Wednesday, July 25, 2012

Saiko SOLAT

Subhanallah....segala puji bagi Allah..
Aku sebenarnya kagum dengan pemikiran orang dulu2..kagum dengan idea kreatif yg diilhamkan oleh Allah untuk mereka2 yang berusaha mentarbiyahkan anak2 untuk agama.
Salah satunya yg di bawah ni. Terjumpa post dari seorang sahbat FB.




**Copy n paste sahaja. Sumber saudara Majdan

 
Ilmu ni sy berlajar masa umur 6tahun, ayah saiko sy suruh solat jika nak jadi manusia.. asuhan mengunakan batang mancis 17 batang bersamaan 17 rakaat ;)

caranya seperti gambar diatas :

1- jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah sy cakap kalo subuh sy tidak solat, sy jalan tiada kepala..hihi

2- jika tidak solat zohor buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah sy berjalan adop tangan ;D

3- jika tidak solat asar buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah sy cakap sy kalo tidak solat asar jalan tiada dada. ;D

4- jika tidak solat maghrib buang 3 batang mancis bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah..haha ;D

5- jika tidak solat isyak buang 4 batang pada kaki..haha jalan tiada kaki..haha cacat molek terrr..haha

ayah sy cakap kalo sy tidak solat terus menerus maka sy ni bukan lagi manusia. Diri sy tidak sempurna jika solat contoh magrib ngan subuh. Lain2 solat selalu. Jd sy seolah berjalan tiada kepala tiada perut..haha org tgk pun lari hantu ke syaitan budok ni.. So sy kongsi pada kawan2 semua, renung2kanlah jika solat kita tidak sempurna maka cacatlah kita ni.. wallahualam ;)))
 

Terfikir tentang diri sendiri..bagaimana pula cara sendiri untuk mertarbiyah anak sehingga ianya begitu terkesan di dalam jiwa dan hati mereka walaupun apabila kita sudah tiada kelak. Mujur ada rujukan sebegini..sekurang2nya ia membantu. Ilmu yang bermanfaat pastinya memberikan saham akhirat yang menguntungkan.

3 comments:

mun said...

bagus jugak tue ajar anak-anak camtu kan.....

profmie said...

wah menarik jg..bgus ni utk mendidik anak2x,,supaya jgn tinggl solt..

Dina Zakaria said...

bagus lah macam ni..good idea..=)