Monday, April 18, 2016

Nak Kurus : Detox Lebih Penting dari Diet?

"Sara, jom makan!"
"Aku diet lah. Nak kurus ni " kata Sara

Situasi normal bila seseorang tengah plan nak kurus. Nak kurus, maknanya tak makan. Betul ke prinsip begini untuk kurus? 


Sangat ramai orang berimpian nak kurus. Tapi kebanyakannya tidak capai matlamat kerana tewas di tengah jalan. Salah satunya sebab di atas. Nak kurus dengan cara tak makan atau skip makan.

Ada juga yang nak kurus tapi tiidak tahan godaan makanan pula.
Itu normal. Sebab manusia ada nafsu, lagi la perempuan yang nafsunya lebih sikit.
Banyak faktor yang menyumbang kepada gagal nak kurus.

Tapi hari ni ummi nk berkongsi tentang salah faham mengenai diet.
Diet bukanlah bererti tidak makan. Diet bermakna pilihan makanan untuk meningkatkan dan memperbaiki tahap kesihatan.
Maksudnya, kita pilih apa yang kita makan. Erti kata lain, kita makan tapi pilih makanan tertentu.
Contoh : Diet rendah gula untuk pesakit diabetes.
Berbalik pada kes Sara tadi, sara bukanlah sedang diet sebab beliau menolak makanan.

Diet yang betul adalah terdiri daripada meal plan yang lengkap 6x sehari tetapi dengna pilihan makanan tertentu disertai dengan pengambilan air yang cukup dan senaman.

Namun ada satu perkara penting sebelum anda mulakan program nak kurus iaitu Detox.
Kenapa detox sangat penting malah lebih penting dari mulakan program diet?



Tujuan utama Detox adalah untuk membuang segala toksin ( chemical, asap rokok, asap pencemaran, logam berat) dalam badan kita. Seperti dalam gambar di atas, kenapa orang mudah gemuk semula lepas kurus?
Lemak yang tersimpan dalam badan tujuannya utk melindungi badan dari toksik. Bila kurus, tanpa buang toksik terlebih dahulu, peratusan toksik akan jadi lebih banyak dan akibatnya, badan akan mudah utk kembali gemuk.

Jadi cara nak elak untuk rebound, buat detox dahulu sebelum memulakan proses nak kurus. Ini jawapan kenapa detox adalah super penting sebelum nak rancang plan kurus anda.

Detox? Macam mana nak buat detox? 

Detoksifikasi adalah cara semula jadi badan untuk mengeluarkan dan metabolisme toksin berbahaya. Badan kita melaksanakan tugas ini tanpa kita menyedarinya.

Organ utama yang terlibat dalam detoksifikasi adalah hati. Hati membuang toksin dari badan dengan menukarkannya kepada sisa larut air. Air kencing, buang air besar, dan peluh adalah sebahagian daripada proses detoksifikasi. Apabila sisa metabolik daripada toksin terkumpul dalam badan kita, kita jatuh sakit.

Secara asanya, detox ni dibuat melalui pemakanan dan biasanya berlangsung selama 7 hari.
Detox bukan sahaja untuk buang toksik tapi juga mampu untuk meningkatkan metabolisma badan dan melancarkan pembuangan. Badan akan rasa lebih segar dan sihat.


Bagi memastikan proses detox berkesan dan mencapai matlamat, anda perlukan 
  • makanan organik yang bebas racun perosak dan racun kulat
  • buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar 
  • air yang bersih dan bertapis 
  • elakkan segala makanan proses
  • elakkan rokok 
Ummi sekarang tengah dalam proses detox juga. Bukan untuk kurus tapi untuk pastikan badan rasa lebih sihat dan belajar untuk makan sihat. Tapi cara ummi ada sikit kelainan dari meal plan sebab ummi ibu menyusu. Jadi kena sesuaikan lah dengan keadaan ibu menyusu. 



InsyaaAllah next entri ummi akan share mengenai detox diary selama 7 hari ni. Bgi yang nak sertai program detox ni khasnya utk ibu menyusu boleh hubungi ummi 

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan


1 comment:

syu amir said...

setuju sangat...nak kurus kena detox dulu, baru kekal lama kurusnya... :)