Tuesday, May 8, 2012

Gathered clutch nama diberi

Dah beberapa minggu tak sentuh mesin jahit. Bila lama tak menjahit, nak start semula tu payah sikit..tapi bila dah start, dah ade momentum rase macam susah nak berenti pulak. Lagi2 kalau kain dh siap potong. Laju sikit la. Tapi nak kate laju tu tak laju jugak, masa menjahit terhad waktu malam sahaja. Itu pun bergantung waktu tidur anak bertuah Husna. Lambat tidur, kirim salam la, silap2 dengan maknye tidur sekali. Kalu awal tidur plak, belum tentu jugak sy bukak mesin jahit tu :). Pokok pangkal, RAJIN / MALAS.

Projek kali ini sy cabarkan diri untuk cuba buat clutch plak. Clutch ada banyak jenis. Yang dibuat ni diberi nama gathered clutch. Gathered tu agaknya sebab ada kedut2 kt depan tu. Kedut2 tu terhasil dengan cara menarik benang atas. Agaknya kumpul kain jadi rapat2 ckit kot sebab tu namanya camtu..Ape2 je la janji clutch. Tapi kalau guna benang utk kedut lg cun agknya..next time boleh cuba. Dalamnya, ade pocket & card holder. Card holder boleh letak 2 keping kad.


Nak menjahit sekarang ni senang je sebab banyak web/blog yg kasik tutorial. Kt youtube tu berlambak2. Dari tak pandai jahit kalau tgk tutorial mesti jadik. Antara cun dengan tak cun je hasil jahitan tu. So yg tak pandai menjahit pun rasanya boleh menjahit. Belum cuba, jangan kata tidak boleh. :)

 nk letak reben le kt tgh2 stripe tu

Pd awalnya macam pening2 lalat juga nk faham directions nak jahit clutch ni..tp nk seribu daya. Kain dh potong, kain mahal pulak tu. Kalau tak jahit memang tersangat la rugi kan. Usaha jugak la sy nk fahamkan steps tu. Ade jugak la beberapa kali tetas. At last menjadi jugak walaupun ada sedikit kesilapan. Mungkin buat yg ke-2 or seterusnya boleh improve lg mutu jahitan. Sy ambil masa 2jam lebih nk siapkan. Kalau pro agknya 15min dh siap. Bila dh siap rupanya steps tu senang je. kalau buat banyak kali boleh jadik pro jugak kot.

Mungkin akan jahit lg nk bg mak satu as a mother's day gift, boleh die bawak g pasar :)

4 comments:

ღnFashyaღ said...

Yana, terrer nye! kite kalau dah nampak susah ni, malas nya nak buat. Plus dengan anak lagi, lagi la malas, anak tidur mak tidur skali.

Mesin jahit tak bising ke bunyinye?

mun said...

eh okeh jugak yana walaupun pertama kali mencuba..so teruskan usaha tau..mana tahu dari hobby boleh menjadi side income pulak

Dina Zakaria said...

cantiknye...

lilyasha said...

Kreatifnye...