Alhamdulillah Allah bagi nikmat lagi untuk enjoy international trip dari pihak Shaklee. Syukur tak terhingga. InsyaaAllah nak abadikan kenangan manis ni dalam blog kesayangan. Bukan senang untuk nak dapatkannya. Inilah salah satu kelebihan buat bisnes Shaklee sungguh-sungguh, direwad dengan 6 stars trip.
Kami bertolak dari KLIA flight jam 2 pagi. Lebih kurang 6 jam 45 minit, transit kat Dubai selama 3 jam. Kemudian sambung ke Barcelona lebih kurang 7 jam pula. Alhamdulillah emirates Airline memang best. Landing pun smooth je.
Sampai Barcelona masa tu dah jam 1.30 ptg. Destinasi pertama, Shaklee terus bawa ke Mercado La Bouqueria dan Plaza Catalunya. Happening sungguh kat sini dengan pelancong. Ada market jual buha2 segar, chocolate, kopi, rempah, safron. Kat sini lah 1st time kak yana makan gelato sedap. Gelato tu ais krim, kat spain, italy memang femes dengan panggilan gelato.
Belakang tu pasar yang jual macam-macam
Sedikit tentang pasar ni
- Jual fridge magnet. Harga ada yang 2 euro, 3 euro. Tapi kami beli murah 10pcs, 5 euro. Mula-mula jual 8 pcs 5 euro tapi tawar juga dapat la 10pcs. Nak beli FM kat sini tengok juga bentuk2nya sebabbanyak yang ada tanda + since bangunan2 kat sini church je.
- Jual lukisan- pelukis jalanan banyak la kat sini. Kalauberminat nak dapatkan lukisan, boleh beli. Kak yana takminat.muahahaha.
Jalan ke depan sikit uolls akan jumpa Hard Rock Cafe. Haa those yang memang collector HR macam kak yana ni, jangan lepaskan peluang. Pasti beli.
dah jalan, petang Shaklee bawak makan merangkap dinner kat Marina Bay Restaurant. Menu glemer, Paella. Paella ni maksudnya nasi dalam pan yang ada seafood. Rasa macam berempah2 sikit la dan ada Saffron. Kami juga dijamu dengan lobster. Fuhh mantap sangat dinner. Makan memang best.
Selesai makan, kami ke tempat penginapan iaitu NH Collection Constanza hotel. Selesa sangat hotel dan besar. Rate hotel ni 7 stars tau. Pergi sendiri comfirm cari hotel paling murah. Alhamdulillah dengan Shaklee, semuanya mewah.
Kami bermalam kat sini untuk 1 malam sahaja sebab esoknya dah check in untuk naik Royal carribean Cruise. Alhamdulillah dengan Shaklee, ada peluang jejak kaki di bumi orang tanpa kos dengan layanan mewah pula tu.
So stay tune untuk next entry Day 2
No comments:
Post a Comment