Monday, March 20, 2017

11 Tanda Tekanan Oksidatif Dalam Badan Yang Ramai Tak Perasan

Tak ramai orang awam tahu tentang tekanan oksidatif atau bahasa omputihnya oxidative stress. Tapi kalau sebut perkataan kanser, semua orang familiar kan? Apa kaitan tekanan oksidatif dan kanser? Strategi terbaik untuk cegah kanser adalah dengan kurangkan tekanan oksidatif dalam badan.



Entri kali ni Kak Yana nak story la sikit pasal tekanan oksidatif ni. Ramai tak ambik peduli pun tentang perkara macam ni. Sebab tu ramai yang ada masalah kesihatan dan ramai yang ada penyakit kronik.

Sudah ada kajian menunjukkan yang tekanan oksidatif adalah penyebab kanser. Jadi penting untuk kita tahu ape bende tekanan oksidatif ni? Macam mana nak kawal supaya kita bukan lah mangsa yang terpaksa hadapi saat-saat kritikal menjadi pesakit kanser atau pesakit kronik yang lain. Woohooo ce bayang tatkala anda dikhabarkan dengan berita yang anda mengidap kanser stage 4. Jatuh terduduk kot kan? Takkan happy pulak.

Sebelum cerita lebih panjang marilah kita renung dan tenung epal ni. Epal best kan? Kalau segar. Kalau dah lebu atau dah macam lembik memang takde selera nak makan. Ape lagi kalau nak makan yang buruk tu memang tak lah kan.


Tengok epal yang buruk tu, macam tu lah diibaratkan sel kita yang alami tekanan oksidatif.

Oxidative stress ni adalah bila radikal bebas lebih tinggi dari antioksidan. Akibatnya sel, protin dan DNA jadi rosak.

Macam mana boleh berlaku oxidative stress ni?

Proses pengoksidaan berlaku kerana badan kita memetabolismekan (atau proses) oksigen yang kita sedut dan sel-sel kita menghasilkan tenaga daripadanya.
Proses ini menghasilkan radikal bebas yang berinteraksi dengan molekul di dalam sel-sel kita yang menyebabkan kerosakan (atau tekanan) kepada sel-sel berdekatan, mitokondria dan DNA (gen kita).

Radikal bebas adalah normal dan perlu untuk tahap yang tertentu. Selain menyebabkan beberapa kerosakan, mereka juga merangsang pembaikan.

Tapi kalau jumlah radikal bebas yang dihasilkan lebih banyak berbanding proses pembaikan , itu yang jadi isu dan isu ni kita panggil tekanan oksidatif. Bahasa omputih oxidative stress.



Ada beberapa keadaan pengoksidaan dalam badan ni berlaku termasuklah 
  • apabila sel-sel kita menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga
  • apabila sistem imun melawan bakteria dan menghasilkan keradangan
  • apabila badan kita menyahtoksik bahan pencemar, racun perosak, dan asap rokok

Malah, ada berjuta-juta proses yang berlaku dalam badan kita pada satu-satu masa yang boleh menyebabkan pengoksidaan.

Kalau kita dalam keadaan stress, ha lagi tinggi lah proses pengoksidaan berlaku. Tapi boleh control dan boleh halang kerosakan kalau badan kita ada antioksidan yang cukup.

MACAM MANA NAK TAHU BADAN KITA MENGALAMI TEKANAN OKSIDATIF ? 

Ini tanda-tandanya : 

> Keletihan
> Memory loss
> Sakit otot / sakit sendi
. Mata dah makin tak nampak
> Kulit kedut dan beruban
> Mudah sangat dapat jangkitan. Orang demam, kita pun demam.
> Kanser (tahap tekanan oksidatif dah tinggi)
> Kegagalan jantung
> Diabetes (kerosakan tisu)
> Inflamasi
> Insomnia

Jadi janganlah abaikan kalau dah ada rasa selalu letih. Itu tanda yang paling common. 

MACAM MANA PULAK NAK KURANGKAN TEKANAN OKSIDATIF SUPAYA KITA BOLEH HIDUP SIHAT DAN HIDUP LAMA TANPA DERITA DENGAN PENYAKIT

Ada 2 cara nak kurangkan tekanan oksidatif ni

(1) Elakkan terdedah kepada pengoksidaan yang tidak perlu contoh avoid gula, buat senaman untuk hilang stress, tingkatkan sistem imun 

Pengoksidaan meningkat apabila kita terdedah kepada tekanan, toksin, dan jangkitan. Ia juga meningkat selari dengan peningkatan gula dan bahan kimia yang masuk dalam badan, jadi lebih banyak kita boleh mengurangkan pendedahan kepada perkara-perkara ini, itu lebih baik.

Pilih sumber makanan yang organik dan penggunaan product yang bebas kimia boleh memberi impak yang besar. Ada 4 langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pengoksidaan yang tidak perlu dalam badan

Cara #1: Elakkan gula dan makanan yang diproses dan imbangi tahap gula dalam darah. Apabila badan memproses gula ia juga mewujudkan pengoksidaan. Jadi lebih banyak gula kita makan, lebih banyak pengoksidaan berlaku. 
Makan banyak tapi tak kerap juga meningkatkan pengoksidaan. Jadi imbangi gula dalam darah dengan cara makan sikit tapi kerap supaya amount gula dalam darah tak tinggi. 

Cara #2: Cegah jangkitan 
Bila sistem imun melawan jangkitan, pengoksidaan terhasil. Sebab itulah bila kita sakit, kita tak punya tenaga, kita rasa badan lemah dan tak larat.

Cara #3: Luangkan masa buat aktiviti yang boleh kurangkan stress. 
Dalam sehari, badan kita perlukan rehat. Sebab itulah ada istilah nap, dan sebagai orang islam solat itulah yang merehatkan kita. Selain tu luangkan masa untuk buat aktiviti luar seperti berenang, Meditasi, berjalan-jalan tepi pantai atau baut apa sahaja yang boleh bagi rasa tenang 

Cara #4: Elakkan toksin 
Pilih makanan organik dan elakkan rokok, lilin, buat rambut dan kuku di salun, asap dan plastik. Semak penjagaan peribadi dan produk pembersihan yang mengandungi bahan-bahan toksik dan menggantikannya dengan alternatif yang bukan toksik.


(2) Tingkatkan anti-oksidan

Tidak kira apa yang kita buat untuk kurangkan tekanan oksidatif ni tapi secara sedar, kita memang sentiasa terdedah kepada toksin dan tekanan, jadi langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan anti-oksida yang ada dalam badan kita untuk bantu supaya badan kita lebih kuat. 

Antara makanan yang kaya antioksidan adalah 
  • Asparagus 
  • Walnut 
  • Spinach 
  • Tomato 
  • Brokoli
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Avokado 
  • Teh Hijau 
  • Halia
Antara antioksidan melalui supplement yang boleh menyokong badan pula adalah 
  • Resveratrol (Vivix)
  • Vitamin C 
  • Vitamin E dengan selenium 
  • Vitamin D dengan magnesium (Ostematrix) 


Antioksidan terbaik ----> VIVIX sebab vivix mengandungi gabungan resveratrol dan polyphenol yang mana memberi impak 10x ganda berbanding resveratrol sahaja.

Vivix disokong oleh kajian klinikal. Diiktiraf peringkat global. 4 mekanisme utama Vivix adalah
>> membaiki sel DNA
>> mengurangkan inflamasi
>> meningkatkan penghasilan tenaga (mitokondria)
>> mengelakkan pengumpulan protin AGE


Taknak sel cepat rosak macam apple buruk tu? protect la diri sendiri dengan kuasa antioksidan yang diiktiraf, bukan yang acah-acah claim bagus. Penting untuk kaji supplement atau makanan tambahan supaya kita tak salah pilih. Nak sihat tapi sakit pula yang dapat. Tak ke haru tu. 

Product Shaklee ada Landmark study. Nak tahu detail pasal Landmark Study boleh rujuk link INI
Tiada syarikat seumpamanya yang berani untuk buat Landmark Study ni tapi Shaklee buat untuk buktikan yang product Shaklee adalah selamat dan berkesan. 

Tak payah tunggu lama untuk sayangkan body sendiri. Protect dari sekarang supaya ktia tak perlu nak labur duit ribu riban semata-mata untuk sembuh dari sakit. Masa tu mungkin sudah terlambat. Sebelum jom tengok feedback mereka yang dah cuba Vivix







Rasai kehebatan kesan Vivix dan vitamin Shaklee yang lain. Good news, beli Vivix, PERCUMA keahlian. Macam mana? Nak beli Vivix, ada 2 cara

1. Boleh terus buat pembelian vivix dan di SINI 

2. Pembelian lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee. Hubungi Kak Yana untuk penjelasan lanjut mengenai vivix untuk membantu anda rasa lebih sihat dari masalah sakit kronik. Untuk customer yang buat pembelian dengan Kak Yana, dapatkan FREE CONSULTATION mengenai cara pemakanan yang betul. InsyaaAllah bantu sebaik mungkin untuk customer dapat manfaat kesihatan secara optimum. Sekiranya anda berada di kawasan berikut, boleh uruskan COD

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Taman Impian, Kampung Padang


No comments: