Friday, January 20, 2012

Buku tahun 2012

Fuhh!
Entri pertama tahun2012..Betapa aku peram blog ni tanpa sentuhan jejari kementot ku yg kurus keding ni..
Aku takde idea nk mencoret. Kalau idea ada pun, aku malas. Itu je alasan.
Tapi nk biarkan blog ni jadi pekasam macam rugi la pulak. Blog tak glemer pun tetap membuahkan hasil :)

Aku sebenarnya seboleh2 nya nk jadikan blog ni adalah blog yg boleh memberi kebaikan kepada org lain..yang boleh share semua perkara baik untuk diambil panduan..dan blog yang berinformasi..InsyaAllah selagi itu yang mampu aku buat, blog ini akan terus hidup (selagi hayat dikandung badan). Jadi kalau nk cari gosip hot atau luahan perasaan terlampau memang tidak akan jumpa la..hehehhehehe..

Ok perkongsian pertama berkenaan buku pilihan :)
Aku memang suka beli buku tapi tak pernah habis baca kecuali buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah tulisan Prof Kamil. Hajat di hati nnt di rumah boleh buat mini library.

Buku2 ni dibeli hasil BB1M milik suami..aku tumpang sekaki..dan sebenarnya buku2 ni suami yg beli..aku amik buku ustaz Azhar Idrus je..


RM9..Beli online di web PTS dpt disc 15%

Antara hadis palsu yg popular di kalangan masyarakat kita yang dibincangkan dalam buku ini ialah :
  1. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri china
  2. Syurga di bawah tapak kaki ibu
  3. Doa awal dan akhir tahun Hijrah
  4. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
  5. Yasin hati al-quran
  6. Menyapu muka selepas solat
Dan banyak lagi la..semuanya ada 40..Hadis palsu ni walaupun pd pandangan kita sesetengah darinya membawa maksud yg baik atau mengajak ke arah kebaikan tetapi tetap tidak boleh disandarkan kepada nabi Muhammad kerana ia bukan datangnya dari Rasulullah..

"Berdusta ke atasku bukan seperti berdusta ke atas orang lain. Siapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, tempatnya dalam neraka"
[Direkodkan oleh sahih Bukhari & Muslim]

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut boleh beli buku ni. 

Buku no2 adalah:
Bencana Akhir Zaman.


Penceritaan dengan sumber2 yang sahih berdasarkan al-quran dan hadis kronologi bagaimana kiamat terjadi..sangat menarik dan berinformasi..
Semua cerita mengenai dajjal dan nabi Isa terkandung dalam buku  ini..Kesimpulannya bila baca buku ni, InsyaAllah kita akan sentiasa memikirkan ttg akhirat, ttg pembalasan amalan, ttg apa yg kita buat dan ttg apa bekalan kita..
Nabi Muhamaad pernah berkata
"Jarak waktu smasa zaman banginda dengan akhirat adalah seperti jari telunjuk dan jari manis yg dirapatkan"..itu 14 abad yg lampau...bayangkan jaraknya dengan zaman kita hari ini...

5 comments:

sharEna said...

yana, buku prof.kamil pon dua2 tu kite ada. buku mmg byk kt rmh sbb kite mmg suke bace buku. plan nk beli rak buku dpt bonus nnti. hehehe...

mun said...

rajin eh yana membaca..mun kdg2 terbeli jugak..baca jap je..pastue peram buat jeruk.hahahhaa...

*eh yana...mun ader baju nak bagi pada husna...tolong bagi alamat yeee (http://munlovestrawberry.blogspot.com/2012/01/attention-please.html)

CaHaYa^KetEnaNGan said...

travelog dakwah tulisan prof. kamil tu hadiah kahwin..baca sampai habis..best....nurul pun suke beli buku..
alamak bb1m belum amik lagi la..

Kreatif Edukids - Mommy Happy said...

http://jomfaham.blogspot.com/2012/03/buku-40-hadith-popular-palsu-yang-palsu.html

Kreatif Edukids - Mommy Happy said...

http://jomfaham.blogspot.com/2012/03/buku-40-hadith-popular-palsu-yang-palsu.html