Tuesday, July 7, 2015

6 Cara Mudah Tukar Lampin Bayi Yang Banyak Bergerak

Masa anak masih bayi, sekejap je nak tukar lampin. Sebab masa tu bayi tak pandai nak bergerak seperti merangkak, meniarap dan sebagainya..tapi bila dah besar haih mak pun pening kadag-kadang terpaksa berkejar pulak sebab banyak bergerak. Boleh jadi waktu pakai lampin adalah waktu yang mencabar dan boleh berpeluh ketiak jadinya. Haa macam mana nak tukar lampin dalam masa yang singkat walaupun anak suka.bergerak.
Jom cekidaut!



Tip #1: Buat ala-ala sedang bermain

Masa tukar lampin tu tarik perhatian anak. Contohnya tanya anak "mana kaki" ibu boleh pura-pura seolah-olah sedang cari kakinya. Bila anak tunjuk kakinya, buat macam tangkap kakinya dan cakap "yeay ummi dpt kaki adik". Sambil tu buat cepat-cepat kerja memakai lampin.

Tip #2: Gunakan kuasa gambar

Letakkan gambar di tempat atau bilik tukar lampin. Bayi lebih suka bila tengok objek berbentuk gambar kerana mereka lebih mudah kenal melalui gambar. Nak buat apa dengan gambar ni? Komunikasi. Contohnya ada gambar Cat. Komunikasi dengan anak tentang Cat "bunyi cat macam mana? Meowwww..meoooow. Bayi akan tertarik dengan gambar tersebut dan cerita anda sehingga fokusnya bukan lagi untuk bergerak. Jadi ibu boleh tukar lampin dengan mudah.

========================================================
Masalah anak sembelit teruk? Ikuti kisah dan pengalaman ibu ini mengatasinya



=========================================================

Tip #3: Beri mainan

Sediakan mainan kegemaran anak terlebih dahulu sebelum kerja menukar lampin dilakukan. Ianya boleh dimanfaatkan dan buat anak leka dengan mainannya sementara ibu menukar lampin.

Tip #4: Libatkan teddy bear atau patung robot/ultraman 

Agar tidak bosan dan menyebabkan anak bergerak atau berpusing, cuba 'ajak' teddy bear/patung robot kegemaran anak teman ibu untuk tukar lampin anak. Cakap seperti seolah-olah tip #1. Buat cerita bahawa kali ini bukan ibu yang akan tukar lampin tapi teddy bear/patung robot tersebut yang nak ukar lampin. Letakkan patung di sisi ibu supaya anak percaya la kan teddy bear tu nak tukarkan lampinnya.

Tip #5: Alihkan perhatian 

Fokuskan mata anak masa tukar lampin. Kalau anak sedang tengok ke atas, maka ibu boleh cerita pasal cicak di dinding. Bila habis pasal cicak, arahkan pandangan ke tempat lain pula. Contoh pada bunga luar tingkap atau pun objek yang bergerak. Kalau tukar lampin di playmate, boleh guna objek yang bergerak-gerak yang digantung di playmate untuk tarik perhatiannya.

Tip #6: Pandang mata anak 

Cuba tatap matanya masa tukar lampin. Sambil tu ajak anak berbual-bual. Boleh buat main-main mata..contoh kenyit mata ke, besarkan bola mata, Sambil-sambil tu boleh terangkan kenapa anak kena pakai lampin.

Haaa senang je kan tips ni. Jadi mak ni memang banyak kena kreatif. Kena belajar macam-macam sebagai kita akan melalui pelbagai pengalaman dalam proses nak membesarkan anak-anak.
Memang agak memenatkan tapi itulah tugas kita yang telah diamanahkan.
Semoga tips ni bermanfaat untuk ibu-ibu yang sokmo berpeluh ketiak kejar anak bila tiba masa nak tukar lampin anak.

Ingin dapatkan vitamin tambahan untuk anak kesayangan yang ada masalah tidak selera makan, asthma, selalu demam dan batuk, sembelit kronik, kurang fokus dan tumpuan, boleh hubungi saya

Pengedar Sah SHAKLEE Malaysia
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com


No comments: