Saturday, October 18, 2014

Tanam Pokok Ros Jepun | Hobi Paling Senang dan Menyenangkan

Saya adalah ahli kelab peminat ros jepun. Kami ada group khas di FB. Pernah tengok rupa ros jepun? Ros jepun ni banyak nama. kalau mak-mak kat kampung mereka panggil bunga pukul 10. Sebabnya bunga ni kembang waktu pagi je, kalau jam 10 tu memang kembang cantik. Bila petang bunga akan kuncup dan kembang semula esok pagi. Macam mana rupa pokok ros jepun ni? Haaa tengok gambar ni

Cantik dan comel 

Ros jepun ni banyak warna dan jenis. Kalau ditanam ikut warna memang sedap sangat mata memandang, boleh jadi terapi jiwa jugak lah. Pokok ni jenis menjalar juga dan cara nak tanam pun amat mudah. Sebab tu lah saya panggil ianya sebagai hobi yang paling senang dan menyenangkan. Silap hari bulan kalau kena gaya mmg boleh jadi macam taman bunga kat rumah.  

Cara nak tanam ros jepun senang aje. 
Kalau guna keratan batang, just  kerat dari batang pokok then cucuk aje dalam tanah. Bunga ni kalau tak tanam pun boleh kembang, apa lagi kalau dah tanam. Pendek kata cucuk aje la dalam tanah. Pastu seminggu sekali letak baja bunga. Siram plak 2hari skali pun boleh..siram hari2 lagi bagus. Lebih bagus letak bawah panas. Kalau ada jiran-jiran atau kawan-kawan yang tanam juga, boleh la mintak ngn diorg then tanam sendiri. Cantik bila digantung tepi pagar. 

Ok meh kita jamu mata sikit dengan bunga-bunga ros jepun kat rumah saya ni 
Ada warna merah jambu, merah, putih, kuning, oren, peach semua ada :) 
Seronok betul bila tengok diorg berbunga. Petang-petang ni la port paling best nak lepak..hadap pokok sambil tanam yang baru.





Ros jepun ni jadi pilihan sebab susah nak mati. Sebelum pergi US saya memang ada tanam pokok bunga yang lain juga. Tapi 2 minggu kat sana, bunga2 tu mati tak bersiram. Kesian sungguh..yang boleh survive tanpa air bunga ros jepun je lah walaupun ade jugak yang mcm layu2 tapi bila siram dan letak baja subur kembali. 

So sape yang tanama pokok selalu mati, boleh la pilih ros jepun atau nama ringkas RJ untuk ditanam kt rumah. Pokok yang paling mudah dan senang nak jaga. Hanya 3 syarat penting kalau nak tgk bunga banyak dan subur. Kalau tak ikut syarat ni pokok tak mati cuma bunga je mcm segan nak keluar.
  1. Bajakan dengan baja bunga 
  2. Siram sekali atau 2x sehari 
  3. Letak tengah panas

Nak dapatkan pokok ni tak susah, G je nursery boleh beli. 1 bekas biasanya dalam rm6-7. Lpas tu boleh tanam sendiri aje kalau nak biakkannya dari yang dah sedia ada. Happy gardening :)

Perluka vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya juga di

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

4 comments:

Farha IbuCergas said...

Fulamak.... rajinnyaaa!!

petang ni carik la bunga ni. Since iman suka sgt menari2 ala2 hindustan tapi bunganya x de.. sian.. :D

Vitamin Terbaik said...

Cantik...

Shaifful Mohd said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Canteekkk..canteekk..