Tuesday, June 26, 2012

Kuasa Istighfar

Memetik artikel daripada majalah Iman Bil. No 3, bertajuk "Jangan Tinggalkan Istighfar"

Istighfar walaupun kecil dan ringkas sebutannya namun sebenarnya ia membawa impak yang sangat besar. Artikel tersebut membawakan satu cerita yang mengisahkan kenapa istighfar sangat penting dalam kehidupan. Dipendekkan, ada satu kisah beberapa orang pernah mengadu kepada Hasan Al-Basri tentang perkara berikut:

Mengadu dia lapar..
Mengadu tentang kefakirannya
Mengadu tentang keinginan untuk mendapatkan zuriat
Mengadu mengenai kegersangan kebun

Apa yang menarik, respon dari Hasan Al-Basri adalah sama..hanya satu jawapan iaitu...

BERISTIGHFARLAH...

Menyedarkan jawapan itu, Rabi' bin sabih bertanya " beberapa orang telah mendatangimu mengadukan pelbagai perkara, ttp engkau hanya menyuruh mereka agar bertighfar"

Hasan al basri menjawab " Apa yang aku ucapkan itu sedikit pun bukan dari diriku sendri sebab Firman Allah dari surah Nuh ayat 10-12

Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.


Kerana itu..pesan Hasan Al-Basri...jangan sesekali meninggalkan istighfar..
InsyaAllah..

Kepada kawan2 seangkatan yang masih belum mendapat zuriat atau yg ingin menambah zuriat ttp masih belum nampak hasilnya, apa kata tumbahkan lagi usaha dengan banyakkan istighfar sebab janji Allah itu benar. Dengan yakin dan bersangka baik terhadap Allah, mana tahu disebabkan istighfar itulah rezeki menjadi milik kalian. wallahualam...

5 comments:

CaHaYa^KetEnaNGan said...

ilmu..thanks sharing..
dan harus diamalkan...
lagipun amalan istighfar ni mmg perlu dalam sehari..1000x agaknya....

mun said...

thanks yana for sharing this info.....memang wajib diamalkan....insyaallaah

farwizadarwishadarwisha said...

Thanks sharing..nk share boleh?

Nurul aziyana said...

@farwizadarwishadarwisha boleh silakan...

Unknown said...

Hebat nya kuasa Istighfar..kekadang kita tahu, cuma sifat malas dan lupa yg jadi penghalang...hihi... :)

thanks for sharing ilmu yang berharga..