Wednesday, February 15, 2017

Anak, Amanah Paling Besar : Ibu Ayah Jangan Ego

Melihatkan situasi pelajar-pelajar di Poli dari segi akhlak dan sikap, Kak Yana memang rasa sedih. Sikap dan akhlak makin corot. Belum masuk bab solat yang rata-ratanya memang ambil enteng tiang agama yang satu tu. 
Lihat anak orang, buatkan kita sendiri rasa risau dengan akhlak anak sendiri. Bagaimana pula dengan anak sendiri? Bagaimana nanti bila mereka besar kelak. 


Sukarnya mendidik anak memang tak leh disangkal. Lihat saje kita sendiri. Didik diri sendiri pun sukar apatah lagi nak didik orang lain. Nak didik diri sendiri solat on time, solat berjemaah, puasa isnin khamis, baca quran 1 juzuk setiap hari, rata-rata dari kita payah nak buat. Inikan pula nak didik jiwa orang lain, memang 1000x payah. 

Tapi itu amanah. Amanah setelah Allah bagi kita zuriat. Memang cerita bab anak-anak ni tak kesudahan. SYUKUR Allah rezekikan kami suami isteri dengan zuriat penyambung keturunan. 

Amanah yang cukup besar. Nak didik jadi manusia dan hamba Allah yg taat bukan mudah zaman sekarang ni. Cabaran datang dari segenap arah.

Kata Ustaz Ebitlew kat rumah kena ada sesi taklim. Didik anak dengan ilmu. Didik anak mengenal Allah.

Satu yang perasan bila Kakak Una ni tiba angin kus-kus, kena tackle dengan kasih sayang. Kalau tackle dengan kekerasan dia lagi keras. Mak pak memang tak boleh ego la bab ni. 



Bercakap tentang ego, Kak Yana terkuis juga hati bila baca nukilan yang dapat dari group Whatsapp

EGONYA KITA DENGAN ANAK! 
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri. 
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput. 
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan, Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku. 
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri. 
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena. 
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat??? 
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak 
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

Semua mak ayah mengharapkan dapat anak yg soleh solehah tapi permulaannya memang dari mak ayah tu sendiri. Bentuk yangg baik dapat dari acuan yang cantik. 


Semoga Allah bekalkan kami sekeping hati yang sentiasa ingat Allah, sentiasa rasa nak buat sesuatu mesti kerana Allah dan semoga kami sentiasa diberi hidayah untuk pastikan keluarga kami Allah sayang dan Allah rahmat. 



2 comments:

MummyMardya said...

Tq sharing..ni terkesan di hati...

Unknown said...

Anak2 pengubat hati setiap hari....