Thursday, February 9, 2017

Gejala PreMenopause : Atasi Masalah Kekeringan Ketika Bersama dan Tanda-tanda Lain

Premenopause bukan lah satu penyakit tapi ianya adalah tempoh transisi menuju ke menopause. Tapi transisi ni mendatangkan ketakselesaan di kalangan wanita. Salah satunya kekeringan faraj ketika bersama suami. Premonopause ni boleh bermula bila wanita memasuki fasa 40an tapi ada juga yang alami lebih awal. Penurunan hormon sudah bermula pada umur 35 tahun.



Apa tanda-tanda berlaku pra Menopause?

Antaranya gejala-gejala yang dialami adalah
  • Rasa panas badan 
  • Sakit pada payudara 
  • Kurang nafsu dengan suami 
  • Haid yang tak teratur
  • Kekeringan pada faraj ketika bersama suami 
  • Mood yang berubah - rasa bimbang
  • Tidur yang terganggu - rasa letih
  • Osteoporosis
Sebenarnya pra menopouse adalah salah satu dari fasa penuaan. Jadi ianya sangat berkait rapat dengan penuaan.


Tanda pertama yang memungkinkan cik puan dah masuk fasa pre menopause adalah kedatangan haid yang tak teratur. Ini kerana pengeluaran hormon sudah mula berkurangan secara perlahan-lahan dan sudah kurang berlaku ovulasi.

Bila tahap hormon semakin berkurangan, perubahan juga akan berlaku dalam sistem pembiakan, seperti dinding faraj menjadi nipis, kering, kurang elastik, dan mungkin rasa menyakitkan. Risiko jangkitan yis faraj juga meningkat.


Kesan dari perubahan hormon ni bergantung juga kepada cara hidup dan diet sehari-hari. Jika diet yang tidak teratur, merokok mungkin akan merasai gejala-gejala pra meopause yang sangat tidak menyelesakan. 

[ UBAH GAYA PEMAKANAN YANG MEMBANTU KETIKA FASA PRA MENOPAUSE]

Bila sudah melalui tanda-tanda masuk dalam fasa pra menopause, cik puan boleh kawal gejala-gejala ni supaya boleh elak dari rasa yang tidak selesa.

Sebab apa? sebab gejala-gejala ni kita tak boleh nak elak tapi kita boleh kawal. Pre Menopause bukanlah tanda berakhirnya kewanitaan. Cik puan masih boleh kembali bertenaga, kembali seperti wanita yang menawan, mengembalikan kecantikan kulit bila tahu cara nak kawal gejala-gejala ni.

Ada 4 cara gaya pemakanan yang boleh membantu

1. Makan lebih protin dan lemak baik 

Protein dan lemak yang sangat penting untuk diet sebab ia membantu untuk penghasilan hormon yang diperlukan untuk rasa hebat. Sebab utama kerana pada tempoh ini, badan dah mula menurun dalam menghasilkan hormon. Protin yang baik adalah dari protin tumbuhan.

2. Sesuaikan diet dengan tempoh ovulasi 

Untuk membantu mengimbangi estrogen dan progesteron , makan mengikut kitaran haid. Gabungkan sayur-sayuran ini ke dalam setiap fasa berikut

  • Fasa folikel (sebelum ovulasi): brokoli, lobak merah, pasli, kacang hijau, dan zucchini
  • Fasa ovulasi (apabila ovulasi/subur): asparagus, tauge, daun bawang, dan bayam
  • Fasa luteal (sebelum haid): Bawang, ubi, lobak, dan ubi keledek
  • Fasa haid (period): ubi bit, kale, rumpai laut, dan cendawan
3. Ambil vitamin B6, vitamin D3, dan GLA (gamma-linolenik asid)

Tak boleh nak sangkal, keperluan vitamin ni membantu dalam proses peralihan kepada pra menopause. Vitamin D3 dan vitamin B6 boleh membantu dengan pengeluaran progesteron, penting untuk menentang gejala yang menyebabkan estrogen berlebihan. Asid gamma-linolenik (GLA), sejenis asid lemak pula penting untuk mempengaruhi sintesis prostaglandin dan membantu memberi ketenangan dalam menghadapi gejala perimenopausal.

4. Tingkatkan pengambilan Zink 

Zink memainkan peranan dalam pengeluaran testosteron, hormon penting dalam menenangkan proses perimenopause itu. Makanan seperti kacang dan seed kaya dengan zink.
Perubahan hormon mungkin lebih cepat berlaku jika umur semakin meningkat, jadi sangat penting untuk menambah mikronutrien utama dalam badan untuk menyokong kehilangan.

Di Shaklee, ada beberapa sumber nutrisi penting yang boleh menyokong Cik Puan dalam situasi pra menopause ni iaitu
  • ESP - sumber protin dari tumbuhan yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang penting untuk membantu penghasilan hormon dengan baik 
  • GLA COMPLEX - sumber amma-linolenik asid yang mmebantu dalam pengawal seliaan hormon dalam badan 
  • VIVIX - tonik antiaging yang membantu dalam melambatkan penuaan dan kerosakan sel penyebab kepada perubahan pada kulit dan tahap kesihtan selular
  • Bcomplex - memberi keperluan semua vitamin B yang diperlukan badan termasuk vitamin B6. Juga mengelakkan rasa stress. 
  • Ostematrix - membantu membekalkan bekalan kalsium untuk mengelakkan osteoporosis. Lengkap dengan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang lebih baik. 

Betul ke vitamin ni semua membantu? Ok Kak yana up salah satu testimoni ya. sebenarnya sangat ramai yang berpuas hati dengan kesan ni. Selain badan yang bertenaga, kulit juga cantik, awet muda gitu. Tak mo ke rasa effect yang sama? 



Kalau risau hubungan suami isteri semakin hambar dek kerana masalah ini, boleh cuba atasi dengan nutrisi-nutrisi di atas. InsyaaAllah kembali hangat lepas tu. Sebaiknya, masuk je umur 35 tahun dah mula konsisten amalkan vitamin tambahan ni supaya tak terlalu terasa dengan perubahan yang tak menyelesakan tu. 

Untuk order, boleh klik gambar di bawah 



Atau Boleh hubungi kak Yana untuk jadi ahli shaklee dan menikmati diskaun dengan pembelian set  ni di talian berikut

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Taman Impian, Kampung Padang



No comments: