Wednesday, March 9, 2016

5 Simptom Keguguran Yang Wanita Hamil Harus Tahu Supaya Boleh Terus Ke Hospital

5 Simptom Keguguran Yang Wanita Hamil Harus Tahu Supaya Boleh Terus Ke Hospital

Setiap wanita akan melalui 3 peringkat asas dalam hidupnya dari menjadi seorang anak perempuan, isteri dan kemudian ibu.
Daripada semua ini, seorang wanita mencapai lambang kebahagiaan ketika dia hamil anaknya. Ia satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan.
Kegembiraan bercampur aduk.
Kegembiraan untuk menjadi seorang ibu, kegembiraan saat merasai satu tendangan dari si kecil dan mengidam yang ntah apa-apa pun boleh mencetuskan detik-detik bahagia. Tambah-tambah kalau dapat layanan istimewa dari semua orang. Best!



Tetapi, keguguran mungkin akan jadi mimpi ngeri dalam cerita gembira ni. Ye lah dah happy saat dapat berita ' Tahniah, anda hamil" rupanya tak lama..ditakdirkan mengalami keguguran pula.

Siapa tak sedih.

Terutama yang memang dah merancang utk dapat zuriat.
Tiada siapa yang tahu bila alami keguguran ketika mengandung. Ia seperti ribut yang tidak dijangka. Kebanyakannya, keguguran bergantung kepada badan wanita. 80% keguguran berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan,jadi adalah penting untuk tahu gejala yang menyebabkan ramai ibu mengabaikannya.

Jom semak antara 5 tanda keguguran yang perlu tahu supaya boleh terus ke hospital

#1: Kejang
Tanda normal keguguran adalah bila terasa kejang di abdomen bawah dan pelvis. Senang cerita terasa macam sakit senggugut atau kalau yang pernah bersalin terasa mcm contraction nak bersalin.

#2: Pendarahan
Pendarahan di awal kehamilan adakalanya normal. Tapi kalau pendarahan yang banyak, adalah lebih baik segera ke klinik / hospital. Pengalaman sendiri, sebelum keguguran ada keluar tanda coklat seolah permulaan nak period. Kemudian sakit perut macam senggugut dan berlaku pendarahan.


#3: Kesakitan 
Sakit di bahagian abdomen, belakang dan kawasan pelvis sebaik-baiknya memerlukan pemeriksaan di hospital. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk tidak membiarkan situasi sedemikian.

#4: Darah beku
Bukan hanya titisan darah sahaja yang perlu refer pada doktor, tapi jika keluar ketulan darah beku juga perlu segera merujuk doktor. Darah beku di peringkat awal kehamilan bermakna keguguran.

#5 Pergerakan janin
Janin biasanya mula bergerak pada bulan keempat kehamilan dan ibu akan dapat merasakan bayinya bergerak dan membesar dalam rahim. Tetapi, jika ibu tidak dapat merasakan apa-apa jenis pergerakan di dalam perut, segeralah baut pemeriksaan doktor.

Tiga bulan pertama kehamilan adalah yang paling penting. Perkembangan baby dalam tempoh ni sangat pantas. Keperluan asid folic dan nutrisi sangat mustahak. Ummi nak kongsikan tips nutrisi untuk membantu kuatkan rahim ibu bagi mengelakkan keguguran berlaku
  • Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat dan elakkan dari makanan berproses. Pemakanan boleh menjaga sel-sel (ovum dan sperma) supaya sel yang terhasil adalah sihat. Jadi kedua-duanya iaitu suami dan isteri perlu menjaga pemakanan. 
  • Elakkan dari makan makanan yang tajam dan bisa di awal kehamilan 
Menurut Dr Zubaidi, biasanya keguguran berlaku disebabkan oleh 3 perkara 
  • Kualit sperma yang rendah (bentuk sperma yang tak normal)
  • Kualiti ovum yang rendah (genetik\sel yang rosak) 
  • Lapisan endometrium yang nipis dan tidak kuat (akibat tahap hormon endometrium yang rendah) 
Bagaimana nak elak dari keguguran janin aau keguguran yang berulang

Ianya berbalik kepada sel yang sihat. Sel yang sihat pula datangnya dari pemakanan yang sihat. Bagaimana nak pastikan sel sihat dan hormon stabil melalui pemakanan? Ummi cadangkan Vivix dan ESP. vivix diambil sebelum hamil iaitu dalam usaha utk hamil (TTC) manakala ESP diambil sebelum hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan.


Apa kelebihan keduanya?

Vivix memastikan semua sel badan sihat sebab Vivix bertindak utk repair DNA yang menjadi pusat data bagi sel kita. Sel yang sihat akan meningkatkan kualiti ovum dan sperma. Digalakkan untuk suami isteri mengambil Vivix.InsyaaAllah sel yg sihat,sel yg elok boleh membantu utk kehamilan yg sihat.


Baca juga >> Vivix Shaklee, 3 Fakta Menarik Buat Ramai Membelinya 

Esp pula adalah sumber protin dari tumbuhan yang membantu untuk membina sel sihat. ESP ada 9 asid amino perlu yang badan tak bolehhasilkan. Maknanya kena ambil dari pemakanan harian.

Kenapa ESP boleh bantu kuatkan rahim?

Sebab protin ESP juga bantu dalam pengeluaran hormon-hormon penting dalam badan. Tadi ummi dah cerita salah satu sebab keguguran adalah kerana lapisan endometrium yang nipis akibat hormon endometrium yang rendah. Boelh jadi juga disebabkan tahap imun yang rendah macam kes Puan Khadeeja ni



Baca juga >> Kuatkan Rahim | Tips Berpantang Selepas Keguguran

Bagaimana nak dapatkan kedua product ni agar puan boleh meneruskan kehamilan tanpa risiko keguguran? Boleh hubungi saya di talian di bawah. InsyaaAllah sya sedia membantu puan utk dapatkan product tinggi kualiti yang berdasarkan kajian bertahun-tahun oleh pihak Shaklee.

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, KuantanKuantan


No comments: