Wednesday, October 15, 2014

Lilawadi Restoren Kegemaran Saya Di Kuantan | Cabaran Blog Day 6

Mencari tempat makan best di Kuantan? Sila lah ke Lilawadi yang kini ada 2 cawangan. Satu di Jalan Teluk Sisek dan satu lagi di Indera Mahkota 5. Lilawadi dah jadi restoren kegemaran saya sejak pertama kali merasai kesedapan manggo cheese cakenya. Sedapnya manggo cheese cake tu memang takde orang boleh celen lagi kot dan tak jumpa kat mana-mana tempat kat Kuantan ni. Tapi walaupun restoren kegemaran, idok ler teman terjah hari-hari. Cumanya bila rasa nak makan luar tu sekali sekala datang sini.



Sebut je mango cheese cake, memang boleh tangkap leleh dan telan air liur. Tu belum tengok gambar lagi. Superb I tell u. Tak caye sila jamu mata dulu dengan gambar ni. Orang dekat pun boleh terkenang apatah lagi orang jauh. Disebabkan kesedapannya, saya jarang beli by slice, selalunya angkut 1 biji terus bawak balik rumah. Lebih berbaloi beli cheese cake kt sini berbanding di secret resepi.


Gambar ihsan Lilawadi.com 

Amacam? Amacam? Rasa tak nak telan air liur tu? Hihihihihi..
Apa yang menariknya mango cheese cake ni adalah sos manggo yang kaler kuning tu. Wallah! Tapi cheese cake ni lebih terasa kesedapannya bila makan time sebaik sahaja baru keluar peti ais. Ala-ala macam eskrem gitu, lemak manis semua ada. Aihhh tak boleh nk gambar la, memang kena try masuk mulut sendiri dulu. Selain manggo cheese cake ni, ada juga strawberry cheese cake tapi saya lebih suka yang manggo. 

Sebenarnya Lilawadi ni bukan restoren makan manggo cheese cake je. Itu side dish sahaja, ntah kenapa glemer bila sebut cake. Menu utama kt sini adalah grill steamboat yang dipanggil PAN BARBEQUE. Bagi yang memang hantu dengan steamboat, memang berbaloi la datang sini. 
Ada 4 jenis menu dalanm Pan Barbeque ni..haa boleh pilih la nak yang mana..campur pun takpe. Semuanya sedap! Ada 2 pilihan kuah, tomyam dan sup. Saya lebih suka bakar dengan kuah tom yam. 



gambar ihsan google

Agak-agak tak nak makan steamboat, jangan risau. Menu lain pun ada macam nasi goreng, burger, mee dan macam-macam lagi lah. Again, kena terjah sendiri ya. Satu lagi yang saya selalu order adalah air pandan. Fresh sungguh rasa air pandan ni. 


Bagi yang nak berJJCM kat sini, boleh datang pada waktu-waktu bisnes beroperasi. Kalau nak datang dalam 1 kumpulan besar, dinasihatkan buat tempahan terlebih dahulu 


Dah rasa makanan kat Lilawadi ni, lepas tu boleh terjah restoren western food KOTAK KALAM plak..juga di lokasi jalan Teluk Sisek. Unik kan nama. Nnt dah pergi saya bagi review yup. Kalau dah makan kat Lilawadi ni boleh lah bagi review sikit pengalaman makan kat sana :) 

Enjoy ur food there. 

Mencari Pengedar Shaklee Kuantan, hubungi saya 

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

4 comments:

azila aziz said...

terbaik la Lila Wadi,

nanonano said...

im 15? im5 la weii, hahaha
nway, dlu ske lilawadi,
sbb aku ske steamboat,
tp lps jumpe steamboat sedak n murah kt hotel city time, trus xjejak dh lilawadi, hehehe
org mkn byk cm aku perlu g kt tmpat yg buffet je, lilawadi bg spinggan tu je ckup2 xleh menambah, xpuas, kihkih
pjg lak komennye, bai!

nurul aziyana said...

hahaha nano, aku mmg nak tulis im5 tp ntah kenapa g tulis 15.. hadoi..

aku sbnrnya g lilawadi tu nk makn cheese cake je..kadnag2 mkn ns goreng ngn cheese cake pastu balik

anis said...

Teringinnya nk rasa manggo cheese cake tu..mcm kecur air liur..