Monday, October 23, 2017

Anak Tak Suka Kongsi Mainan, Buat 3 Tips Ini Untuk Atasinya

" Tak boleh!" Kata kakak pada adiknya dengan kasar. Tak boleh sentuh mainannnya, dan tak mahu berkongsi mainannya dengan adik. Ya, kadang-kadang Kak Yana tengok situasi ini ada berlaku pada anak kak yana sendiri. Kakak tak suka kongsi mainan dengan adik. Maka akan berlaku sesi rampas merampas dan akhirnya seorang akan menangis.



Bila di situasi ibu bapa, kita tak suka kan? Kita nak anak-anak bermain dengan elok, tanpa gaduh-gaduh. Kak Yana jumpa tips ni di page Ibu Rose, seorang Pakar Motivasi Didik Anak.

Kata IBu Rose, untuk menjadi lebih sabar dan bijak menangani perkara ini ada perlu 3 perkara ini...
1- ILMU mengapa anak merampas mainan
2- SKIL bagaimana hendak menyelesaikannya
3- SIKAP untuk bersangka baik terhadap anak. Ini sangat penting dan boleh terjadi dengan mudah bila anda ada ilmu.
Perkara pertama adalah kena tahu ilmu tentang tahap perkembangan anak-anak. Jika anak itu berumur diantara 1.5 hingga 3.5 dan membawa kepada 4 tahun dalam sesetengah kes, maka ini adalah umur anak itu fasa Individuating.
Apa yang ada pada diri anak-anak pada usia ini?
  • EGO CENTRIC - maksudnya mereka hanya memikirkan keperluan diri sendiri dan tidak begitu kisah akan orang lain. 
  • anak menguatkan perasaan aku wujud di sini

Ibu bapa janganlah cepat panik dan menyangka anda telah melahirkan anak yang tamak dan tidak berakhlak mulia. Bertenanglah dan jangan bersedih

Kesan bila bijak dan sabar menangganinya : anak itu berasa selamat dan boleh maju ke tahap seterusnya dimana anak itu mulia pandai berkongsi dan memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain.

Jadi nak buat macam mana? Ikut langkah ini

PILIH HANYA MAINAN yang dia boleh berkongsi. TANYA dan BIAR DIA PILIH. Dapatkan kata setuju.

STEP 1-
Minta izin dia untuk kawannya itu bermain sama...lebih elok jika ibu atau ayah kepada anak itu yang meminta dengan baik dan hormat.

STEP 2
Anda pula sebagai ibu dan bapa menerangkan elok untuk dia berkongsi dan bertanya mainan yang mana yang boleh dia berkongsi? JANGAN MEMAKSA TAPI MEMUJUKLAH. Inilah masa untuk membina sikap murah hati dan belas ehsan.

STEP 3
Ibu bapa yang diberi berkongsi mainan itu, ambillah masa untuk mengucap terima kasih kepada anak itu dan mengingatkan dengan baik anaknya untuk bermain dengan baik mainan kawannya itu. Inilah masa untuk menyemai amanah dan akhlak mulia.

Ada beberapa perkara yang perlu DIELAKKAN 
  • Elakkan HANYA BIAR anak kita rampas mainan anak orang lain tanpa minta maaf.
  • Elakkan anak kita merosakkan mainan anak orang lain 
  • Elak tinggalkan rumah orang lain dengan keadaan bersepah dengan mainan yang anak kita main. 
Sebab ini semua berkaitan AKHLAK, yang secara tak langsung akan ajar anak kita sendiri mengenai akhlak tersebut. 

Terima kasih Ibu Roseatas perkongsia ini. JIka pembaca ingin follow pelbagai tips tentang pendidikan anak-anak, boleh like page Ibu Rose iaitu Ibu Rose-Mesejnya Kasih

Ilmu parenting ni memang tak kan pernah habis. Sebagai ibu bapa, wajib untuk kita belajar dan belajar supaya kita tak tersilap langkah. 

1 comment:

dd said...

Bagus tips ni.. Memang mencabar bila anak sentiasa bergaduh untuk berebut mainan. Sebagai ibu bapa, kena bijak menunjukkan kepimpinan kita.