Wednesday, September 3, 2014

7 Kelebihan Extended Breastfeeding

Saya adalah antara ibu yang mengamalkan extended breastfeeding. Ada yang menyokong, ada yg tidak. Normal la tu kan. Sedangkan memilih utk menyusukan anak pun ada yg mempersoalkan kenapa tidak diberi susu formula yg lebih senang dan mudah inikan pula yg melibatkan extended breastfeeding. Apa itu extended breastfeeding? ia merujuk kepada menyusukan anak sehingga lebih dari 2tahun. Bermakna ibu tak putuskan penyusuan dan membiarkan anak menyusu selama mana dia mahu. Konsepnya "Jangan tanya, jangan menolak."  Jangan tanya ank nak susu ke tidak dan juga jangan menolak bila dia ingin menyusu. Apa kelebihan extended breastfeeding? Entri ini akan menerangkan tentang 7 kelebihan extended breastfeeding.

Gambar credit dr welovesusuibu.blogspot.com


Secara amnya bayi menyusu secara eksklusif untuk enam bulan pertama, dan kemudian terus menyusu, bersama-sama dengan pengenalan makanan pejal, untuk tahun pertama atau ada demand and supply antara ibu dan bayi. Entended breastfeeding bermula apabila melepasi tempoh 2 tahun. Ada yang sampai 4 thn..6 tahun pun ada lagi. Biasanya terjadi pada anak bongsu ataupun anak yg tak punye adik. Jadi apa kelebihan EXTENDED BREASTFEEDING?

1. Ia menyediakan nutrisi untuk anak.Ramai orang fikir tidak ada nilai nutrisi selepas setahun, dan itu adalah tidak benar sama sekali. Tidak kira berapa lama anak anda menyusu, dia akan terus mendapat manfaat daripada protein, kalsium, lemak, vitamin A, dan lain-lain nutrien dalam susu ibu.

2. Ia meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Anak yang menyusu badan mempunyai risiko berlakunya penyakit dan kadar kematian yang lebih rendah. Manfaat imuniti ini juga dirasai oleh anak yang menyusu. Semakin lama anda menyusu, kemungkinan bayi anda untuk mempunyai beberapa penyakit yang kita kaitkan dengan tidak menyusukan anak, seperti jangkitan telinga dan jangkitan pernafasan atas adalah semakin rendah.

3. Ia membuatkan ibu lebih sihat. Ibu yang menyusukan kurang cenderung untuk mempunyai kanser payudara. Begitu juga risiko kanser ovari dan kanser endometrium. Manfaat kesihatan ni adalah sama di antara ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun dengan ibu yang menyusukan selama 4 tahun.

4.  Ia meningkatkan perkembangan otak. Kajian telah menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu membantu perkembangan ransangan otak anak. Ransangan ini diperoleh menerusi cara anak memasukkan kedua-dua payudara dalam kedudukan yang berbeza yg mana peluang untuk melihat dan mencapai dalam arah yang berbeza.


5. Ia menenangkan anak. Penyusuan susu ibu adalah peluang untuk ibu dan bayi bukan sahaja untuk get connected, tetapi ia juga satu cara untuk menenangkan anak yang dalam keadaan tertekan atau tantrums. Breastfeeding cara paling mudah untuk hentikan tangisan anak. Cara ini paling berkesan untuk saya pujuk anak saya :) jadi tangisan dan amukan tidak berpanjangan.

6 Ia menenangkan untuk ibu. Penyusuan susu ibu adalah tempoh yang mana ibu boleh duduk dengan tenang. Walaupun sibuk bekerja di pejabat atau di rumah, bila sampai tempoh menyusu masa itulah ibu mendapat kerehatan yang menenangkan..hilang stress bekerja.

7 Ia mudah. Extended breastfeeding  boleh menjadi lebih mudah daripada susu formula. Lebih mudah bila anak dah menangis dan ibu pulak terburu-buru. Ia jauh lebih cepat untuk melepas pin bra anda dan tarik bayi rapat dan menyusukan bayi daripada dapatkan air panas, bukak penutup botol, tuang susu, goncang dan baru berikan kepada anak.

Jadi ibu-ibu yang mengamalkan extended breastfeeding, jangan sedih apabila dikritik. Anda masih menang dengan segala kelebihan yang anda dapat dengan extended breastfeeding. I always go with neutral technique. Nanti anak akan berhenti sendiri bila dia tidak mahu. Itupun sebab semua kaedah paksaan dah tak jalan dengan Una, end up sy putuskan, biar dia sendiri yg putuskan bila dia nak berhenti selagi masih ada rezeki untuknya. Sekali skala beritahu juga Una dah besar, tak boleh menyusu. Atau ummi sakit, tak boleh menyusu. At the same time kene ready dgn susu gantian sprt susu formula atau susu kotak dutch lady.

No comments: