Monday, February 1, 2016

Detoks Parasit dengan Vitamin, Bagaimana Kesannya?

Dah berakhir program detokx parasit untuk bulan ni, apa yang dirasai?
Apa pula kesannya?
Macam mana dengan healing crisis yang dialami sepanjang proses detoks?
Ini yang ummi nak share dalam entri kali ni.


Entri sebelum ni ummi ada share tanda-tanda badan ada masalah cacing dan juga makan-makanan yang perlu dimakan dan dielak ketika buat proses detoks ni. Boleh rujuk ENTRI INI dan INI.

Selain follow tips pemakanan tu, ummi juga makan vitamin khas untuk detoks ni. Ni list vitamin yang ummi makan sepanjang proses detoks parasit
  • VIVIX - extra doses
  • Alfalfa - extra doses
  • Herb lax 
  • DTX Complex
  • Garlic Complex
  • Nutriferon - extra doses
  • Vitamin harian 
Semasa proses ni, ummi skip dulu vitamin yang berkapsul sebab dari gelatin. Jadi ummi skip omega dan GLA Complex. Cacing memang suka gelatin. Keinginan pada kek especially brownies (feberet ummi sejak lahirkan umar), roti seme kene elak dulu. 

Apa kesan dari detoks ni?

Sebelum tu ummi nak cite. Kesihatan badan kita secara keseluruhan berpunca daripada kesihatan usus kita. Jika sistem imun kita rendah dan usus kita telap / bocor, badan akan kuarkan raksi alergi. Itu yang ummi alergi ubat. Sebab tu doktor sarankan ummi amalkan probiotik. 

Semasa mula-mula amik vitamin detoks (VIVIX, Alfalfa, Herb lax dan DTX) waktu pagi memang sepanjang hari rasa mengantuk yang amat. Badan memang rasa penat. Salah satu tanda toksin keluar memang akan buat badan terasa letih, mengantuk dan lemah. Almaklum ni bukan sahaja nyahkan parasit tapi nyahkan toksik seluruh badan sekali. 



Selain tu rasa kembung perut. Rasa macam banyak angin dalam badan. Daaaaan kentut memang lebih dari biasa la. Dengan umar sekali kuat kentut.  Kawan-kawan seangkatan ummi yang buat detoks ni pun alami keadaan yang sama..plus bau yang lebih kebabom dari biasa. Ayyyoooo 
Ada juga yang cirit birit. Tapi ummi tak alami ni cuma lebih dari sekali membuang. 

Satu lagi healing crisis adalah sakit kepala. Bukan pening tau tapi sakit kepala. Tidur je la ubatnya dan memang kena minum air banyak. Kalau yang resdung dan alah memang akan rasa gatal-gatal pada hidung, bersin dan berhingus. Ummi tak rasa gatal tapi Umar pulak yang berhingus. Hingus hijau pulak tu..ayaaakk.

Parasit  yang mati akan melepaskan toksik ammonia ke dalam badan dan akan menyebabkan gejala seperti pening, selesema, sakit kepala, keletihan, kelesuan, dan lain-lain Itulah sebabnya kita perlu membersihkan kolon dan bersihkan usus semasa kita membersihkan parasit supaya dapat membuang ammonia dan toksin. 


Ummi nak share kenapa dalam proses detoks ni penting ambil DTX Complex iaitu supplement untuk detok hati. Ada parasit yang hidup di hati kita. Mereka memetabolismekan dan mengeluarkan,  toksin saraf, yang kesannya boleh menyebabkan emosi ting tong dan mengganggu fungsi mental. 

Parasit ni boleh merosakkan tisu secara langsung dan boleh menghalang fungsi organ. 
Selain itu, parasit ini juga menurunkan sistem imun dan menjadikan kita lebih terdedah kepada serangan mereka dan mikroorganisma lain. Haaa sebab itulah juga penting pengambilan Nutriferon untuk kuatkan sistem imun semasa proses detoks ni. Plus dalam Nutriferon ada biji labu. Biji labu adalah salah satu makanan anti parasit.

Nutriferon menyokong keseluruhan sistem imun badan dan mengelakkan dari terjadinya selsema dan jangkitan virus. 


Kesan dari parasit detok ni yang paling ketara adalah ummi dah spot blackhead kt hidung yang memang susah sangat nak hilang dah tak nampak ketara. Ya Allah memang suka sangat yang ni sebab ummi tau sebelum ni payah betul nak hilang blackhead kt hidung tu. Menci btul. Hahahahah.

Apapun ummi teruskan juga pengambilan vitamin-vitamin detoks ni sampai hari ini tapi dengan dose yang biasa. Tapi kan, bila dah terbiasa dengan megadose ni, rasa sedap badan pula dan rasa nak amik megadose je setiap hari.. Hihihihhi.. 

Lagi satu, follow tips ni utk nak lebih berkesan dalam buat program detoks parasit ni 

  • MAKAN SIHAT - Sayur-sayuran, salad, sayur-sayuran berdaun . Elakkan makan makanan gula yang tinggi, dan elakkan semua gula / gandum / makanan diproses dan ditapis
  • MAKAN makanan pembunuh parasit - Bawang putih mentah (kalau boleh..kalao xboleh makan je garlic complex tu), biji labu aka "Pepitas"( kalau nk mudah amalkan nutriferon), nanas, biji betik, pati minyak oregano buah ara kering
  • Banyak minum air - Untuk pam keluar toksin.

  • Owwh ya bagi yang nak cuba NUTRIFERON, bulan ni ada PROMOSI. Harga lebih murah dari biasa. Ummi galakkan 1 rumah ada 1 kotak nutriferon ni. Inilah perisai kepada jangkitan kuman dan bakteria. Al maklum benda halus tu kita bukan boleh nampak, tiba-tiba je menyerang dan ada simptom. Bagi yang nak dapatkan NUTRIFERON harga promosi, boleh contact ummi ya. Kalau kita sakit..anak-anak sakit kita susah hati kan? Jadi cegah tu lebih baik. Kuatkan imun satu family. 


    SHAKLEE Independent Distributor
    Nurul Aziyana (ID 886587)
    No Tel: 012-9576172
    Email: ummi_anayiza@yahoo.com
    COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan

    DAFTAR AHLI SHAKLEE. KLIK SINI

    1 comment:

    Nur Salwa said...

    Xsabar nak mulakan jdp khamis nie.. debor pun yea hahaha