Sy cuma mau berkongsi sesuatu yg dibaca dari Kak Engku Bidan Bersalin berkenaan dengan kontraksi..almaklum lah mengandungkan anak sulung, sudah semestinya org seperti sy ni zero experience dalam serba serbi hal..jadi pembacaan adalah penting sebgai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan..
Sesetengah org berkata waktu kontraksi adalah waktu yang paling sakit compared to delivery time...maknanya masa sebelum melahirkan adalah waktu kemuncak tahap kesakitan yang dihadapi dan paling lama, lazimnya 7-8 jam..fuuuhhh lama tu...
Jadi menurut kak engku, ada cara untuk menghadapi saat2 kritikal ni *aku sengaja takrifkan dgn perkataan kritikal*..
Posisi Berehat
- Kedudukan Tegak. Pada awal kontraksi, anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa itu degan menyokong diri anda pada permukaan berhampiran. Misalnya pada dinding, kerusi atau meja. Jika perlu, anda boleh berlutut sambil kepala disandarkan pada permukaan pilihan anda.
- Duduk Bertentangan. Kaedah ini hanya menggunakan kerusi. Pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai penyandar. Letakkan bantal di atas kerusi dan juga pada bahagian atas kayu penyandar. Duduk berpaling ke arah bertentangan kerusi.
- Bantuan. Anda boleh bersandar pada pasangan. Paut bahu suami erat-erat dalam kedudukan 10 darjah condong. Pada masa yang sama, suami boleh mengurut belakang pinggang anda dengan perlahan.
- Melutut Ke Hadapan. Melutut dengan keadaan kaki dibuka sedikit. Kepala, tangan dan badan diletakkan di atas himpunan bantal atau kusyen. Cuba berada dalam keadaan tegak yang mungkin agar sakit kontraksi dapat dikurangkan.
- Merangkak. Posisi ini akan menyuruh anda berkeadaan seperti merangkak. Kaki, lutut dan tangan perlu mencecah lantai. Kemudian, goyangkan anggota bahagian atas yang tidak mencecah lantai ke hadapan dan belakang.
- Terus bergerak antara kontraksi. --> maknanya jgn duduk shja sambil thn sakit..
- Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan ---> senang dalam proses melahirkan
- Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah dengan bernafas secara tetap. Oksigen masuk dari mulut dan lepaskannya melalui mulut. Sekiranya kontraksi berada pada tahap kemuncak, cuba bernafas menggunakan mulut sahaja. Tetapi jangan lakukan terlalu lama, kerana ini boleh membuat anda sedikit pening. ---> pernah terbaca latihan pernafasan sepatutnya dh blh dibuat bila masuk minggu ke-30..teknik pernafasan yg betul blh mengurangkan sakit bersalin..
- Latihlah diri anda supaya tidak malu. Ketika berada di dalam bilik bersalin, anda boleh menyanyi, mengerang dan mengeluh kerana semua itu dapat memberi kelegaan kepada anda. Disamping itu banyakkan berzikir kepada Allah dan berdoalah agar dipermudahan proses kelahiran tersebut. ---> blh mula menghafal doa nabi yunus *pernah ditulis dlm entry ini*
***Baru kutahu rupanya air ketuban kebanyakannya dari air kencing bayi itu sendiri. Air ini kemudian diminum atau ditelan oleh bayi. Air kencing yang ada dalam perut bayi tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang. Seterusnya mengalir masuk ke pundi kencing sebelum keluar sebagai air kencing***
4 comments:
memang pun kak.. air ketuban tu dari baby sendiri.. baby yg minum air ketuban tu then dia wat keluarkan balek.. tade kene mengena dengan minum air masak banyak2 pun..
aniemz:erm info baru tahu ni..hehhe abis tu sebenarnya cmner air ketuban tu terhasil?miracle kejadian Tuhan
air ketuban tu memang sejak terbentuk je janin, memang dah ada sikit2.. tapi bile baby dah makin besar, dia yg akan 'tambah'kan sendiri air ketuban tu ikut usia dia.. semakin besar dia, sepatutnya air ketuban makin bertambah.. tapi air ketuban tak sama v0lume dia setiap minggu kehamilan..
setiap minggu yg nurse ukur perut tu sebab nak tengok pembesaran baby.. dan kalau air ketuban berkurang, senanya dah boleh detect kalau ukuran rahim tak sama dengan tempoh peknen..
ALLAH Maha BEsar kan.. bila mengandung ni betapa kite boleh insafkan diri dengan kebesaran ALLAH..
aniemz: wah marveles info ni..aniem bnyk tahu ek..tu baru air ketuban, yg lain2 tu tentu lg unik kejadiannya..subhanallah..thanks for sharing ya
Post a Comment