Wednesday, March 13, 2013

Vitamin SHAKLEE untuk badan letih kembali bertenaga

Saya sentiasa diajukan soalan oleh customer shaklee mengenai vitamin untuk mengatasi badan yang selalu penat dan letih terutamnya dari golongan ibu-ibu. Ya, saya juga ibu. Jadi saya amat faham bagimana penatnya menjalani tentang rutin harian seorang ibu apatah lagi bagi mereka yang bekerja dan tidak punya pembantu di rumah. Orang kata ibu ni bekerja non stop. Celik mata sampai la tutup mata semula untuk tidur. Tiada waktu untuk bermalas-malasan.

Saya kongsi dalam Video ni macam mana nak buat badan bertenaga dan tak mudah penat




Salah satu punca badan letih adalah kerana pemakanan. Lebih khusus adalah kerana diet yang kurang zat besi. Kekurangan zat besi yang melampau dalam badan boleh menyebabkan anemia iaitu keadaan di mana hemoglobin di dalam darah adalah leibh rendah daripada paras normal. Wanita terutamanya memang terdedah kepada gejala anemia kerana wanita mengalami haid, lebih berisiko jika tempoh haid itu lama. Tambah buruk, pengambilan zat besi semasa tempoh haid diambil mudah.

Tekanan, juga penyumbang kepada keadaan merasa letih. kesan sampingan akibat letih adalah kemurungan. Adalah sangat tidak bagus jika ibu mengalami kemurungan. kesannya pasti akan terbawa2 kepada emosi anak-anak. Kemurungan juga boleh membawa kepada masalah tidak selera makan, bimbang dan tiada keinginan terhadap hubungan suami isteri. Pasti ibu2 tidak mahu keadaan ini berlaku kerana ia boleh mengganggu kerukunan rumah tangga, bukan??

Keletihan juga boleh berpunca daripada tidur yang tidak berkualiti. Ramai di kalangan ibu tidak punya tidur yang cukup. Tidur jam 1 pagi, bangun jam 5 pagi. Hanya 4 jam waktu rehat. Tahu tak, tidur yang cukup boleh menjadikan anda SMART, SEXY & SLIM. Tidur yang cukup juga boleh melambatkan penuaan dan melindungi daripada kanser dan penyakit jantung. 

Jadi apa saranan saya untuk mereka yang sentiasa penat dan letih? Ini adalah barisan supplement untuk mereka yang selalu letih dan penat, bukan sahaja sesuai untuk ibu dna ayah tetapi juga boleh diambil oleh pelajar, orang bujang yang bekerja juga warga emas untuk mengekalkan kesihatan. 

1. Vitalea with iron formula
Sumber zat besi terbaik yg penting untuk pembentukan darah dan sel! Kandungan vitalea yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineralyang diperlukan oleh badan dewasa. Menariknya, vitalea disokong oleh 7 kajian klinikal, menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan dan mempunyai teknologi salutan mikro yg membantu pembebasan segera di dalam perut.

2. Bcomplex
 Antara vitamin yang penting untuk badan. Bcomplex membantu dalam pembebasan tenaga, metabolisme karbo, lemak dan protin. paling menarik, bcomplex adalah supplement anti stress. Bcomplex diperlukan untuk pembentukan darah dan dengan itu ia membantu mencegah anemia yang menyebabkan keletihan. 

3. Ostematrix
Supplemetn calcium magnesium yg lengkap dengan vitamin D. istimewanya ostematrix ini adalah kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetpai juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian USA, kekurangna magnesium boleh mengganggu aktivit elektrik, dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitannya dengan tenaga pula?magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebsasn tenaga keseluruhan badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

Sebagai tambahan, ibu2 juga boleh mengambil ESP sebagai pemakanan tambahan terutama bagi ibu bekerja yang tidak sempat untuk bersarapan. Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai ibu2 menggunakan ESP terutama ketika berpuasa.
Bagaimana untuk mendapatkan product2 ini? Saya adalah pengedar sah shaklee kawasan KUANTAn. Hubungi saya untuk mendapatkan product shaklee anda pada hari ini. 
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



No comments: