Friday, July 12, 2013

Halal kah vitamin SHAKLEE??

" Halal ke vitamin SHAKLEE ni?"
" Shaklee ni US product kan? Halal ke?" 
" Boleh percaya ke status halal SHAKLEE ni?"

  Sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.

Macam-macam persoalan tentang status halal vitamin shaklee. Sebagai umat ISlam saya faham mengenai perlunya kita mengambil sensitif mengenai perkara ini. Al maklum apa yang masuk ke dalam mulut kita akan menjadi darah daging kita. Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Jadi memang perkara halal haram ni menjad keutamaan kepada semua umat Islam termasuk lah semua distributor SHAKLEE.. Ianya takkan dijual jika didapati ianya tdak halal. 

Untuk pengetahuan, selain JAKIM ada banyak lagi badan-badan pengeluar sijl halal untuk product tempatan.Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kita hanya famliar dengan JAKIM sahaja. 


Berkenaan dengan ISA, ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di portal http://www.halal.gov.my
Semua product shaklee telah dibuat pengesahan oleh ISA bagi mengeluarkan status halal. 

Kesimpulannya, jangan terlalu cepat menilai dan percaya akan sabotaj dari pihak-pihak tertentu tengan status halal product shaklee. Dharapkan agar entri ini membantu ramai pihak yang ingn mencuba shaklee, jangan ragu-ragu kerana ianya bukan sekadar cakap di mulut tetapi punya bukti kukuh secara hitam putih. Pesan saya, gunakan tanpa was-was dan jangan mudah terpengaruh dengan individu yang tidak tahu perkara sebenar tentang status halal shaklee. 

`

No comments: