
- Kewangan - pun alhamdulillah, rezeki sentiasa cukup, bisnes tetap jalan walau bz kerja, boleh juga menabung dan hulur pada mak ayah..
- Rumahtangga - Tiada yang perlu dirunguti malah wajib disyukuri kerana punya suami yang cool :) Kalau merungut pun aku tak dapat apa2..kahkahkah kesian..

2012:
Pastinya aku mengharapkan yang baik2 aje..semoga semuanya, diri sendiri, rumahtangga, keluarga, kerjaya dan kewangan bertambah baik, diberkati dan dilindungi oleh Allah sentiasa. Belum rangka azam yg specifik lg sebenarnya. Tapi aku benar2 berharap untuk menjadi muslimah yg lebih baik, yang lebih lembut, yang lebih kuat keimanan. Dan aku juga mohon sekiranya umur aku setakat 2012 sahaja, biar lah pengakhirannya dengan cara yang baik, dimudahkan sakaratul maut dan dijauhkan dari azab kubur.

ok babai 2011...terima kasih Allah kerana memberi aku nikmat yang tiada terkira setiap detik dan setiap ketika..Engkau lah Maha Pengasih dan Penyayang..
Monday, December 26, 2011

Keajaiban Al-quran: Nak tahu m/s dalam Al-quran

Ternyata memang tiada satu kitab pun yang dapat menandingi kehebatan kalam dari Allah ini. Semuanya hebat. Yang tersirat dan tersurat semuanya termaktub dalam al-Quran. Apa yang telah berlaku dan akan berlaku esok, lusa, minggu depan, tahun depan sebenarnya banyak yang telah diungkap di dalam Al-quran. Tunggu kaji je. Jadi benarkah 7 Januari 2012 nanti akan berlaku HUJAN METEOR? nantikan....benar atau tidak wallahualam...semuanya atas kekuasaan ALLAH jua..

Back to the topic.

Aku baru terjumpa tentang cara mudah nk cari muka surat sesuatu surah dalam al-quran. Hanya menggunakan no decimal dan melibatkan sedikit pengiraan yang ringkas.

Formulanya begini:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

M/S 82

Juz yang ke-5

SUBHANALLAH! hebat sekali caturan ALLAH!

Aku crosscheck dengan al-quran yg ada di rumah..dan memang BETUL!..so lepas ni hafal la sifir matematik ni..senang bila nak cari di kemudian hari.


Thursday, December 22, 2011

100 menu harian anak

Tiap kali nk g beli barang rumah kt Tunas Manja Beserah, kompem aku singgah kedai majalah sebelah TM tu..Belek2 majalah ape yg best. Kalo best wajib beli. Biasanya Impiana/Dapur/Anjung Seri/Solusi/Rasa yang biasa dirembat.

Kali ni aku rembat Rasa & Apartment. Ape yg menariknya Rasa bulan Januari 2012 adalah yang ini


Aku kan macam selalu dilema nak masak ape untuk cik cenonet tu. Plus dia yang macam kurang selera makan. Plus lg aku yang tak pandai mendeco kot yg tak boleh menarik minat dia untuk makan.  Huh useless.Jadi tu yang menarik minat aku untuk beli..aku ni bab kumpul buku resepi memang juara :) Lepas ni cita2 aku nk miliki set resepi yang ini pula :) 4 set =  RM90


So ape yg menarik isi dalamnya? Ada bubur & puri makanan bayi, bekal sekolah, pelbagai lauk dan citarasa anak, resepi mi dan pasta, snek dan jus buah untuk anak..Jadi ape tunggu lg, kalau berminat g terjah kdai majalah.



Apartmen ni pulak aku tak pernah beli..pestaim..rasanya menarik lg impiana kot. Boleh la cedok idea skit2 untuk deco rumah baru..rumah sekarang aku deco je sepah balik..huhuhhuuhu


***duit banyak, deco ape pun boleh**
Tuesday, December 20, 2011

Mengimbau kenangan lalu

Semasa aku di tadika, ayah aku akan kasik duit belanja RM0.20 setiap hari...Tengok betul2 RM0.20 bukan RM2 ye..betapa 22thn yang lampau dua puluh sen adalah cukup. Berbekalkan duit 20sen itu la aku boleh beli ini untuk dibawa pulang. 20sen = 1 kelongsong . Kalau tidak beli ini, aku akan beli eskrem.


 Tahu ape benda ni?

*





*





*





*





*




*




*





*


Biskut KAPAL TERBANG!!

Tapi malangnya rasanya langsung tidak sama dengan biskut kapal terbang yang aku beli kt kedai nenek tua depan tadika aku 22thn yang lepas....i miss the taste!

p/s: Husna suke jugak biskut ni..die boleh layan makan walau sedikit pedas..hikhik anak emak!

Entry pendek ketok

Dah lama xupdate blog cabuk ni..idea kontang la katakan..plus bz menjaga puteri lindungan bulan yang dapat pakej best demam+muntah+cirit+flu+cough weekend lepas. Sedap tak pakej tu? 5 in 1. Kalau yang tua ni pun cam hazab nk hadapi, apatah lagi insan sekecil Husna tu. Jawabnya kami laki bini hazab juga la melayan dia yang asyik menangis merengek manja dan segala macam. Duduk salah, berdiri salah. Serba tidak kena. Asyik berdukung ke sana ke mari ikut telunjuk kecil dia nak ke mana..Alahai..Memang menguji tahap kesabaran yang tinggi. Tambah plak aku sendiri yg tak sihat jugak..Selsema tak baik2. Badan sakit2..Uhuk


Ok sekian. Ini la namanya entry pendek ketok!
Wednesday, December 14, 2011

Daging salai masak lemak cili padi + Ikan bakar tom yam

Blog aku ni ada bau-bau macam blog masakan tak? Asyik2 la dok post psl msakan..Aku memang ada cita2 dan minat terpendam nk jd chef tp harusla tak boleh nk lawan master2 chef yg glemer itu..

Ok kali ni nk share psl menu mcm tajuk di atas plok..resepi2 tersebut bukan rekaan aku sendiri yerp..harap maklum kt citu..sesungguhnya aku mencedok dari internet jua..hahahahha kantoi! Takpe, aku bukan plagiat hak orang. Nanti aku bagi sumber yer..kredit pada sumber asal resepi. Tengok, jadik chef pun boleh kumpul pahala. Kalau dah meninggal pun boleh jadik saham akhirat. Orang amik resepi dan cuba kt rumah buat santapan keluarga tersayang, bila sedap seluruh ahli keluarga bahagia dan gembira kerana makan masakan yang sedap. Kan pahala tu membahagiakan orang lain. Tambah plak resepi tu dikongsi2 pula dengan orang lain. ilmu masakan sudah tersebar. Bukan kah ilmu yang berguna tu. Waaah banyak sungguh boleh kumpul pahala chef2 ni kan. Tukar kerjaya pulak la pasni, boleh??

Er panjang pulak tazkirah aku ni.

Ok tamo melalut panjang2 la..ni hasil air tangan aku untuk santapan suami. Sang anak tak makan sebab pedas :)


Feberet aku ni masak lomak cili padi..segala benda kalau boleh aku nk masak lomak cili padi. Ntah2 En Fahmi sebenarnya dah bosan dgn lemak cili padi ni tapi tak sampai hati nk gtau bininya ni..Wakakaka..Tekak aku ni memang sokmo lain ngn tekak suami. Yang dia suka aku xsuka..yg aku hantu dia tak gemor plok. Takpelah..perbezaan itu adalah untuk saling melengkapi..Cewah sedapkan hati napok.

Daging tu aku rebus dulu kendian baru salai atas dapur gas...org moden mane ade dapur arang. nak idupkan arang tu lagi la jauh panggang dari api..wakakaka..so guna dapur gas ajo, jadik jugak daging salainya..Aku buat malam, so pagi esok terus masak. malam tu memang seluruh rumah bau asap salai weih..hahhahaha hubby balik dari lab tgh malam cek habis satu rumah kot2 ade fius mana yg terbakar..hahahhahahahaha...

Resepi kedua plok, ikan bakar tom yam..Yang ni pun resepi cedok jugak. Alahai cedok aje :) belasah..janji perut kenyang. Resepi asal adalah ikan siakap tapi aku bantai je ikan ape yg ade dlm stok. Ni la ikan bakar yang paling senang dan cepat nak buat. Aku ni memang carik resepi yang senang dan cepat je kes tuan puteri pengarang jantung tu selalu jeles aku dok dapur lama2..


Ape? Nak resepi? Baik2..sila klik pada perkataan menu di bawah ye. anda akan dibawa direct kepada empunya resepi.

Daging salai masak lemak cili padi
Ikan siakap bakar tom yam

Aku berani cakap dua-dua resepi ni memang sedap. Testimoni berani ni, sungguh tak menipu langsung. Tapi kalau korang try kemudian tidak sedap, sah la kot tangan panas. Hahahhaha jangan marah naaaaaa, ceq gurau ajaa...

Babai..selamat mencuba :)

Sunday, December 11, 2011

Puding longan sos kastard

Sejak dua menjak ni selalu rasa nak makan je..ke im expecting??? aaahaaaa misteriiiiiii
Sudah la..jangan bikin kontrobesi lagi..test aritu -ve..tapi nggak tahu la masa akan datang :) wutever je la

Aku bikin puding longan tu sebab utamnya adalah kerana aku rasa macam takde makanan je kat rumah..asik la bukak tutup peti tu konon2 ada magic tiba2 ting! ade chilled cheese cake ke, caramel cheese cake ke..tapi hampa petiku tetap lagu tu jugak, kosong!

Nak buat cheese cake telur takdop. Maka carik je la resepi hok ada cukup haul semua bahan. Teringat puidng longan Puan Dayu..google dlm blog dia tapi tak jumpa plak resepinya..susah sangat mintak tolong pakcik google je, jumpa di sini.

Maka ini lah hasil versi chef aziyana.


sos castard tu kalau tmbah margerin+esen vanilla lg umph, rase lemak2 manis gituu


tester pertama :)

Bekerja di dapur dengan penuh dedikasi jam 11malm setelah tuan puteri cik intan payung Nurhusna selamat beradu. Nasib baik senang gila buatnya. Jadi takde lah timbul putus harap tengah jalan masa buatnya. Udah le senang, sedap jilat sudu makannya. Dikombinasikan pula dengan sos kastard, harus la wallah beb!

Friday, December 9, 2011

Toys untuk 18m & above: Kebaikan building blocks

Menurut buku Indahnya Didikan Awal anak2 cara Islam,  aku ada terbaca, salah satu toys yang sesuai untuk anak peringkat umur 18m n above  adalah building blocks. Mesti semua pun tahu kan building blocks tu camne. Dh fofuler zaman berzaman..Erk mcm lama sangat dah terbit ye..kalau tak tahu, lebih kurang macam ni la gayanya


Apa kebaikan toys jenis ni? mengikut pembacaan di blog all baby are genius ni, antara kebaikan adalah:

1. Boleh ajar anak bentuk & shapes: Kalau stimulation untuk baby, tunjukkan shape & borak pasal shape tu. kalau toddlers, suruh anak amik shape yg disebut.

2. Boleh ajar anak warna: Beli building blocks yang colourful. Pasti mereka teruja dengan warna2 yang menarik tu. Kalau nak ajar 2 in 1, boleh ajar bentuk sekali.

3. Boleh ajar anak ttg opposite. Jadi kena pilih building blocks yang saiznya berbeza. Ada yang kecil ada yang besar

4. Membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan.

5. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak. Diorg boleh bina macam2 dengan building blocks ni. Buat rumah, buat kereta, nnt mcm2 bentuk la akan keluar. Ntah2 ngn mak sekali seronok main :)

6. Boleh jalinkan hubungan yang lebih rapat dengan anak : kalau hanya ada anak sorang..kalau ada adik beradik lain, biar diorg main sama2.

7. Boleh latih logik akal.

Semua pun tahu kan anak2 kecil ni banyak belajar melalui permainan. diorg tak study baca buku tebal2 untuk gain knowledge. Pengetahuan yang diorg dapat adalah melalui pemerhatian, pergerakan atau pun melalui cara bermain. Mana tahu kan dek kerana selalu la duk main ngn building block ni one day anak pandai merekacipta replika macam ni ke kan?


So ibu2 bapak2 di luar sana, boleh la try usha2 building blocks untuk hadiah birthday anak ke. Beli toys mengikut kadar keperluan yang betul, yang sesuai dengan umurnya. peringatan ini untuk aku juga sbb aku ni pantang nampak toys yang best rase nak beli je untuk my cenonet tuh. last2 budak tu buat tak tahu je. Sekadar belek lepas tu masuk mulut. Haih..

Aku berkira2 nk beli building blocks ni pun sbb tengok my cenonet tu skrg suka main dengan objek. Contoh tutup buka penutup bekas, keluar masuk barang dalam beg. So harapnya dengan block yang lebih banyak, lebih banyak lagi dia dapat explore :)

Dan make sure kriteria yang harus ada semasa beli building blocks adalah, perlu warna-warni, size yang berbeza dan bentuk yang berbeza. Jika takut boleh mencederakan anak atau anak memang takleh control suka sumbat masuk mulut segala benda yang dia pegang, beli yg bentuk FOAM :)
Thursday, December 8, 2011

Rezeki itu dari Allah

Bukak FB hari pagi2, amik peluang ketika Husna masih tidur..tgk2 Puan Hana dah upload kain sulam shantung. Walaupun warna2 idaman dan memukau mata sudah habis dirembat, tp aku book juga satu. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk mak yang tercinta. Kaler kuning ajo yang tinggal tp sulamnya cantik jugak. Rembat ajo lah. Dh rejeki mak aku gayenya..Die pun setuju dengan kaler di raja tu.


Hari ni juga bila buka FB hangat betul pasal pekeliling baru SBPA dah keluar..penjawat awam memang tunggu2 la pekeliling ni. Semua nak tau berapa gaji naik tahun depan. Pastu mata mula bling2 $$$$..Aku tak habis baca lagi pekeliling tu. Dengar2 pasal nk pilih opsyen bersara 60 tahun juga termasuk..

Retire pd umo 60thn..alahai..bila masa nk beramah mesra ngn cucu ni..cet bajet panjang umor..:) insyaAllah kalau panjang umor..aku yang kerja baru nk masuk 4 tahun ni pun terasa nk retire dh..nak menunggu ke umor 60 tu wajib le jenuh. tambah pulak mcam2 perubahan skim itu la skim ini la tak sampai 60 pun dh retire rasanya sebab kerja dah jadik semakin pelik..transformasi la katakan..aku pernah angan2 nk bersara awal, nk buat apa yang aku minat mcm masak, baking, jahit, buat kraf..alahai seronoknya..hidup tak stress.

Berbalik semula kepada pekeliling tersebut..antara yang terkandung adalah


nampak tu? kali ni semuanya berdasarkan pencapaian..kakitgn awam akan ditransformkan ke arah ala2 kakitgn swasta jugak. sape yg malas, xde la imbuhannya..tak layak ye..sape yg prestasi cemerlang gemilang dan terbilang, harus la bling bling $$$$ lebih sikit. Jadi kalau rasa money is important kena la workholic..Owwhhh aku tidak la kot..

Satu lagi yang menarik perhatian aku adalah yang ini


Ha macam mane tu? apakah yang termasuk dalam keseimbangan kehidupan dan kerjaya? Kalau macam aku ni boleh buat ala2 PJJ la ye? semua tugasan, test, kuiz fully online ..buat video conference nak ajar teori..waah bunyi hebat..so tak perlu la bersusah payah buat jadual waktu..takyah pg2 berkejaran nk thumb print bagai..tiada lagi kekangan kekurangan kelas..takyah buat 5S kt kelas..budak dtg untuk buat lab je..hebat2..i like..boleh la baking cake sambil2 tanda penilaian.

Em macam mana pula dengan keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat? patut diberi tekanan juga tu..dunia ni ladang untuk dapat hasilnya di akhirat kelak. Sibuk sangat mengejar transformasi di dunia sampaikan transformasi untuk akhirat dipinggirkan pun tak boleh juga. Betul tak??

Pasal gaji plk takde yang khusus dalam pekeliling ni..so kene tnggu dpt brape. Tapi seperti tajuk di atas, rezeki tu Allah yang bagi. Kalau kerja ikhlas, tak kipas mengipas bos yang tak panas, tak tutup periuk nasik orang, tak ngadu kt bos orang tu begini begitu, layak la dapat imbuhan kalau kerja bagus kan. Tapi kalau sebaliknya, harusnya boleh nilai sendiri nilai dari setiap sen yang dapat. Wallahualam
Tuesday, December 6, 2011

Renung-renungkan

Mari semak diri sendiri.Adakah kita benar atau sememangnya kita menolak kebenaran

klik untuk tumbesaran

rujukan sini http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html
Monday, December 5, 2011

Sleeping beauty

Anak kecil, walau tengah meneran berak pun comel mukanya. Inikan pula kalau ketika tidur. Perasaan nk marah dengan karenah ketika jaganya, bila menatap wajah suci yang halus mulus waktu dia tidur, boleh bikin hati yang keras menjadi cair. Ajaibnya kuasa yang Allah kurniakan pada wajah tidur seorang anak. Hebat kan? Subhanallah.


Aku suka snap gambar budak tecik ni tidur. Bila aku nk tidur, kadang2 aku bukak henpon belek gambor budak ni dulu. Macam ubat tidur pulak lagaknya. Bila dah puas tatap baru tidur, pernah sekali tertido dengan henpon skali.


Semacam ada satu kuasa yang menarik tatkala melihat dia tidur. Kuasa kasih sayang. Waktu tu la rasa mcam nk cium je anak. Tapi kebiasaan yang aku amal, ketika melihat wajah anak tidur, masa tu aku akan panjatkan doa. Apa sahaja doa yang aku inginkan untuknya.


Princess hati


Friday, December 2, 2011

Perkara yang kecil memberi makna yang besar

Entri kali ni sekadar celoteh sahaja. Dah lama tak berceloteh. Tetapi amat sesuai dibaca oleh para suami. Er ade ke para suami yang baca blog aku ni? Mcam xde je..

Semalam masa meeting exam, aku cilok2 baca buku men are from mars, women are from venus. Kantoi. Baca pun bukan fokus sangat tapi aku tertarik pada satu topik dalam rumahtangga, tentang perkara-perkara kecil membawa makna yang besar.

Tentu kita dah biasa dengan situasi camni:

Encik Ali seorang doktor pakar yang berjaya. Pekerjaannya banyak mengambil masa tetapi cukup lumayan. Tetapi dia tidak faham mengapa isterinya masih tidak gembira. Dalam fikirannya dia sudah menyediakan kehidupan yang selesa dan bahagia kepada isteri dan keluarga. Tetapi setiap kali pulang isterinya tidak pun bahagia.

Aku cuba relatekan dengan realiti kehidupan rumahtangga yang sering diperkatakan. Cuba renung semula, masa bercinta semuanya indah. si kekasih hati melayan dengan penuh romantik, setiap kali hari2 istimewa pasti kad/bunga/puisi2 cinta dan hadiah2 diberi. Apa2 yang dilakukan pasti si dia tahu dek kerana sifat caring yang ditunjukkan. Pujian toksah cerita la, sentiasa buat hidung kembang semangkuk. Kalau ada gaduh2 tu, pasti ucapan maaf sentiasa diminta. Aku pendekkan, semuanya indah belaka la.

Cuba perhatikan kehidupan berumahtangga. Aku tabik spring kalau masih lagi mengekalkan keadaan yang sama. Sifat romantik masih di tahap tinggi. Sifat caring sentiasa menghiasi diri. Tapi hakikatnya, kebanyakan sudah berubah. Kadang2 para isteri memujuk diri sendiri dengan berkata, "xpela, dh kawen tanggungjawab besar, hubby kena tanggung keluarga, dia tak sempat nk fikir benda kecil2 ni" dan orang lelaki pula mungkin berfikir "perlu fokuskan nk kumpul duit, nk beli rumah besar, nk sediakan kehidupan yang best untuk keluarga"

Tapi satu perkara yang lelaki lupa tentang wanita. Wanita memandang sesuatu kecil sama pentingnya dengan perkara yang besar. Untuk mengambil hati isteri, tidak semestinya dengan membeli kereta besar atau bawa pergi bercuti di luar negara atau beli emas serba satu. Kadangkala dengan spend 20min berborak mesra dengan isteri sebelum tidur, sms isteri tanya dh lunch ke belum, tawarkan diri untuk tolong basuh pinggan atau  ucap terima kasih kerana masak untuknya sudah boleh buat tangki bahagia isteri penuh. Bukan kah itu hanya perkara-perkara kecil? Tapi perkara kecil itu lah yang boleh membuatkan hati isteri berbunga-bunga.

Tapi bukan bermakna suami tak perlu kerja lebih, xperlu bagi benda2 yang besar2 untuk keluarga atau tak perlu berusaha untuk kehidupan yang lebih baik, cukup sekadar dengan perkara-perkara kecil itu. Hidup harus seimbang. Tiada salahnya bekerja untuk keluarga, untuk masa depan keluarga yang lebih baik, dan dalam masa yang sama buat perkara-perkara kecil itu. Tiada ruginya halakan sedikit tenaga untuk bekerja kuat demi tenaga itu kepada tenaga untuk melakukan perkara-perkara kecil dengan niat untuk bahagiakan isteri. Bukan kah anda berkahwin kerana inginkan bahagia. Bukankan bahagia dengan redha Allah itu matlamat perkahwinan? Jadi apa salahnya cipta bahagia dengan perkara-perkara kecil itu.

Sesungguhnya memberi itu lebih baik dari menerima.
Er adakah entri ini berbaur luahan perasaan? Walau apapun, untuk para isteri, syukur itu penting. Bak kata Prof Muhaya, syukurlah anda ada suami sebab ramai lagi di luar sana yang tidak bersuami. meaning, adakah jangan merungut? Ye la kot...Hehehehehehe..peace no war!


Related Posts with Thumbnails