Monday, December 22, 2008

Rahsia Psikologi Warna

Penat try upload photo tp xdapt2 jugk, aku layan tenet..bukak web itu, web ini, blog, fotopages org..dan dlm bnyk2 tu terjumpa 1 web http://www.rahsiaperkahwinan.com/ erm aper la rahsia perkahwinan yg nk disingkap..bc latest entry..tajuknya psl psikologi warna..so nk share kt cni maksud di sebalik warna..mungkin ramai yg dh tau tp xper la bolh bc..

  • Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
  • Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
  • Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
  • Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
  • Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
  • Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
  • Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
  • Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
  • Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
  • Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
  • Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
  • Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

so apkh wrna kegemaran anda??setiap warna mengikut psikologinya mempunyai maksud yg tersirat..aku suke wrna merah terang -Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi...woo btul ker??

3 comments:

Anonymous said...

warna putih & cream xde ker?? hehe

Anonymous said...

heheh putih n cream xjumpe la..xper blh teruskan pencarian

Anonymous said...

Ye la, warna putih x de. Agaknya putih melambangkan kepimpinan dan peribadi yang dihormati kerana IQ yg tinggi.Agaknya..? Dari pengamatan dan pengalaman hidup je.