Ini lah projek yang paling senang dna mudah nk jahit. Justeru itu buat pertama kalinya aku yakin untuk mengambil tempahan :)
Sling purse ni kegunaanya untuk anak2 dara yg kecil letak brg2/duit bila diorg g jalan2. Paham maksud den? Bahasa mudahnya untuk kanak2 baya 3-7 tahun..untuk 2 tahun pun boleh. Untuk 8, 9 tahun juga boleh. Mesti ada yg tertanya2, budak baya tu ape sngt brg yg diorg nk bawak. Hehehehehe...Tak kisah la nk letak apa pun tp yg pastinya bila sangkut secara selempang ianya sangat cute!
Memandangkan tak lama lagi nk raya kan *eh2 pose idok lg*, maka sesuai sangat la bawak time nk beraya. Mesti org kasik duit raya kan?maka fungsi beg ni sngt bersesuaian la masa tu sebagai penyimpan duit sekali dengan sampul duit. Design selempang juga mengelakkan dari anak2 letak merata beg duit diorg sbb yg ni sentiasa melekat kt badan sehingga la dicabut :)
Bagi sesiapa yg berminat, kini sy buka utk tempahan. Berikut adalah details mengenai sling purse ni
Price: RM25 (not including post)
Material: Outer - designer cotton fabric , Inner & tali sling purse - english cotton
Size sling purse: 8.5" x 7.5"
Panjang tali : Bergantung kepada tinggi anak anda. Ukuran dari bahu -pinggang adalah diperlukan bagi menyesuaikan kedudukan purse dengan anak anda.
Tempahan boleh diemailkan ke ummi_anayiza@yahoo.com atau boleh pm di FB: Nurul Aziyana
**Jika request utk guna cotton biasa, harga boleh reduce**
**Jika request utk guna cotton biasa, harga boleh reduce**
1 comment:
cantik n cumeyl...:)
Post a Comment