Monday, October 7, 2013

Kaitan vitamin antioksidan dan radikal bebas

Kita memerlukan vitamin dan minerals untuk menghasilkan beribu-ribu enzim, hormon dan bahan chemical yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsi dengan baik. Tapi salah satu peranan penting vitamin dan mineral juga adalah termasuk bertindak sebagai antioksidan yang memerangkap radikal bebas dalam badan dan menyngkirkannya keluar sebelum ia melakukan lebih banyak kerosakan dalam badan. Paling teruk radikal bebas akan merosakkan DNA dan mengubah genetik yang boleh mencetuskan kanser. Pengoksidaan kolestrol dalam darah oleh radikal bebas pula menyebabkan salur darah tersumbat dan berlakunya penyakt jantung.



Apa makna radikal bebas?

Apabila oksigen bergabung dengan glukosa dalam sel-sel badan, ia akan menghasilkan tenaga dan akan menghasilkan radikal bebas, sebagai 'asap'nya. Radikal bebas adalah atom oksigen yang hilang satu elektron dari pasangan  atom yang sepatutnya. Apabila atom yang hilang elektron dari pasangan, ia menjadi tidak stabil dan sangat reaktif. Ini menyebabkan radikal bebas perlu mencari satu lagi elektron untuk mengisi jurang, dengan cara mengambilnya dari atom berhampiran. Tetapi apabila radikal bebas mengambil elektron daripada atom yang lain, atom kedua kemudian menjadi radikal bebas, kerana sekarang ia hilang salah satu elektron.

Bermakna satu radikal bebas akan menghasilkan satu lagi radikal bebas baru dalam badan anda. Radikal bebas berjalan merata-rata untuk mencari pasangan elektron dengan cara merampas elektron daripada sel-sel anda dan pada masa yang sama melakukan banyak kerosakan kepada mereka. Ibaratnya gini la ya, A kawen dengan B. Tapi bercerai jadi hidup xstabil. Maka A nk cari orang lain. A rampas C iaitu bini pada D. D pulak tak stabil..Maka D nk cari bini baru, dia rampas E iaitu isteri F. Ha ibarat gitu la ya.. Tapi ini sekadar analogi sahaja. Faham ke ni?



Bagaimana antioksidan boleh bertindak terhadap radikal bebas?

Antioksidan adalah pertahanan semula jadi badan daripada radikal bebas. Antioksidan adalah enzim yang membuat rondaan di sel-sel anda untuk mencari radikal bebas. Apabila mereka menjumpai satu radikal bebas, mereka merebut memegang dan meneutralkan tanpa rosak sendiri. Enzim antioksidan menghentikan pencerobohan dan menghapuskan radikal bebas daripada edaran. 

Apakah vitamin antioksidan yang boleh diambil bagi mengelakkan lebih banyak radikal bebas menyerang?

 Vitamin A, beta karotena, Vitamin C, Vitamin E dan selenium,merupakan vitamin antioksdan yg bertindak untuk menghaslkan enzim antioksida yang berfungsi meneutralkan radikal bebas. Jika kita kekurangan vitamin dan mineral yang betul, badan tidak boleh menghasilkan cukup enzim antioksidan.



Perlu dingatkan bahawa pengoksidaan bukan satu-satunya perkara yang boleh menyebabkan radikal bebas terhasil dalam sel-sel anda. Cahaya ultraviolet dari cahaya matahari boleh menyumbang penghasilan radikal bebas, sebab itulah orang-orang yang menghabiskan terlalu banyak masa di bawah panas matahari adalah lebih cenderung untuk mendapat kanser kulit dan katarak. Toksin dari semua jenis asap tembakau, bahan kimia semulajadi yang terdapat dalam makanan kita, bahan buangan beracun hasil dari metabolisme badan anda sendiri, dan toksin buatan manusia  seperti pencemaran udara dan racun perosak juga pencetus radikal bebas juga.

Secara purata, setiap sel di dalam badan adalah di bawah serangan daripada radikal bebas sekali setiap 10 saat. Perlindungan terbaik adalah untuk memastikan tahap antioksidan dalam badan tinggi.

Dapatkan vitamn antioksidan anda hari ini dengan menghubungi saya

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

No comments: