Monday, July 6, 2009

Sudah sebulan..alhamdulillah

Pejam celik sudah sebulan kami disatukan..sebulan sudah menjalani kehidupan bersama..alhamdulillah masih diberi nikmat nyawa dan kebahagiaan oleh Tuhan..usia perkahwinan masih baru..masih mentah..sngt bnyk lg perkara yg harus dipelajari..masih jauh perjalanan yng tentunya penuh berliku..


Selama sebulan..aku bahgia di sisi suami kesygan..dia bnyk membantu terutama kerja2 di rumah..walaupun kadang2 lidah tergigit tapi itu semua rencah rumahtangga..ada pahit dan manisnya sbb manusia itu tidak sempurna..aku terima dirinya seadanya kerana aku sedar diri ini pun punyai banyak kekurangan..yg penting SABAR..apapun kami masih dlm proses mengenali diri masing2 dgn lebih dalam..dan berusaha utk saling melengkapi..





Selama sebulan..hubungan dgn mertua, ipar duai alhamdulillah smuanya dalam kawalan..*baru menerima biras baru on 4th julai*..they are so nice to me..namun masih terlalu awal usia perkenalan..masing2 punyai sifat sendiri..harus faham dan menerima juga..harus pandai menyesuaikan diri dan menjaga hati



Apapun..buat suami kesygn..

Pernikahan ataupun Perkahwinan,

Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

I LOVE U SOOOOOOOOOOO MUCH

7 comments:

zul said...

emmm.. semakin dekat dgn tarikh perkahwinan.. makin berdebar n makin rasa tak bersedia...huhuhu

nanonano said...

sebak..

sweet cravings said...

yana... sweetnye! i'm speechless! :) semoga korang happy sampai bila2 ;)

ieja said...

semoga bahagia itu kekal hingga akhir hayat ye yana.. :)

Rashid said...

ermm tahniah..
Saya doakan moga kebahagiaan kekal mekar selamanya..

Moga sentiasa kuat dan tenang dalam melayari bahtera mengharungi ombak kehidupan.

Ingat, kadang kala ombak tu kuat.. bersamanya angin kencang.. segalanya pasti menguji diri..

Suzie said...

saya sgt suka kata2 tu...rasa sebak sbb sy pun byk rasanya buat salah dgn hubby T_T

thanks for sharing it...

astalavista said...

tiba2 saya jadi sebak...

bersediakah saya...

hye salam perkenalan ye..