Tuesday, October 14, 2014

Resepi Breakfast Paling Mudah dan Paling Sedap | Cabaran Blog Day 5

Nak cari resepi breakfast PALING MUDAH DAN PALING SEDAP? anda berada di tempat yang betul!! Hamboi..overclaim ke hape ni..semuanya paling..tidak..tidak..ianya hanya betul kalau cuba buat sendiri. Ni resepi breakfast yang paling mudah untuk yang tak berapa nak rajin..hahhahaha..nampak macam simple tapi sedap u! First time buat ni, hubby trus jatuh cinta. Kalau dah jatuh cinta dengan resepi ni dan berulang kali kena buat, tak ke namanya memang ternyata sedap tu..muahahaha..tak salah nk overclaim pun kan...kan..kan..

Apa resepinya?


Nama diberi BUBUR NASI SERAI + IKAN BILIS KICAP PEDAS
Hentam ajolah nama panjang-panjang pun. Beli kat kedai ni paling murah pun RM3 kot 1 mangkuk.. Kalau dah makan 2 mangkuk, RM6 dah..baik sinsing lengan ketuk serai kat dapur, ye dak?

Sebenarnya resepi ni fleksibel..nak buat makan petang boleh, dinner pun boleh. Alah kita buat dia, suka hati la kan nak buat bila..dont limit urself. Yang penting boleh dimakan dengan berjaya.

Meh terjah cara-cara nak buat pulak. Kompem jadik, toksah risau terlebih hokay. Yang tak pernah pegang senduk sodek pun boleh buat ni, dengan syarat iringi dengan keazaman yang tinggi ya.

Bubur Nasi Serai 

  1. Basuh beras -ikut la berapa pot pun..tp kalu buat bubur ni kalau 1 pot hasil akhir serupa 2 pot..sebab pengembangan berlaku lebih banyak. 
  2. Letak air berganda dari biasa..banyak pun tak ngape jgn kurang sudah..tak perlu nak sukat-sukat asal banyak sudah. 
  3. Bila dah nampak macam dah masak nasi tu (blum jd bubur lg) masukkan dalam blender, blender aje kasik cpt hancur..kata resepi cepat kan..so kita cepatkan prosesnya..work smart ok! 
  4. Pastu panaskan semula, kalau kering tambahkan air..masa ni masukkan 1 batang serai. Ketuk dulu serai tu. Then tunggu lah sampai agak2 pekat dan boleh dimakan, tutup api. Pastikan ada aroma serai tu ye..nak tabur secubit dua garam pun tabur lah, no hal. 


Ikan Bilis Kicap Pedas

  1. Panaskan sedikit minyak 
  2. Bersihkan ikan bilis dan toskan cepat2..jangan rendam ya nnt layu tak rangup 
  3. Minyak dh betul panas, goreng garing ikan bilis tu 
  4. Angkat, guna kuali yang sama goreng lcili padi yang dihiris dan bwang merah yang dimayang (yg ni pun suka hati je nk letak brape biji lagi banyak lagi sedap kot tap toksah la nampak bawang je ikan bilis tenggelam). 
  5. Agak dah kuning bawang, masukkan kicap manis. Kacau sebati 
  6. Masukkan ikan bilis goreng td dan kaup balik, trus tutup api. jangan goreng lama2 nanti tak crunchy ikan bilis tu.
  7. Hidangkan 
Cara nak makan

Ewah cara makan pun nak ajar...hahahahha.. kalau nak sedap, taburkan lada hitam ajishio. Kalau ada telur masin pun boleh dimakan sekali. Lepas tu letak la ikan bilis tadi tu. Makan time panas tau. 

Inilah resepi paling senang paling sedap paling cepat...dan mengenyangkan. Jangan lupa untuk cuba ya..






4 comments:

Nurru Adila said...

haaaa.... nak cuba lah.. :)

Dilla Jalil said...

kenapa lah tak terfikir nak blend nasi tu supaya cepat masak n cepat hancur..(kecuali bubur utk anak)..hehee..

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

hoooo best tuh

Salbiah Karim said...

yummie, tapi kalo buh sup lagi sedap... tambah kacang, bawang goreng. wah slurpp2, meleleh air liur..