Status setelah 2x diedit oleh Ustaz
Isu ini menjadi lebih spekulasi dengan komen2 yang seolah2 terus jump to the conclusion, boikot Shaklee dan telah diambil kesempatan oleh beberapa pihak sedangkan apa yang ustaz utarakan adalah berupa bentuk persoalan..bermakna ianya tidak pasti dan memerlukan perincian dan kepastian oleh pihak Syarikat.
Apa yg ramai pembaca komen adalah
" Boikot Shaklee "
" Banyak lagi product tempatan, boikot je la Shaklee "
" Dh terang lagi bersuluh, product dari US boikot aje la"
dan banyak lagi termasuklah sharing2 yang seperti saya sebutkan terus jump to the conclusion tanpa usul periksa tapi hanya dengan iringan emosi semata. Ianya tidak semudah itu. Perlu diingat bahawa hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai jika selagi mana tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat.
Ingat, boikot..boikot juga tapi mesti dengan ilmu.
Perlu diingat juga jika salah seorang pemegang saham secara peribadinya membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jadi apa solusinya? Terjawabkah sebenarnya isu perlu boikot Shaklee atau tidak? Alhamdulillah, pihak syarikat telah pun mengeluarkan hebahan mengenai perkara ini
Pihak Syarikat Menafikan ada kaitan dengan Israel
Bukan ini sahaja penafian syarikat mengenai kaitannya dengna Israel, tetapi juga melibatkan isu yang timbul dari salah seorang pengedar Shaklee antarabangsa di website Keneseth Israel yg meletakkan logo Shaklee dalam websitenya. Walhal itu juga merupakan tindakan peribadinya bukan melibatkan syarikat. Ianya ibarat sama seperti SID Shaklee Malaysia yang menggunakan bonus dan hasil jualan untuk sumbangan ke rumah anak2 yatim, tabung gaza dan sumbangan-sumbangan lain
Pihak Syarikat Menafikan ada kaitan dengan web Keneseth Israel
Isu mengenai pembelian bahan mentah Carotomax iaitu tomato dengan pihak syarikat Israel juga timbul. Sekali lagi pihak Shaklee menafikan perkara ini
Kesimpulannya, tidak ada kaitan langsung di antara Shaklee dan sumbangan kepada Israel. Seperti kata -kata Prof Madya Dr Hafidzi (Aqsa Syarif), kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika tetapi boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim tanpa mengira itu milik umat Islam sekalipun.
Jika masih timbul isu dan sebaran yang tidak berasas yang dilakukan oleh mana-mana pihak dengan tujuan hasutan atau tujuan lain, pihak Syarikat juga tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada mana-mana individu atau organisasi yang berbuat demikian. Jadi, jika tidak pasti bertanyalah bukan terus menghukum.
Diharapkan dengan penjelasan ini, semua pengguna vitamin Shaklee tidak ragu-ragu untuk membeli dan menggunakan semua product Shaklee. Ianya selamat, berkesan dan telah dibuktikan secara farmaseutikal malah banyak masalah kesihatan dapat dibantu dengan product Shaklee. InsyaaAllah kami sebagai Shaklee Independent Distributor akan memberikan yang terbaik dan info-info berasas kepada semua pelanggan kami.
Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar SHaklee Kuantan, Pahang
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM
No comments:
Post a Comment