Tuesday, October 17, 2017

3 Cara Buat Anak Rajin Belajar Sebelum Peperiksaan

Minggu depan dah nak exam akhir tahun. Mak yang nerves lebih bila anak nak exam ni kan? Anak macam relax aje. Disuruh ulangkaji, tidak mahu. Pasti ada ibu bapa yang alami situasi begini. Anak malas belajar dan ulangkaji untuk peperiksaan? bagaimana cara untuk buat anak rajin belajar dan ibu bapa tak risau


Kak yana suka nak abadikan dalam blog perkongsian Ibu Rose di page beliau Ibu Rose- Mesejnya Kasih tentang tips nak buat anak rajin belajar sebelum peperiksaan.
Almaklum lah kak yana daha da anak sekolah, jadi ilmu ni juga untuk kak yana

Sebab utama kenapa mereka malas adalah kerana gajet dan TV. Kata Ibu Rose,
Ini sebenarnya tabiat yang sudah menjadi kebiasaan. Maaf, untuk Ibu nyatakan bahawa ianya menjadi tabiat kerana semasa anak itu masih kecil, penggunaan gajet, masa menonton TV tidak dikawal. Masa belajar juga tidak dikhaskan. Oleh itu, anak-anak membuat undang-undang mereka sendiri dan tidak meletakkan belajar itu penting.

Jadi bila malas, ibu bapa akan mabil pendekatan untuk marah, ugut dan bribe.  Lama kelamaan ia tidak akan memberi apa-apa kesan pada anak.

Ada 3 idea yang boleh mmebantu ibu bapa untuk menangganinya

PERTAMA 

Beritahu mereka bahawa anda akan tegas dengan masa mereka ulang kaji dan bersedia untuk peperiksaan. Kerana berusaha untuk kejayaan itu sangat penting. Gunalah kaedah memujuk dahulu kemudian dengan lembut dan tegas beritahu mereka anda akan tegas.

KEDUA

Beritahu exam dah nak dekat, maka mereka mesti ulangkaji depan anda untuk sekian sekian masa. KHASKAN MASA UNTUK ULANGKAJI. Masa itu gajet anda pegang sehingga habis masa ulangkaji. Anda juga akan beri balik, jika anda berpuas hati dengan usaha mereka.

KETIGA

Pastikan bahan untuk mengulangkaji itu cukup. Keadaan yang tenang diwujudkan. Jika tahu 'barouqe music' maka pasanglah untuk memudahkan pembelajaran.

Macam mana nak buat 3 tips ni?

Guna formula TEGAS, KASIH SAYANG dan TENANG

Kata Ibu Rose lagi, 
Lepas habis exam; rehat seminggu, lepas tu terus wujudkan masa belajar ini, walaupun masa cuti. Sebabnya kita nak membentu tabiat baru. Dan semasa cuti; lakukanlah aktiviti yang menyeronokkan semasa ulangkaji itu.
Ada banyak lagi tips yang Ibu Rose kongsi, jadi Like page beliau Ibu Rose--Mesejnya Kasih
Berikut adalah jadual sharing Ibu Rose 

Isnin = 0-6 years
Selasa = 7-12 years
Rabu = 13-17 years
Khamis = Pertalian suami isteri
Jumaat = Ibu LIVE di Page - TANYA IBU ROSE


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana. 

Baca juga >> Vitamin Untuk Pelajar Yang Mengantuk Dalam Kelas

Pengedar Shaklee Aktif, 
Boleh Whats app saya ke no 012 9576172 (klik link ini untuk lebih pantas http://aziyanashaklee.wasap.my)
untuk pembelian Vitamin Kesihatan 

UNTUK COD PENGEDAR SHAKLEE KUANTAN :

Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang, Taman Impian

No comments: