Sunday, January 14, 2018

5 Tanda Sel Badan Kita Tak Sihat

Manusia terbina dari sel. Sel membentuk tisu dan tisu membentuk organ seterusnya membentuk sistem. Jika bahagian sel tidak sihat, bermasalah, sakit, keradangan, tidak berfungsi, maka begitulah akan berlaku pada tisu dan organ seterusnya akan mengganggu sistem dalam badan kita.
Macam mana nak tahu yang sel kita tak sihat. Ye lah, bukan boleh nampak dengan mata kasar ye dok?


Beza sel yang sihat dan tak sihat 

Komponen sel kita ada 4
(1) Membran sel
(2) Nucleus
(3) Cytoplasm
(4) Mitochondria

Jika dilihat melalui mikroskop, sel yang sihat mmepunyai garis membran yang tajam dan jelas, bahagian dalamnya iaitu mitkondria dan cytoplasma yang jelas dan terbentuk. 
Sebaliknya jika selyang tak sihat garis membran kelihatan macam berlaku keradangan, dan mitkondria serta plasma tidak jelas kelihatan. 
Sel sihat boleh menerima nutrient yang masuk dengan sangat baik, meghasilkan tenaga yang optimun dan mengeluarkan toksik juga dengan sangat baik. Sebaliknya berlaku kepada sel yang tak sihat, ia lemah dan tak mampu nak hasilkan tenaga. 


Sel-sel yang sihat menjadi rosak apabila terdapat ketidakseimbangan radikal bebas dan antioksidan dalam badan. Ketidakseimbangan ini dipanggil tekanan oksidatif. 
Toksin memasuki badan dari pelbagai faktor, menyebabkan radikal bebas menembusi sel dan menyebabkan kerosakan kepada semua komponennya, termasuk protein, lemak dan DNA. 
Sel-sel yang rosak dikaitkan dengan tanda-tanda penuaan, yang mempengaruhi otak, kulit dan organ-organ lain dalam tubuh.

.

5 tanda utama sel badan kita tak sihat.


    
#1 Lethargic

Rasa badan selalu letih, lesu tak bermaya dan malas? Itu adalah gejaka Lethargy yang menyebabkan rasa mengantuk atau penat. Kelesuan ini mungkin dari segi pergerakan atau pemikiran. Anda digambarkan sebagai lesu jika anda mempunyai simptom ini.

#2 Kulit kedut dan kusam 

Kulit yang kedut dan kusam tanda yang paling nyata sel tidak sihat. Biasnya sebab sel rosak akibat radikal bebas, tak cukup antioksidan, pendedahan kepada sinar UVA dan UVB yang merosakkan sel. Sel juga tidak cukup nutrisi bila diet harian tidak seimbang terutama bila kurang pengambilan air, dan tinggi pengambilan lemak, perasa dan garam.

Baca juga >> Cara Rawat Wajah Kedut DanKusam 

Bila berlaku penuaan pula, sintesis kolagen di kulit berkurangan. Jadi gagal nak kekalkan keanjalan, tone kulit, kelembapan dan tekstur kulit.

#3 Kerap jatuh sakit 

Jatuh sakit tanda sistem imun tidak kuat. Sistem kekebalan tubuh atau sistem imun ini adalah sistem pertahanan yang bertindak balas dengan ejen luaran tertentu yang boleh masuk dan membahayakan diri kita. Ia terdiri daripada rangkaian sel, tisu, dan organ yang berfungsi bersama untuk melindungi tubuh anda.

Baca juga >> Penggalak Sistem Imun Semulajadi Badan 
  
Sel perlindungan ini dipanggil leukosit atau sel darah putih. Mereka bertanggungjawab menyerang organisma-organisma yang menyebabkan penyakit. Sel-sel ini terdapat dalam timus, limpa, dan sumsum tulang. Mereka dipanggil "organ limfatik".

#5 Kenaikan berat badan
Bila sel tak sihat, metabolisme badan pun terganggu. Pengeluaran toksik dan sel lemah. Hormon jadi tak stabil. Jadi senang naknaik berat badan dan susah nak turunkannya. Kekurangan nutrisi tertentu di peringkat sel juga menyebabkan sel tidak berfungsi secara optimum.

 Baca juga >> Berjaya turun berat 20kg Lepas Bersalin3

#6 Minda yang tak tajam dan blur

Minda yang selalu blur dan tak boleh fokus juga disebabkan oleh sel yang tak sihat. Sel yang tak sihat tak mampu nk carry oksigen yang secukupnya dan membina tenaga. Sedangkan otak memerlukan sel yang cukup tenaga. Punca sel tak sihat, antaranya kekurang nutrisi vitamin B12, depression, kurang tidur, dan toksik yang banyak dalam badan.

Entry yang akan datang kak yana akan terangkan tentang nutrisi yang penting untuk sel kita agar kita dapat sel yang sihat. Bila sel sihat, ia akan mempengaruhi kesihatan keseluruhan.