Tak kira la kita amik vitamin tu dari sumber mana ... diet harian ke..cahaya matahari je..atau dari makan vitamin Shaklee ke...tujuannya hanya satu, supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik dan kita cukup nutrisi.
Gambar : Ihsan google
Pernah dengar orang kata " macam tak cukup vitamin je.."
Macam mana keadaan tak cukup vitamin? Meh ummi kasik contoh - badan yang selalu letih lesu, kulit yang bermasalah seperti kusam, jerawat, jeragat, mudah terkena serangan penyakit, obesiti, kegagalan fungsi organ, kemurungan, stress. Ini sebahagian dari tanda-tanda badan tak cukup nutrisi.
Jadi disebabkan oleh masalah kekurangan vitamin ni, ramai orang cari solusi dengan cara cari vitamin tambahan ataupun supplement.
Walaubagaimanapun, ramai yang tak aware tentang vitamin yang dipilih. Samada sintetik mahupun semulajadi. Tanpa pengetahuan tentangnya, mungkin ramai yang mengambil vitamin sintetik.
Apa itu vitamin sintetik?
Banyak vitamin dan mineral yang dihasilkan secara sintetik dengan bahan kimia dan bukan bersumberkan bahan-bahan semulajadi. Mereka dihasilkan dengan cara meniru bagaimana vitamin semulajadi bertindak dalam badan kita. Vitamin semulajadi diperolehi secara langsung dari bahan tumbuhan yang mengandungi vitamin, tidak dihasilkan di dalam tabung uji
Malah, beberapa vitamin sintetik, yang terdiri daripada nutrien diasingkan dan bahan-bahan sintetik, sebenarnya boleh terkumpul di dalam tisu lemak badan kita dan menyebabkan keracunan.
Enzim hidup dalam vitamin sintetik tidak pernah wujud, oleh itu badan kita sebenarnya tidak mendapat manfaat daripada vitamin tersebut.
PENTINGNYA BACA LABEL
Macam mana nak kenal vitamin sintetik?
Mudah je. Contoh Vitamin E. Cari perkataan yang bermula dengan "dl" dalam bahan-bahan yang vitamin ini. Ia adalah satu petunjuk bahawa vitamin adalah sintetik. Sebagai contoh, "dl-alpha tocopherol" adalah salah satu bentuk vitamin E sintetik.
Bentuk semula jadi vitamin E pula dipanggil "D-alfa tokoferol"
Biasanya vitamin sintetik memang lebih murah dari vitamin semulajadi.
Vitamin E Shaklee
Menurut Persatuan Pengguna Organik, jika vitamin tambahan yang mempunyai potensi yang tinggi atau sebaliknya tidak asli, produk ini adalah sintetik. Sebagai contoh, produk yang menyediakan 1,000 peratus daripada vitamin C adalah luar biasa tinggi. Ini adalah sepuluh kali jumlah yang anda perlukan setiap hari, dan jumlah ini tidak diperolehi walaupun dalam diet harian.
Satu lagi trik nak kenal vitamin tu semulajadi atau sintetik, tengok pada bahan
Jika anda lihat vitamin yang disenaraikan sebagai vitamin itu sendiri, seperti "vitamin D," maka ia pasti menjadi versi sintetik, menurut Dr Ben Kim,
Contoh lain, cari sumber makanan seperti "limau" dan bukannya "vitamin C" atau "daun alfalfa" dan bukannya "vitamin K."
Dan ciri yang lain bagi mengenal bahan semualjadi atau sintetik dalam product atau vitamin adalah ari perkataan yang berakhir dengan "ate" atau "ide" dalam senarai bahan-bahan.Perkataan ini menunjukkan bahawa pengilang menggunakan bahan-bahan sintetik untuk meningkatkan potensi dan kestabilan vitamin ini.
Beberapa perkataan termasuk nitrat, asetat, natrium askorbat, natrium benzoate, klorida, hydrochloride, silikon dioksida dan titanium dioksida.
FALSAFAH PEMBUATAN VITAMIN SEMULAJADI NO 1 - VITAMIN SHAKLEE
Product Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan ini boleh dilihat pada botol vitamin Shaklee, pada bahagian ‘Other Ingredients’. Cnth beta karotena dihasilkan dari sejenis alga istimewa. Bahan-bahan dalam Shaklee dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi dari sumber tumbuhan dan mineral asli.
Pastinya lebih sesuai dan lebih bernilai daripada vitamin sintetik atau ubat-ubat berasaskan dadah
Ibarat kata pengasas Shaklee iaitu Dr Forest Shaklee, kita sendiri adalah dari product semulajadi, tentulah kita lebih dekat dengan bahan semualajdi
Baca juga >> Syarikat Vitamin Paling Kukuh dan Stabil Dunia
Nak cuba vitamin Shaklee?
Hubungi ummi di talian berikut
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Story of Health & Beauty
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan
No comments:
Post a Comment