Monday, May 9, 2016

2 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Mereka Yang Bergelar Ayah

Pada kaum bapa yang nak tambah koleksi buku untuk bacaan peribadi, ummi sangat syorkan baca 2 buku ni. Jadi ayah, buku tetap kena baca. Jangan pandai baca whatsapp je :)


Anak-anak Abah & Kisah Anak Bini

Kedua buku ni memang ditulis oleh seorang ayah. Dua penulis yang berbeza tapi punya kerjaya yang sama iaitu pensyarah, dengan gaya cerita yang berbeza tapi motifnya pada pandangan ummi sama - mendidik anak.

Anak-Anak Abah - 3A

Buku ni tulisan En Nazali Noor. Berkisar tentang 5 orang anaknya. Juga diselitkan dengan cerita-cerita santai berbentuk kenangan bersama ibu ayah penulis. Walaupun santai, tapi setiap bab ada pengajaran, terkadang air mata ummi juga turut mengalir semasa membaca.



Buku pertama beliau adalah Ulu Yam di Liverpool dan kemudian Ulu Yam di Liverpool 2. Yang ni ummi belum baca lagi, Lepas baca buku Anak-Anak Abah, memang ummi dah simpan hasrat nk beli 2 buku Ulu Yan Di Liverpool pula.

2 buku tu adalah buku Best Seller! Sebab tu nak baca.

Ok berbalik pada buku 3A ni, pada pandangan ummi, setiap kisah diceritakan dengan begitu unik, sedia dengan praktikal bagaimana seharusnya seorang ayah melihat, mendidik dan bergaul dengan anak-anak dari remaja sampai ke anak kecil.
Bahasa santai, namun menusuk jiwa.

Penulis juga menggambarkan bagaimana kehidupan di luar negeri, terutama dari segi melihat potensi anak, bagaimana bezanya sistem pendidikan di sana berbanding di malaysia dan bagaimana nak mendorong anak yang memmpunyai kepandaian dan perangai yang berbeza.

Ummi boleh cakap, kalau ummi jadi anak-anak En Nazali Noor, memang sangat2 bertuah. Jadi kalau nak anak-anak kita bertuah mcam anak2 beliau, setiap ayah wajib baca buku ni.

Jangan risau, ayat-ayat penceritaan walaupun mampu untuk buat kita terduduk dan termenung, tapi sebenarnya ia cerita-cerita biasa yang mungkin semua ayah di luar sana lalui setiap hari.
Tapi bagaimana penulis membawa kita untuk melihat setiap moment itu dari sudut yang berbeza, itu yang ummi rasa sebenarnya banyak perkara yang kita sebagai ibu bapa terlepas pandang.

Setiap moment dengan anak adalah special.

Itu yang digarap oleh penulis dalam setiap bab.
Jadi, ayah di luar sana, dapatkan buku ni dan ambil masa untuk baca. Pasti berbaloi.

Buku ke 2 pula.

Kisah Anak Bini 

Penulis yang tak asing, Hamka Kereta Mayat. Boleh Like FB beliau di SINI.


Hamka juga seorang pensyarah. Dah banyak buku hasil tulisan beliau. Dan satu pun ummi tak pernah beli lagi. Bagaimana ummi boleh baca buku Kisah Anak Bini ni?

Alkisahnya pinjam dari opismate. Mulanya memang takda nafsu pun nak baca. Saja je ummi belek-belek. Dan disebabkan ceritanya pendek-pendek, jadi ummi baca kisah pertama.

Gaya cerita yang kelakar. Mengekek suka. Kalau gaya En Nazali sedikit lembut dalam bercerita, gaya Hamka pula sempoi dan agak brutal tapi banyak ilmu baru yang dapat.

Anak-anak memang suka bertanya. Kadang-kadang kita sendiri memang takde jawapan. Tapi kalau jawab "entah ayah/ummi tak tahu" , itu akan bantutkan sifat ingin tahu anak.

Contoh kalau anak tanya kenapa orang lelaki ada puting susu? Haa nk jawap apa?

Hamka berjaya menyusun cerita hasil dari soalan-soalan anak-anak beliau dalam bentu cerita-cerita pendek yang menghiburkan. Boleh release tension juga bila baca buku ni.
Dan ada banyak tips2 menarik yang mungkin tak pernah terfikir dek akal pun yang boleh kita apply dalam kehidupan beranak bini ni. Cewaaah.

Jadi nak tahu betul2 best ke tidak 2 buku ni, haruslah baca dulu ya.
Kredit pada penulis yang berkongsi pengalaman dan ilmu bermanfaat, semoga ianya menjadi saham akhirat yang besar.

Jadi kat mana nak beli 2 buku ni?

Untuk buku AAA, boleh cari di semua kedai-kedai buku. Atau boleh beli online di SINI .
Untuk buku KAB pula, boleh beli secara online di SINI

Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang bijak dalam mendidik.

Ok ummi nak iklan sikit, bagi ibu bapa yang nak dapatkan Vitamin untuk kecerdasan dan kecergasan anak-anak, boleh hubungi ummi. Ada 3 vitamin yang boleh membantu anak-anak untuk lebih fokus, kuat ingatan dan kuat imun

  • Omega Guard - untuk bantu otak lebih fokus dan juga kuatkan imun. Bagus diamalkan jika anak mengalami asthma 
  • Mealshakes - multivitamin yang membantu mencukupkan nutrisi harian anak 
  • Chewable C - vitamin C bentu kunyah untuk meningkatkan imun anak dan menentang radikal bebas. 

=======================================================
Baca juga >> Tips Atasi Anak Mudah Lupa Agar Report Kad Tak Merah lagi 
Baca juga >. Vitamin Untuk Pelajar Mengantuk Dalam Kelas dan Kembali Fokus
=======================================================

Berminat untuk bantu anak lebih fokus dan lebih pickup? Boelh hubungi ummi ya untuk dpatkan nutrisi tambahan ni

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan

No comments: