Sunday, May 24, 2015

6 Kaedah Semulajadi Pilih Jantina Anak Bakal Lahir

Nak anak lelaki ke anak perempuan? Yang baru merancang ank pertama biasanya tak kisah anak lelaki ke anak perempuan. Tapi kalau dah 3 orang anak lelaki, biasanya bila merancang anak ke4 pasti mengharapkan dapat anak perempuan pula.
Ada banyak kaedah untuk rancang jantina anak. Entri kali ni saya nak share kaedah semulajadi untuk pilih jantina anak bakal lahir. Apapun ini semua usaha dan rancangan, yang menentukan jadi ke tak jadi tentulah Yang Menjadikannya iaitu Allah. Jadi cuba ajelah ya kaedah semulajadi ni dan jangan lupa terus titipkan doa.


Ada 6 kaedah yang boleh dicuba dan memerlukan kerjasama kedua belah pihak iaitu suami dan isteri.
Kiranya ini bukan usaha sebelah pihak je ya..jadi bawak-bawak la berpakat suami isteri. Apa yang penting?? Kerjaaaasama

Kaedah #1: Makanan

Ank perempuan: Suami kena makan lebih banyak makanan beralkali, isteri plak makan makanan berasid.
Anak lelaki: Terbalik dari yang atas tu.
Makanan beralkali : Sayur-sayuran, buah-buahan, putih telur, susu
Makanan berasid: Daging, makanan laut dan lain-lain
Jadi atur diet anda mengikut keperluan ni, jangan makan terlebih sudah nanti jadi lain pula.


Kaedah #2: Masa

Kalau suami isteri kerap bersama sebelum datang haid, peluang untuk dapat anak perempuan lebih tinggi. Tapi kalau anda berdua bersama lepas tempoh haid iaitu hari ke 11-15, peluang untuk dapat anak lelaki lebih tinggi.

Kaedah #3: Kedalaman

Anak perempuan: Suami jangan masukkan zakar terlalu dalam ke vagina
Anak lelaki: Buat perkara sebaliknya.
Sebabnya kromosom X mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y sebaliknya. Kromosom X akan menentukan anak perempuan manakala kromosom Y menentukan anak lelaki.



Kaedah #4: Kemuncak 

Anak perempuan: Suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri
Sebabnya bila isteri klimaks, cecair yang keluar bersifat alkali
Anak lelaki:  Suami klimaks selepas isteri.

Kaedah #5: Persediaan isteri

Sebelum hubungan intim suami isteri, isteri boleh basuh vagina menggunakan 1 sudu cuka yang dicampur dengan semangkuk air kalau merancang anak perempuan.
Sebaliknya kalau merancang anak lelaki, cuci vagina dengan campuran 1 mangkuk air dan 1 sudu soda supaya keadaan vagina beralkali.

Kaedah #6: Kedudukan

Anak perempuan: Lakukan posisi isteri di atas dan suami di bawah ketika hubungan intim.
Anak lelaki: Buat sebaliknya.

Jadi dah tahu 6 kaedah ni, boleh la merancang dari sekarang apa yang perlu dibuat dan tak perlu dibuat.

Anda juga mungkin berminat untuk tahu lanjut tentang
>>  Cara meningkatkan kesuburan melalui cara meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Klik SINI 
>> Vitamin cinta untuk hangatkan hubungan suami isteri. Klik SINI
>> Cara cepat hamil bagi pasangan 30an. Klik SINI 
>> Top 5 vitamin agar cepat hamil. Klik SINI


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

NAK DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA???? Klik LINK INI

No comments: