Wednesday, April 22, 2015

7 Cara Buat Bisnes Shaklee Sampai Jadi, Bagaimana???

Zaman serba memerlukan duit, ramai yang buat keputusan untuk buat side income untuk tambah pendapatan. Tambah-tambah musim GST ni, apa yang perlu dibayar dah jadi berganda-ganda. Tuntutan kewangan semakin meningkat. Kalau masih lagi rasa selesa dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan tu takkan bertahan lama.




Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula mencari-cari sumber side income, bisnes apa nak buat. Buat bekalan di saat memerlukan. Sediakan payung sebelum hujan memang terpakai sampai bila-bila. 


Saya nak kongsi bisnes yang saya jalankan hampir 3 tahun ni. Satu tips bila nk cari side income, mulakan dengan bisnes yang modal kecik. Jangan berhutang untuk mulakan bisnes lebih-lebih lagi kalau ilmu bisnes kita zero. Kelak bisnes ke mana tapi terpaksa pula tanggung hutang. 

Modal yang saya keluarkan untuk start bisnes Shaklee ni hanya RM75. Saya dapat balik modal ni hanya sebulan selepas saya serius. Modal tak besar tapi pulangan besar. Bukan janji manis, tapi usaha yang manis. Sebab akhirnya berbaloi. Alhamdulillah konsisten dengna bisnes Shaklee, saya diberi peluang untuk merasa free trip luar negara, local, car bonus, dan banyak lagi peluang emas dari Shaklee. 


Saya taknak cerita lanjut apa yang saya dapat tapi saya nak share bagaimana proses untuk dapat semua tu. Bukan melalui goyang kaki terus dapat, tapi dengan ilmu. Shaklee ni bisnes special, seseorang tidak akan maju ke depan kalau dia tak tahu cara yang betul untuk bergerak.

Dan tidak semua mentor boleh ajar cara yang betul untuk berjalan, apa lagi berlari. Ada yang disuruh jual product tak sudah-sudah tapi tak tahu cara macam mana nk jual, tak tunjuk cara. Kalau yang memang dah jenis bisnes memang no hal, kadang2 lebih advance dari mentor. Tapi kalau yang memang baru nak berjinak-jinak, macam mana?

Terkapai-kapai la jawabnya...last2 bisnes separuh jalan
Lebih buruk kalau nama syarikat pulak dipersalahkan. Tapi tidak semua juga salah mentor. Ada yang mentor tunjuk jalan macam-macam tapi dek kerana malas nak usaha, nk bersusah-susah, nak sentiasa ada sales, kalau takde give up, atau taknak ada halangan dalam bisnes pun tak jadi jugak.

Wow panjang pulak bebelan.
Bagaimana cara nk maju dalam bisnes Shaklee? Maksudnya bila dah niat nak cari side income dengan bisnes, apa yang perlu buat supaya memang betul2 boleh dapat side income?

Rules #1: Kena faham pasal syarikat, apa yang syarikat tawarkan
Maka bisnes manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca apa yg ditulis dalam buku manual biz, jadi jangan la segan untuk bertanya mentor. Nak income cepat, cari mentor cepat-cepat dan korek ilmu. Yang basic wajib tahu.

Rules #2: Hanya bermula dengan sharing 
Jika sebelum ni anda pengguna, sangat la mudah. Dengan guna konsep sharing, hanya share sahaja apa product yang diguna. Share kebaikan dan kesan yang dirasa. Apa perubahan positif yang dah berlaku. Share dari hati. Nak share di mana? Kita ada bnayak medium online dan offline. Kalau online di blog, fb, instag. Kalau offline, di opis, dgn jiran sebelah rumah, dengan jiran di taman perumahan.

Rules #3: Bisnes shaklee adalah bisnes ilmu 
Peluang akan datang lebih banyak jika kita willing untuk gali dan korek ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit la. Rajin juga hadir majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing, dan banyak ruang berkaitan dengan bisnes. Buat tanpa ilmu ibarat buat benda sia2 yang boleh menyebabkan kita give up dan berhenti separuh jalan. Jadi tak  boleh malas nak hadir ke kelas.


Salah satu kelas anjuran para suami ireach. Best group kami, ada support dari geng suami2 yang sayang bini ni. Marketing dari mereka power! 

kelas ada banyak jenis. Group kami menyediakan kelas secara maya iaitu kelas secara webinar, kelas wassap, kelas dari group fb dan juga kelas secara offline di setiap pelusuk negeri. Di mana anda, di situ kami. Chewaaah. 

 Salah satu feedback dari kelas coaching (tunjuk cara bisnes) yang kami adakan untuk guide mereka yang nak bina side income bersama shaklee

Rules #4: Bertindak 
Banyak pergi kelas tapi balik kelas tak baut apa-apa pun tak guna. Sebab ilmu tak diapply. Bila tak apply hasilnya nothing. Jadi kena terus apply. Just do it. Kita takkan tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat. Dalam bisnes network ni, kita punya ramai insan2 yang sudi berkongsi. Kalau rasa masih tak yakin untuk buat sorang2, cari kawan..cari sideline untuk sama2 buat dan sama2 menyokong. Yang penting jangan harapkan orang lain buat untuk kita. Tiada istilah ini dalam bisnes Shaklee. 

Rules #5: Tanamkan dalam diri untuk tolong orang lain dalam organisasi
Ada satu pepatah mengatakan, kalau kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan kita akan dapat apa yang kita nk. Makna kata, walaupun ada seorang downline di bawah kita, buat bersama2 supaya dia juga boleh buat mcm apa yang kita buat. Amanah ni walau nampak mcm berat, tapi percaya lah berapa banyak ladang pahala yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke arah kebaikan. Ilmu tu akan diajar pula pada orang lain. 

Rules #6: Jangan berhenti
Berhenti sekejap, boleh merosakkan mood selama-lamanya. Perangai manusia ni, kalau kita stop..bila nak mula balik tu payah. Macam menjahit, dulu saya sangat suka menjahit..Tapi bila saya stop, mesin jahit tu saya pandang sepi je. Kesian kan. Rugi memang rugi. Walau apa pun yang berlaku, jangan stop, dan jangan mengalah. Hatta setiap sharing tiada respon, setiap bulan sales masih di takuk lama walaupun setiap harri berusaha, atau setiap target tak pernah dicapai, teruskan dan teruskan. jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah tak zalim. Dia tidak akan sia2kan usaha walau bertahun-tahun sekalipun. The power of Sabar.

Rules #7: Dekatkan diri dengan Pencipta
Yang ni memang tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang memberi dan Si Pemberi yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izinNya. Jadi penting untuk berkasih dan bercinta dengan yg Maha Memberi. Bukan sebab usaha kita, bukan sebab kepandaian kita, kita dapat hasil. Itu semua asbab dari usaha. Yang meluluskan segala permohonan kita adalah Allah. Buat apa yang Allah suka pasti Dia akan beri apa yang kita mintak.

Tetapkan dulu 7 rules ni dalam diri.

Follow rapat2..biar sentiasa jadi prinsip hidup dalam bizz, insyaaAllah brape banyak income yang kita nk kita akan dapat. Bisnes bukan sekadar buat duit, tapi bisnes yang boleh bina diri kita jadi lebih baik, bisnes yang boleh upgrade hubungan kita dengan Allah, bisnes yang boleh rapatkan ukhuwah dan sebarkan salam persaudaraan bukan kah bisnes itu lebih banyak beri keuntungan??

Bisnes mesti nak untung kan?
Kalau rugi buat ape??

Mahu bina side income Shaklee dengan group kami? Anda dialu-alukan untuk menyertainya.

Ketahui FAQ Bisnes Shaklee DI SINI 
Ketahui Cara Daftar Ahli Shaklee DI SINI 

Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di talian berikut. Tiada perjanjian bulan bintang saya berikan, tapi cara buat bisnes dengan betul akan ditunjukkan. InsyaaAllah hanya untuk mereka yang rajin usaha dan bertekad untuk berjaya.

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com





1 comment:

kakak comel said...

bisnes shaklee memang best