Monday, December 30, 2013

Rawat masalah kulit jerawat dan kusam dengan Vitamin C SR Shaklee

" Akak, nak makan apa untuk kulit muka penuh jerawat?" Tanya seorang customer di inbox Super Vitamin Store.
" Kulit muka saya banyak jerawat besar-besar, Vitamin C Shaklee sesuai tak dengan saya?" Tanya seorang lagi customer.



Dan banyak lagi soalan-soalan berkisar tentang jerawat di muka dan cara untuk mengatasinya diajukan. Rata-rata mengutarakan masalah yang sama iaitu JERAWAT. Jerawat terhasil bila sebum, sel kulit mati dan bakteria terperangkap dalam liang roma. Ada banyak faktor terjadinya jerawat. Sesetengah org jerawat hanya timbul bila nak mengalami haid. Sesetengahnya tidak. Cuba lihat satu persatu faktor-faktor di bawah, dan yang manakah terjadi pada diri anda

Faktor 1:
Ketidakseimbangan hormon terutama ketika awal remaja. Pengaruh hormon androgen akan mengakibatkan kalenjar sebaceous mengeluarkan lebih banyak sebum. Sebum akan terperangkap dalam riang roma dan menyebabkan terjadinya jerawat. Hormon androgen juga akan meningkat ketika tempoh menjelang haid. Sebab tu jerawat muncul ketika nak period.


Faktor 2:
 Gaya hidup tidak sihat dan terdedah kepada pencemaran sekitar yang teruk mengundang kehadiran bakteria di permukaan kulit yang berminyak yang dinamakan sebaga Propionibacterium acnes. Sumber makanan bagi bakteria ini adalah sebum dan sel kulit mati di permukaan kulit.

Faktor 3: 
Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Bila stress, badan akan mengeluarkan lebih banyak hormon androgen dan adrenalin lalu mencetuskan lebih banyak sebum. Tahap stress tinggi dan tidak dikawal boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

Faktor 4: 
Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyumbang terjadinya jerawat. Makanan tinggi gula boleh memberi kesan kepada hormon insulin. Hormon insulin boleh mempengaruhi hormon lain termasuklah androgen.

Bagaimana nk rawat kulit jerawat dan kusam? 
Jika jerawat timbul disebabkan penggunaan kosmetik, elakkan daripada menggunakan kosmetik yang tinggi bahan kimia iaitu dpt memutih dan memulih kulit dalam waktu yang singkat. Gunakan bahan2 natural untuk merawat kulit. Elakkan dari makan makanan sembarangan. Pada asasnya semua penyakit adalah berasal dari pemakanan. Terlalu kerap makan makanan berminyak boleh menyebabkan usus tidak sihat, banyak toksik terkumpul di dinding usus dan menghalang penyerapan gizi dan nutrisi. Seelok-eloknya lakukan detoks sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Ambil vitamin sebagai makanan tambahan untuk menyokong kesihatan badan dan kulit. Vitamin penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit adalah termasuk Vitamin C. Vitamin C bantu melindungi tubuh dan kulit dari kerosakan sel. Vitamin C berfungsi untuk menghasilkani hormon anti-stress dan interferon yang dapat meningkatkan imuniti badan. 




Bagaimana Vitamin C SR Shaklee boleh merawat jerawat?


Vitamin C berguna dalam rawatan jerawat atas dua sebab utama: ia berfungsi sebagai antioksidan dan ia menyumbang kepada sintesis kolagen.


Sebagai antioksidan, vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan menguraikannya kepada sebatian yang tidak berbahaya. Salah satu punca jerawat adalah kerosakan kepada kulit akibat daripad aaktiviti radikal bebas. 

Apabila radikal bebas dibiarkan pada kulit, mereka memecahkan protein dan asid lemak yang membentuk kulit dan mengganggu pH normal kulit. Kesan-kesan ini terkumpul dan boleh mengubah sifat kulit. Gangguan radikal bebas yang merosakkan kelenjar sebum boleh meningkatkan pengeluaran sebum dan mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria. Untuk mengelakkan tindak balas rantai ini yang membawa kepada jerawat, vitamin C boleh membantu menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan kulit. Ini membolehkan kulit yang dilindungi dan menghalang pembentukan luka jerawat.

Jangan kata kulit saya ok maka saya tidak perlukan Vitamin C. Sejauh mana kulit ok jika setiap hari kita keluar rumah dan terdedah kepada asap dan pencemaran? Kita sendiri tidak dapat melihat dengan mata kasar aktiviti radikal bebas di kulit. Jika hari ini ok, mungkin esok lusa kesan dari radikal bebas ini akan menampakkan hasil. Maka mungkin terbit keluhan:- 

" Dulu kulit saya ok, tapi sejak 2 menjak ni tiba2 menjadi2 jerawat timbul. Nak keluar rumah pun malu"

Prevention better than cure. Ya tepat sekali ungkapan ini. Tapi bila dah terjadi jerawat, anda masih boleh merawatnya. Amalkan Vitamin C Shaklee yang dilengkapi dengan teknologi sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat jam demi jam. 


Di samping bertindak sebgai antioksidan, vitamin C juga menyumbang kepada pengeluaran kolagen. Kolagen merupakan protein yang membentuk kulit. Apabila ia tidak dikeluarkan dalam jumlah yang betul, sifat dan integriti kulit adalah terjejas dan kulit menjadi mudah terdedah kepada jerawat. Tanpa vitamin C, kolagen yang dihasilkan menjadi tidak stabil dan tidak dapat memenuhi fungsi-fungsi yang diperlukan kulit sebagai penghalang perlindungan.

Berkesan ke Vitamin C SR Shaklee?
Penggunaan Vitamin C yang berterusan berjaya membantu ramai orang dalam memulihkan kulit berjerawat. Berikut adalah antara testimoni pengguna Vitamin C Shaklee







1 botol VITAMIN C SR Shaklee 500mg mengandungi 180 biji. Boleh tahan sehingga 6 bulan penggunaan. Jimat kan? Lebh jimat kerana harganya yang berbaloi berbanding tempoh penggunaa.  Harga untuk 1 botol RM98 ( Hubungi saya untuk harga super menarik). Dapatkan VItamin C untuk merawat jerawat kronik anda hari ini. Kulit bebas jerawat, lebih berseri dan anjal idaman semua org. Order sekarang untuk HARGA MENARIK!!!

Bagaimana nak dapatkan Vitamin C untuk rawat kulit jerawat dan kulit kusam

Boleh Whats app ' Nak VITAMIN C Kulit Jerawat' ke no 012 9576172 (klik link ini untuk lebih pantas http://aziyanashaklee.wasap.my)

Kak Yana akan guide cara makan yang berkesan untuk bantu anak puan cepat sihat.

Untuk COD :

Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang, Taman Impian

Setiap pembelian dengan Kak Yana layak menerima
  • Konsultasi Percuma Secara Berterusan
  • Jadual pengambilan vitamin yang berkesan
  • Tips Kesihatan Exclusive

BERMINAT NAK JANA INCOME MODAL RENDAH DENGAN KAMI? SILA KLIK LINK INI 


BERMINAT NAK DAPAT PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN? DAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI




3 comments:

Anonymous said...

Sya makan vit c shaklee tp jrawat makin naik ..adakah tu tindak balas vit c shaklee?

cara menghilangkan jerawat secara alami said...

Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
.

Unknown said...

Sekali makan berapa biji ye ?O:-)