Tuesday, December 17, 2013

Haid tidak teratur, apa punca dan penawarnya

Haid tidak teratur. Bulan ni datang bulan depan tidak. Risau? Semestinya la kan. Haid tidak stabil seolah-olah macam tak sempurna seperti wanita lain, kata salah seorang customer saya. Bagi yang merancang untuk mendapatkan zuriat plak tentu menjadi lebih sukar untuk planning bila haid tidak stabil.


Masalah haid tak teratur bukanlah masalah kecil. Sukar hamil walaupun dah kawen lama, badan rasa letih, emosi terganggu sehingga mengganggu hubungan suami isteri adalah kesan dari haid tak teratur sama seperti apa yang dialami oleh Pn Ija dalam video ni 


Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan kitaran haid?
Kitaran haid adalah siri bulanan perubahan yang dilalui oleh badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Ini adalah satu tempoh yang haid.

Bagaimana dikatakan haid stabil atau kitaran haid normal?
Kitaran haid, yang dikira dari hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama akan datang,perlu diingat bahawa ianya tidak sama untuk setiap wanita. Aliran haid mungkin berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan dan biasanya terjadi 2-7 hari. Untuk beberapa tahun pertama selepas haid bermula, kitaran haid yang panjang adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, kitaran haid cenderung untuk menjadi lebih pendek selari dengan peningkatan umur.

Kitaran haid juga dianggap normal bila tempohnya sama setiap bulan atau berbeza hari tapi masih dtg setiap bulan dan sakit atau lenguh2 ketika haid juga dianggap normal.

Bagaimana pula bila keadaan haid yang tidak teratur?
Mempunyai kitaran haid tidak teratur bermakna tempoh di antara tempoh berbeza setiap bulan. Iaitu, kadang-kadang mereka datang setiap 28 hari, kadang-kadang setiap 20, kadang-kadang setiap 30.

Apakah yang menyebabkan haid tidak stabil?
Kitaran haid yang tidak stabil boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-

  • Kehamilan atau menyusukan bayi. Tempoh lambat haid boleh memberi tanda awal kehamilan. Menyusu juga biasanya melambatkan kedatangan haid selepas kehamilan.
  • Gangguan pemakanan, penurunan berat badan yang melampau atau senaman berlebihan. Gangguan makan - seperti anoreksia nervosa - penurunan berat badan yang melampau dan peningkatan aktiviti fizikal boleh mengganggu haid.
  • Sindrom Polycystic ovari (PCOS ). Ini gangguan hormon yg boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada ovari dan haid yang tidak teratur .Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan tahap androgen yang luar biasa tinggi androgen (hiperandrogenisme). Androgen adalah hormon seks lelaki. 
  • Kegagalan ovari pra-matang . Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum umur 40 iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40thn. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.
  • Penyakit keradangan pelvis (PID ). Jangkitan organ-organ pembiakan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak teratur.
  • Fibroid rahim. Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan barah rahim. Mereka boleh menyebabkan pendarahan haid lebih banyak dan tempoh haid menjadi lama.
  • Gangguan tiroid (Hyperthyroidism or hypothyroidism)- haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan kita.
Apa yang boleh dilakukan untuk megatasi masalah haid tidak teratur? 
Rawatan adalah bergantung kepada sebab kenapa haid tidak teratur. Dapatkan consultation dan pemeriksaan lanjut dengna doktor pakar sakit puan jika mengalami tempoh haid tidak stabl yang lama. Buat UPT untuk mengetahui anda hamil atau tidak. Jika disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, PCOS mahupun fibroid, GLA COMPLEX adalah cadangan supplement untuk anda bagi memperbetulkan semula hormon dalam badan


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. 

Saya kongsikan di sini Terstimoni pengguna GLA untuk masalah haid tidak teratur




Bagi masalah tyroid pula, rujuk doktor untuk nasihat lanjut bagi mengenalpasti jenis tyroid yang dihidapi. Boleh baca lanjut berkenaan berkenaan dengan masalah hypotiroid, rujuk di link di bawah 


Bagi yang mengalami haid tidak teratur disebabkan oleh penurunan berat badan yang melampau, anda perlu kawal semula proses diet agar tidak member kesan yang boleh membahayakan tubuh badan. 

Bagaimana untuk mendapatkan GLA sebagai vitamin tambahan untuk membantu menstabilkan kitaran haid? Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA yang terbaik  

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM


Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.

3 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera,kak.. saya ada masalah kitar haid...sudah lapan tahun saya ada masalah ni,sudah ambil banyak ubat dan jumpa doktor..masih tidak berkesan.berat badan saya semakin menaik,....

Nurul aziyana said...

dear, boleh wassap saya di no 0129576172 untuk info details ya..sy cuba bantu

Anonymous said...

Ok