Wednesday, September 24, 2014

Tips Bagaimana Meningkatkan Keberkesan Penyerapan Vitamin / Supplement dalam Badan

Tujuan kita makan vitamin atau supplement adalah supaya kita dapat nutrisi yang diperlukan badan dengan secukupnya kerana kita tak mampu nak sediakan makanan harian yang cukup mengikut piramid makanan. Betul tak? Saya makan multivitamin Vitalea sebab setiap hari saya hanya amik 1 hidangan sayur, macam tu juga buah yang mana memang tak cukup untuk hidangan sehari. Sama juga lah Vitamin C, Bcomplex Ostematrix dan vitamin-vitamin lain. Bila makan vitamin sudah tentu lah kita mahukan penyerapan vitamin dalam badan adalah maximum. Jadi entri kali ini, saya nak berkongsi mengenai tips bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin dalam badan. Sia-sia lah kalau makan vitamin tapi tidak diserap sepenuhnya nutrisi dari vitamin tersebut..akibatnya, kita mungkin salahkan vitamin sebab tidak memberi kesan kepada kita.


Sebelum dihurai lanjut, penting kita tahu bahawa untuk badan menyerap nutrien dengan maximum, sistem pencernaan kita mesti dalam keadaan sihat iaitu tidak banyak toksik. Sebab apa? Sebab nutrien tadi akan diserap terlebih dahulu oleh sistem pencernaan sebelum masuk ke dalam salur darah dan seterusnya diserap oleh sel-sel badan.

Ada banyak faktor kegagalan serapan vitamin ke dalam badan dan ianya bergantung kepada jenis vitamin.

(1) Persaingan antara vitamin 
Menurut pakar Jane Higdon penulis buku "An Evidence-Based Approach to Vitamins and Minerals: Health Benefits and Intake Recommendations." dos vitamin B5 yang tinggi boleh menghalang penyerapan Biotin.  Begitu juga, dos vitamin A yang tinggi boleh menghalang penyerapan vitamin K. Tapi sesetengah vitamin diserap dengan lebih berkesan dengan kehadiran vitamin lain contohnya Vitamin C meningkatkan penyerapan kromium dan zat besi. Sebab itu Vitalea seeloknya diambil bersama dengan Vitamin C. Sesetengah vitamin pula turut serta dalam pengangkutan vitamin lain dalam badan. Tembaga (cooper) adalah perlu untuk penyerapan zat besi, dan kekurangannya boleh membawa kepada rendahnya tahap zat besi dalam badan.

(2) Penyerapan Kalsium dan Magnesium
Kalsium berkongsi sifat-sifat kimia yang serupa dengan beberapa mineral lain dan bersaing dengan mereka untuk penyerapan. Persaingan akan menjadi lebih kuat kerana sel-sel badan akan menggunakan tempat penyerapan yang sama untuk mineral-mineral ini. Kalsium bersaing dengan besi dalam dos yang normal, dan kedua-dua nutrien tidak boleh diambil pada masa yang sama. Fluorida, fosforus, mangan dan penyerapan zink juga berkurangan apabila mineral ini diambil bersama-sama dengan kalsium. Sebab itu ostematrix perlu dijarakkan tempoh mengambilan dengan Vitalea, Mealshakes dan Zink

(3) Vitamin D
Tips untuk memastikan bahawa penyerapan kalsium dalam badan adalah maximum, ambil bersama Vitamin D. Istimewanya, Ostematrix dibuat khas lengkap dengan kalsium, vitamin D dan magnesium. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium dan menghalang perkumuhan kalsium dalam air kencing. Tanpa vitamin D, hanya sedikit kalsium diserap. Elakkan juga pengambilan caffiene selepas menelan Ostematrix



(4) Vitamin Larut Lemak
Vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K memerlukan lemak untuk diserap. Kalau sedang berdiet dengan diet rendah lemak atas sebab faktor kesihatan atau mempunyai masalah pencernaan lemak, penyerapan vitamin-vitamin ini akan merosot. Jadi sebelum mengambil vitamin-vitamin larut lemak seperi Vitamin E, Carotomax, Ostematrix, pastikan ia dimakan selepas makan makanan yang mengandungi lemak untuk bantu penyerapan yang lebih baik.



Sebelum consume vitamin atau supplement,adalah penting untuk tahu cara makan yang betul supaya vitamin yang dibeli memberi kesan yang diinginkan. Kalau beli vitamin Shaklee, maka penting untuk cari pengedar Shaklee yang berilmu dan tahu untuk consult cara makan yang betul. Macam mana nak tahu? Tanya la soalan sedikit ilmiah padanya. Contoh, "Vitamin-vitamin ni kena makan setiap hari ke? kalau ya kenapa?" Dan perhatikan cara jawapannya.. Anda boleh semak jawapan yg diberikan dengan mencari sedikit info berkaitan jenis vitamin dan keperluan harian vitamin tersebut. Dari situ, anda boleh tahu anda berhubung dengan pengedar yang boleh consult dengan betul atau pengedar yang sekadar untuk menjual. Semoga entri ini memberi manfaat buat pembaca.
Take your nutrients to the right place at the right time :)

Inginkan vitamin Shaklee?
Boleh hubungi saya di talian berikut untuk buat pesanan. Nak jadi ahli Shaklee pun boley. Vitamin Shaklee adalah selamat dan berkesan lebih dari 50 tahun. 

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo


1 comment:

Alecia Angati said...

Bermaksud, benar la tindakan sy sekarang mengambil vitalea dan ambil juga vitamin 100mg..tp, betul ke sy kena jarakkan pengambilan antara 2 supplimen ini?.