1. Apakah skim unit amanah?
J: Skim Unit Amanah adalah suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan kemudian dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau asset yang lain yang diuruskan oleh professional pelaburan.
2. Apakah manfaat skim unit amanah?
1) Kepelbagaian
Pengurus tabung skim unit amanah (SUA) membeli pelbagai jenis pelaburan. Apabila semakin banyak pelaburan, semakin kurang kadar turun naik pulangan pelaburan. Jadi bagi pleabur yang tidak mampu membuat pelbagai jenis pelaburan kerana simpanan terhad, pleaburan dalam SUA menwarkan kepelbagaian dengan risiko pelaburan yang minimum
2) Cara mudah membeli dan menjual
Unit boleh dibeli dan dijual dengan mudah. Hasil belian balik kepada pemegang unit (PU) dibayar selewat-lewatnya 10 hari selepas permintaan
3) Pengurusan professional
Pengurus tabung terdiri dari golongan professional (pengalaman lebih 27 thn bagi public mutual). Kepakaran ini dapat menghasilkan pulangan pelaburan yang lebih baik daripada biasa
4) Pendedahan pelaburan
Pelabur kemungkinan dapat melaburkan simpanannya dalam salah satu pelaburan ini atau dalam gabungan semua pelaburan.Jadi pelabur dapat menyesuaikan pendedahan pelaburannya untutk memenuhi objektif mereka.
5) Kos pelaburan
Bila membuat pelaburan secara lansung, pelabur kecil perlu menanggung kos urusniaga. Namun dalam SUA, disebabkan pengurus tabung malbur dalam jumlah yang besar maka wujudlah ekonomi ikut bidangan.Jadi pelabur kecil tidak perlu menanggung koas urusniaga.
6) Purata kos dollar (bagi mereka yang buat pemotongan gaji untuk melabur)
Pelaburan dalam SUA adalah salah satu peluang bagi pelabur untuk mendapatkan manfaat dengan menggunakan konsep purata kos dollar.Konsep ini merujuk kepada pelaburan bersistem dan biasa bagi sejumlah wang yang tetap tnpa mengambilkira paras harga pelaburan dibuat. Dengan menggunakan konsep ini, pelabur boleh mengambil peluang daripada turun naik harga unit untuk kepentingan mereka terutama jika harga unit menurun mereka boleh beli lebih bnyak unit dan mengurangkan kos purata keseluruhan portfolio pelaburan.
Wednesday, April 30, 2008
Home
Unlabelled
What Is Unit Trust Scheme..part 1
What Is Unit Trust Scheme..part 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment