Wednesday, July 23, 2014

Cara Menghidupkan Malam aka Qiamullail dengan 6 Solat-solat Sunat

Qiamullail adalah memakmurkan dan menghidupkan waktu malam dengan ibadat. Pahalanya berganda-ganda..apatah lagi jika istiqamah mengerjakannya di bulan Ramdhan. Sabda Baginda SAW: 

“Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).




Perlu diingatkan bahawa Islam itu mudah. Segala apa yg Allah perintahkan kebaikannya akan berbalik kepada hamba yg taat. Banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika qiam. Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:
  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Ada 6 solat-solat sunat yang boleh didirikan semasa qiamullail. 

1. Solat Tahajjud
Soalt tahajjud mempunyai banyak kelebihan antaranya mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya, ikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin, percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana, dimudahkan hisab ke atasnya, mendapat catatan amal dari tangan kanan, doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.



“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’; 79)

2. Solat Taubat
Allah akan turun di langit bumi ketika 1/3 malam setiap malam. HambaNya yang bangun malam dan bertaubat amat beruntung kerana Allah berfirman 

"Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
3. Solat Sunat Istikharah
Solat istikharah tidak semestinya untuk mendapat petunjuk ttg jodoh sahaja..tapi juga elok dilakukan sekiranya kita nak melakukan apa2 tindakan atau nk mohon petunjuk dari Allah atas semua perkara. Kadang2 kita buntu kan, tak kisah la buntu nak pilih universiti ke..nak pilih kerja ke..nak beli rumah mana ke dan macam-macam lagi...jadi istikharah la jalan terbaik. 

4. Solat Sunat Tasbih
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, kalau tidak pun setahun sekali, paling2 tidak sekali seumur hidup.” Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.

5. Solat Sunat Hajat
Allah adalah Maha Pemberi. Apa yang kita nak, hanya Allah tempat kita meminta. Itulah sebaik-sebaik cara bagi kita yg berkeinginan kerana semua yg kita nak datangnya dari Allah yg mengatur. Lazimkan bercakap-cakap dengan Allah bukan sahaja di dlm solat tapi di luar juga. 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah SWT atau daripada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”

6.  Solat Sunat Witir
Solat witir adalah solat yang paling sedikit..paling minimum menunaikan solat witir adalah satu rakaat..tapi ramai yg malas nk solat witir. Meh tgk apa kata Rasulullah..mesti lps ni dah tak malas nk buat kan.  
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”   (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

8 comments:

chedacheyu said...

Semoga kita sama-sama mendapat kemanisannya

Wan said...

Ilmu yg amat bermanfaat utk kita smua amalkan. Smoga kita smua direzkikn menemui mlm lailatul kadar Allah. Aamiin

kalam fizik said...

Terima kasih

Qaisara Arif said...

terima kasih untuk ulasan nya .. alhamdulillah ..

melesia said...

Apa yang saya faham dalam mazhab Syafie solat tahajud boleh di lakukan bila kita telah tedur walau sebentar, dan Qiamulail pula ialah menghidupkan malam tanpa tidur... jadi bila masa yang sesuai untuk melakukan solat tahajud tersebut.. mohon pencerahan

Anonymous said...

Apa yang saya faham dalam mazhab Syafie solat tahajud boleh di lakukan bila kita telah tedur walau sebentar, dan Qiamulail pula ialah menghidupkan malam tanpa tidur... jadi bila masa yang sesuai untuk melakukan solat tahajud tersebut.. mohon pencerahan

Atoi Atoi said...

Tk atas nasihat anda...semoga Allah merahmati tuan...amin..8

Anonymous said...

Tk atas nasihat tuan.