Saturday, December 6, 2014

Bayi Pramatang, Kelebihan Beri Susu Ibu Berbanding Susu Formula

Bersalin bayi tak cukup bulan atau pun pramatang bukan senang. Sebab bayi terpaksa ditahan di wad sehingga tempoh tertentu sehingga dibenarkan oleh doktor sebelum dibawa pulang. Malangnya ibu tak boleh tinggal di hospital bersama bayi. Dengan keadaan ibu yang masih lemah dan mungkin masih terkejut kerana kelahiran yang lebih awal, nak ulang alik hospital menjenguk anak, mungkin akan memberi sedikit tekanan kepada emosi dan badan ibu. Ibu tidak dapat berpantang dengan sempurna dan pengeluaran susu ibu terganggu.



Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang tak cukup bulan sebab susu ibu mudah dihadam. Tahu tak, susu ibu ni memang ajaib. Subhanallah Allah jadikan komposisi susu ibu akan berubah apabila bayi mula membesar. Macam mana tu?

Pernah dengan mengenai kolestrum? Susu awal orang panggil. Warnanya sedikit kuning dan kuantitinya sedikit sahaja. Kolestrum ni sangat penting untuk diberikan pada bayi lebih-lebih lagi bayi pramatang sebab ianya kaya dengan zat-zat yang sangat diperlukan bayi iaitu mineral berharga, seperti zink, faktor anti-infektif (termasuk sel-sel hidup, enzim, hormon, laktoferin dan lysozyme), faktor pertumbuhan dan protein. Kolestrum juga boleh mengurangkan risiko bayi terkena jaundis. jangan dibuang pulak kolestrum ni sebab orang-orang tua ada berpendapat ini susu basi. Heheheheh comel kan diorg ni. Jadi kita yang dah ada ilmu ni jangan cakap tu susu basi..tapi tulah keperluan pertama yang sangat penting untuk bayi anda.



Lemak dalam susu ibu adalah baik untuk penyerapan dan menyediakan 50% daripada kalori diperlukan oleh bayi. Dan, yang paling penting, ia kaya dengan rantaian panjang asid lemak poli tak tepu DHA (asid docosahexaenoic, omega-3 asid lemak) dan AA (asid arakidonik, omega-6 asid lemak). Ini adalah penting untuk otak, mata dan pembangunan saraf.

Bayi pra-matang memerlukan banyak DHA kerana pada minggu-minggu terkahir kelahiran, pada masa ni jumlah DHA adalah tinggi tapi malangnya bayi pramatang tidak sempat untuk mendapatkannya.

Kebaikan Beri Susu Ibu Berbanding dengan Susu Formula Kepada Bayi Pramatang

Susu ibu membekalkan manfaat penting untuk bayi pramatang:
  • Nutrien yang betul dalam jumlah yang betul untuk umur selepas persenyawaan bayi
  • Penghadaman yang lebih baik, terutamanya lemak dan kalsium. Susu ibu merangsang fungsi usus, pergerakan, dan hormon dan enzim pengeluaran, dan menggalakkan pertumbuhan mikro organisma yang siha. ('flora usus')
  • Kadar pertumbuhan yang baik, lebih kurang sama kadar perkembangan bayi sekiranya dia masih di dalam rahim, atau sedikit lebih perlahan. Dalam tempoh tiga bulan pertama kepala mereka berkembang lebih cepat, mungkin mencerminkan pertumbuhan otak yang lebih baik
  • Kurang mendapat penyakit
  • Kurang jangkitan, seperti radang paru-paru, gastroenteritis dan jangkitan telinga
  • Kurang mengalami masalah alahan seperti asma dan ekzema
  • Risiko yang lebih rendah daripada anemia, kerana besi diserap lebih baik melalui susu ibu
  • Mengurangkan risiko meconium ileus (lumpuh usus, biasanya pada bayi dengan cystic fibrosis, disebabkan oleh kandungan usus melekit)
  • Mengurangkan risiko necrotising enterocolitis, satu tindak balas berbahaya kepada jangkitan usus yang membunuh sehingga dua dalam lima bayi, dan enam hingga 10 kali lebih biasa di kalangan bayi yang diberi formula sahaja berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu sahaja. Bayi yang diberi campuran susu formula dan susu ibu mempunyai risiko yang lebih rendah daripada bayi yang diberi susu formula sahaja, tetapi tiga kali risiko mereka yang minum susu ibu sahaja
  • Keputusan ujian perkembangam dan kecerdasan yang lebih tinggi
  • Perkembangan visual dan penglihatan yang lebih baik.
Dan kajian menunjukkan bahawa susu ibu juga mengurangkan risiko:
  • Apnea
  • Sawan
  • Kematian yang tidak dapat dijelaskan.
Bagaimana Ibu Boleh Melalui Sesi Berpantang Dengan Cergas 

Apabila ibu sentiasa ulang alik ke hospital tentulah si ibu tidak melalui proses berpantang seperti ibu-ibu lain yang boleh berurut, bertungku, bertangas dan tidak banyak bergerak. Proses rawatan untuk mengembalikan semula kesihatan ibu mungkin akan terganggu sedangkan ibu sangat memerlukannya bagi memastikan badan kembali langsing, susu ibu meriah dan yang paling penting peranakan dirawat untuk kembali ke keadaan asal. 

Saya bawakan khas pengalaman seorang ibu iaitu Pn Hidayah yang melahirkan anak pra matang untuk berkongsi dengan pembaca bagaimana beliau boleh cergas dan sihat dalam masa yang sama boleh menyusu anak pra matang. Mungkin pengalaman ini dapat membantu ibu-ibu yang melahirkan anak pra matang untuk dijadikan panduan. Sememangnya anda tidak keseorangan untuk melaluinya. Jom lihat pengalaman bermakna ni 


Jangan berputus asa bila anak anda dilahirkan pra matang, Dr Zubaidi ada menulis dalam artikel beliau dan menasihatkan agar ibu bapa yang mempunyai anak pra matang supaya banyak berdoa dan bersedekah,. insyaaAllah Allah berikan yang terbaik untuk kita semua sebagai hambaNya. 

Jika ingin mengetahui apakah set bersalin terbaik dan merangkap set menyusu yang diamalkan oleh Puan Hidayah sepanjang tempoh berpantang dalam melahirkan bayinya yang pra matang, boleh hubungi saya 

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo

No comments: