Thursday, June 12, 2014

7 Sebab Kenapa Minum Air Sebaik Sahaja Bangun Pagi adalah Tabiat yang Sangat Bagus

Di Jepun, amalan minum air sebanyak 2 gelas sebaik sahaja bangun tidur adalah amalan yg biasa. Minum air sebaik sahaja bangun tidur dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit termasuk cancer. Buktinya rakyat jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama berbanding negara lain. Mungkinkah amalan minum air sebaik sahaja bangun tidur membantu memberi kesihatan yang omptimum kepada mereka? Apa kesan-kesan dari amalan minum 2 gelas air selepas bangun tidur?



Sebab #1: Air akan rehydrates badan yg dehydrated
Apabila anda bangun selepas tidur yang panjang, badan anda secara semula jadi kering. Tidak kira berapa banyak air yang anda minum sebelum tidur, anda telah menggunakan air tersebut dan tiba masanya untuk memenuhi semula keperluan air badan. Apabila anda minum air selepas bangun dari tidur, apa yg anda akan lakukan ialah menyediakan sel-sel anda dengan air. Kopi tidak akan rehydrate badan anda. Minum air kosong akan menjadikan anda lebih segar dan mempunyai tenaga yg semulajadi di waktu pagi. 

Sebab #2: Menyahkeluar toksin  
Selepas menyuburkan sel-sel anda, air minuman selepas bangun dari tidur akan menyahkeluar toksin yang tidak diingini daripada badan anda. Ketika anda sedang tidur proses pembaikan akan berlaku, memulihkan tenaga dan menstabilkan hormon. Hasilnya ialah toksin dan bahan buangan lain yang dilepaskan dan menunggu untuk mengalir keluar. Minum 2 gelas air membantu menyahkeluar toksin ini dan nutrisi daripada sarapan yg diambil boleh diserap lebih baik. Kulit juga akan menjadi lebih bersih dan bertenaga. 

Sebab #3: Meningkatkan metabolisme
Air minuman adalah taktik penting apabila anda ingin melakukan proses penurunan berat badan. jadi minum air sebaik sahaja selepas bangun dari tidur adalah cara yang paling optimum untuk melakukannya.  Air telah terbukti boleh meningkatkan metabolisme badan dan meningkatkan potensi pembakaran kalori sepanjang hari. Air juga boleh menyekatkan selera anda dari makan terlalu banyak. 


Sebab #4: Air adalah komponen utama otak 
Fakta yang mungkin ramai tak tahu 75% daripada komponen otak adalah air. Tanpa air yg cukup otak tidak akan berfungsi dengan optimum. Ada kajian menunjukkan bawa air ketika exam membantu pelajar untuk menjawab dengan lebih baik. 

Sebab #5: Melegakan sembelit
Punca utama sembelit adalah dehidrasi. Air yg diminum sebaik sahaja bangun pagi bukannya sahaja mengatasi dehidrasi ttp ia juga membantu masalah melegakan sembelit dan memastikan jadual pembuangan anda konsisten setiap pagi. Itu adalah cara yg sangat baik bagi memulakan hari anda. 

Sebab #6: Mencegah dan merawat penyakit
di Jepun, mereka percaya bahwa air boleh menyenbuhkan banyak penyakit termasuk penyakit kritikal. Walaupun air bukan ubat tetapi kuasa air boleh mencegah banyak penyakit. Kita boleh kawal penyakit sebelum terjadi dengan cara mengawal apa yang kita makan termasuk apa yg kita minum. Minum air sebaik sahaja bgn tidur boleh menyahtoksin, pasti air juga boleh menyah penyakit yg mungkin timbul akibat toksik yg banyak dalam badan.  


Sebab #7: Minum air memang benar2 menyegarkan
Last but not least, minum air sebaik sahaja bangun tidur adalah sesuatu yg sangat menyegarkan. Bayangkan bangun pagi dlam keadaan bibir dan tekak kering, alangkah nyamannya jika bibir dan tekak tu dibasahkan dengna air. Anda akan berasa lebih segar dan cergas untuk memulakan hari. 

Lepas minum air waktu pagi, berapa lama kena tunggu sebelum mula makan sarapan pagi?
Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 15 minit selepas minum air. Namun budaya jepun mengamlakan selama 45 min sebelum makan 

1)Bangun pagi sebelum memberus gigi, minum 4 gelas × 160mL air
2) Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit
3) Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4) Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam - iaitu anda boleh minum terus selepas makan (dalam tempoh 15 minit pertama) tetapi tidak untuk 2 jam selepas itu.
5) Mereka yang tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh memulakan dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur dan meningkatkannya kepada 4 gelas setiap hari.

No comments: