Saturday, February 18, 2012

1 Hari 1 Produk

Akan membahasakan diri saya sebagai aku dalam entri ini.
Mulanya ingat tahun ni nk bahasakan diri saya dalam menaip entri tapi nampaknya hanya sesuai pada masa2 tertentu sahaja. Entri kali ni terasa mcm mau sedikit sempoi dengan beraku. Bisa saja kan..

Beli mesin jahit riban2 tidak sekali2 aku jadikan khazanah dalam bilik. Kalau nk buat khazanah pun biar lah khazanah tu berupa hasil dari menggunakan mesin jahit tu. End product yang boleh dijual lagi bagus. Ops sorry, asik la fikir bisnes kepala otak aku ni. Semua benda kalau boleh nak dijual..Darah bisnes dari tok nenek gamaknya..walau pun tok aku dulu jual bawang, gula dengan tepung gandum je dekat pasar. bisnes jugak namanya tu kan.

Sebenarnya nk menayang produk pertama dengan menggunakan mesin baru. Pyramid pouch nama diberi dek kerana bentuknya yg pyramid itu. Tidak terlintas langsung sebenarnya aku dapat jahit pouch ni sendiri. almaklum kali terakhir menggunakan mesin jahit adalah sewaktu aku di tingkatan 3 masa jahit beg untuk subjek kemahiran hidup ert..Sudah  14 tahun berlalu. Tangan pun macam terketar2 je masa nk mulakan semula aktiviti menjahit ni.

Taraaaa...my 1 st attempt





Amacam ok tak? Agak2 boleh dijual ke idop? Heeeeeheeee...

Sebenarnya aku rasa aku tak mampu jahit ni kalau tak tgk org buat n tunjuk depan mata aku. kalau nak harapkan aku baca tutorial rasanya tak jadik pyramid kot. Aku belajar buat pouch ni dengan K. Edina, yg suka sngt dengan hasil kraftangan ni. Aku 1st knal dia masa nk buat bunga dip sbb pinjam acuan nk bentuk bunga dan daun (pinjam tp xpulang...hahahahha). Dia ni sepupu kepada ex-uni aka ex-housemate masa kat UTHM dulu. My friend tu la yg perkenalkan..Xsangka alih2 pegi lgi rumah k.ena ni sbb geng2 bawak g rumah dia nk belajar menjahit. K. Ena ni peramah+ tak kedekut ilmu. Tanya apepun semua dia jawab. Plus sangat sempoi. Jadi K.ena la org yg bertanggungjawab ajar kitrg nk bt pouch ni.

Dah beberapa malam bertangguh nk buat tpi akhirnya siap jugak walau terkial2 nk bt, ade jugak beberapa kali tetas jahitan..Video tu toksah cakap bnyk kali ulang tgk tempat sama. suami plak dari elok2 dok tgk u-tube sampai berdengkur2 dh tapi tak siap2 juga. heeee...bila dh siap, itu la yang buat aku rase happy :)

So what's next? Tungguu....Er sebenarnya tak mampu nk buat 1 hari 1 produk...itu nama group yang aku join kt FB.

5 comments:

mun said...

eh oklah yana..boleh jual tue.....yana minat takpe...selalu orang cakap jadikan hobi kita sebagai bisnes..
buat sikit-sikit dulu pastue jual..tengok permintaan orang cmner....

Unknown said...

wah..ajorkan blh?hehe

antalya said...

cantik hasil keje tgn yana

Nurul aziyana said...

mun:hahahha klo nk jual kna bersedia dulu utk terima tempahan...kang nnt org tempah tak siap2, lingkup bisnes

maria: nnt yana pm video tutorial

yun: tqvm..1st attempt masih perlu penambahbaikan

Ida Iar said...

pakai tapak zip ke tak ms jahit zip tu?comey doh hasilnye..kita tak terbuat pun lagi.