Monday, July 24, 2017

Bila Rasa Down Dalam Bisnes, Buat 3 perkara Ni

Bila kita terjebak dalam bisnes, ada masa kita rasa down. Down bila sales slow siput, down bila customer reject offer kita. Down bila apa yang kita buat tiada hasil. Persoalannya, patutkah kita melayan rasa down tu?



Tidak semua customer say YES, saya nak beli dengan apa yang kita jual. Ada yang hanya survey, ada yang tak memenuhi budget, ada yang tanya dulu tapi nak kumpul duit duu untuk beli. Dan macam-macam lagi situasi kan? 

Normal 

Ya kalau kita pilih untuk berbisnes, ini perkara yang patut dipasak dalam hati dan jiwa raga. 
Boleh terima rejection, boleh terima up and down dalam bisnes. Tidak selamanya bisnes kita naik sentiasa, ada onak ada ranjau ada duri sebagai rencah. 

Jadi nak buat apa kalau tetiba rasa kecewa sangat dengan situasi-situasi macam ni? 

3 perkara yang boleh buat bila Rasa Down  


#1: Tarik nafas dan hembus laju-laju selama 10 minit. 

Tarik nafas dalam-dalam. Cara ini boleh meningkatkan oksigen ke dalam otak kita dan kita akan rasa lega. Boleh juga buat pernafasan dengan sifir 2-4-8. 2 saat tarik nafas, 4 saat tahan nafas dan 8 saat hembus. Fikirkan semula niat berbisnes. Fikirkan semula matlamat di awal kita say yes untuk berbisnes. Fikirkan juga kita ada Allah untuk bantu kita. Berdoa lah selepas buat teknik pernafasan ini. 


#2: Sabar. Kehidupan ini ujian. 

Apa-apa yang kita buat pun akan diuji. Jadi ini salah satu ujian yang kita harus tempuh, dengan sabar. jangan kerana rejection, sudah merajuk tidak mahu lagi berbisnes. Bagaimana mahu pegang duit jutaan ringgit kalau hal yang sekecil ini kita sudah mengalah. Sedangkan ujian inilah yang latih kita untuk lebih kuat hadapi cabaran. 

#3: Senyum sentiasa dan bersangka baik. 

Senyum boleh menarik energi positif. Buat teknik affirmation untuk kembalikan semangat. Dr Azizan kata, apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah DOA. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita lintaskan dalam hati kita, yang kita sebut. Fikirkan yang baik-baik, bayangkan yang indah-indah dengna bisnes kita dan teruskan berdoa

Masa lalu kita dah tak boleh ubah. Jadi pandang masa hadapan. Bila buntu, cari Allah dan cari mentor. Ramai yang membantu selagi kita mencari orang yang betul. Ubah plan, bukan ubah matlamat.

Ok sekian motivasi hari isnin yang dah petang ni :)
Bila rasa down, carilah post ini dan baca semula. Dengan izin Allah, semoga ianya kembali meniupkan semangat yang hilang.

Ingin mendapatkan product Shaklee dengan pembelian secara online yang sah?

Boleh klik gambar di bawah dan anda akan terus dibawa ke web pembelian yang sah dari Shaklee.



Atau boleh juga Whats app ' Nak Beli Shaklee ' ke no 012 9576172 (klik link ini untuk lebih pantas http://aziyanashaklee.wasap.my)

Untuk COD :

Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang.



No comments: