Saturday, March 5, 2016

13 Punca-Punca Bersalin Caeser Yang Perlu Diketahui

Kenali 13 Punca-Punca Bersalin Caeser

Saya alami dua pengalaman bersalin yang berbeza walaupun cara sama iaitu melalui pembedahan atau nama glemer ceaser. Yang pertama terpaksa ceaser kerana muka baby mendongak dan yang kedua sebab songsang di akhir kehamilan.



Ada banyak sebab kenapa doktor memutuskan untuk bersalin secara pembedahan. Dan semua sebab adalah kerana risiko samada risiko kepada ibu atau kepada bayi.

==========================================================
Ikuti Pengalaman ibu berpantang caeser


============================================================


Ada 8 sebab faktor bersalin secara caesar yang berpunca daripada bayi 

1. Lemas 
Bayi lemas atau tak biasanya dibuat melalui ujian CTG iaitu alat utk kesan denyutan jantung bayi. Warna air ketuban juga boleh memberi signal. Air ketuban jernih maksudnya tidak ada apa-apa masalah. Air ketuban kuning kehijauan cair samda pekat atau sangat pekat menandakan bayi sudah mengeluarkan najis(mekonium). Kalau air ketuban merah, uri sudah lekang.
Bahayanya bayi lemas ni boleh menyebabkan bekalan oksigen pada otak bayi berkuranganlalu menyebabkan ia tak dapat berfungsi dan boleh juga menyebabkan organ-organ dalaman lain gagal berfungsi

2. Saiz Besar
Biasanya bayi yang lebih dari 4 kg dilahirkan secara pembedahan. Namun ada juga yang berjaya melahirkan secara normal tanpa masalah. Bergantung kepada kondisi ibu juga. 

3. Cephalopelvic disproportion (CPD) 
Ada 2 jenis CPD iaitu True CPD dan Relative CPD. Yang True CPD berlaku sebab nisbah tulang punggung ibu tak sepadan dengan kepala bayi. Manakal Relative CPD pula bila tulang punggung ibu normal namun kepala atau size lebih besar untuk melaluinya. 

4. Kedudukan 
Bila kedudukan melintang atau songsang, caesarean adalah merupakan pilihan untuk mengeluarkan bayi dengan selamat walaupun kadang-kadang ada peluang untuk melahirkan secara normal. 

5. Cacat
Tak semua bayi yang cacat terpaksa melalui pembedahan. Ianya khusus untuk masalah hydrocephalus. 

6. Pembesaran terbantut (Intra Utierine Growth Retandation) 
Kekurangan bekalan oksigen pada bayi dalam kandungan boleh menyebabkan pertumbuhan bayi terbantut. Bagi mengelakkan komplikasi baisanya caesarean adalah pilihan 


7. Kembar
Bayi yang kembar dua masih ada peluang untuk bersalin secara normal tapi bergantung juga pada kedudukan bayi. Namun jika kembar tiga atau lebih, biasanya caesarean adalah langkah yang lebih selamat. 



8. Tali pusat bermasalah 
Sebarang masalah yang berkaitan dengan tali pusat seperti tali pusat terkeluar, terbelit dan sebagainya pembedahan caeserean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi pada bayi. 

OK mcm mana pula dari segi faktor dari ibu?

5 sebab faktor bersalin secara caesar yang berpunca daripada ibu adalah 

1. Masalah kesihatan 
Kalau ibu disahkan mengidap darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung yang tak terkawal semasa hamil, pembedahan caeserean bakal dilalui kerana masalah kesihatan boleh menjadi lebih buruk jika bersalin secara normal. 

2. Rahim pecah (uterine rupture) 
Risiko rahim pecah ni biasanya berlaku bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai atau pernah buang ketumbuhan fibroid. Ada juga dikatakan air selusuh dari herba genggam fatimah boleh memberi risiko rahim pecah. 


3. Masalah Uri 
Tidak ada kompromi jika berlaku masalah uri seperti plasenta praevia atau placenta abruption dan sebagainya. Ibu perlu melalui pembedahan 


4. Pembedahan lebih dari 2 kali 
Jika sudah melalui pembedahan lebih dari 2 x, ibu tidak ada pilihan lain melainkan dengan pembedahan juga kerana dibimbangi parut pada rahim akibat pembedahan sebelum ini akan terkoyak. 

5. Proses Kelahiran Panjang
Bila nak bersalin, kita akan melalui 2 fasa kelahiran iaitiu latern (rahim buka hingga 3cm) dan aktif (dari 3cm - 10 cm) yang boleh ambil masa hingga 7 jam. Kalau lebhi dari 7 jam, ia dianggap proses kelahiran panjang. Kalau mendesak, pilihan yang ada adalah caeserean. 

Pengalaman saya bersalin caeser ni masa bersalin memang relax je la..tapi sejuknya tu memang menggigil sampai ke tulang, nak bercakap pun tak mampu masa dalam OT.
Tapi lepas bersalin memang sangat terasa sakitnya, pergerakan sangat terbatas. Berbeza dengan yang bersalin normal.
Boleh baca pengalaman saya bersalin secara pembedahan dan bagaimana saya cuba untuk cepat baik luka pembedahan caeser di SINI


SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, KuantanKuantan

1 comment:

Syireen Halim said...

Owh baru tau...tq for great info