Wednesday, January 13, 2010

Pelaburan dan perancangan jangka panjang

Skrang ni nk dpt maklumat cukup mudah kan??janji ada internet, seme masyok..nk cari maklumat toksah cakap ar, mr google n mr yahoo sentiasa ada utk membantu..syukur sungguh dgn nikmat yg satu ini..

Blog ini terhasil pun sbb internet..jumpa kawan2 maya pun sbb internet..tahu deco ala2 english pun via internet..pendek kata bnyk bende yg berlaku dlm hidup aku ni ada kaitan dgn internet..dan skarang aku tgh membuat perancangan..blh dikatakan perancangan masa hadapan utk lebih sempurna..insyaAllah xlama lg aku akan disahkan jawatan..maka skrang ni aku sibuk dok cari tips2 hartanah pasal pembelian rumah..juga dgn bantuan internet..alngkah bersyukurnya aku punya kemudahan ini..

ihsn google jugak..

Mmg banyak website yg menyediakan tips dna panduan membeli rumah..kan aku dh cakap, mr google sentiasa ada utk kita..taip aje dah berderet kuar..tunggu klik, bc dan amik mana yg patt..hehehe so use wisely..ni antara yg aku boleh cebok

Ada byk step rupanya..staart dr bila ada iklan jual rumah keluar smpai la rumah tu selamat dimiliki.Al maklum la pembelian rumah merupakan satu pelaburan yg besar dan jangka panjang..dan bukan semudah membeli kereta..

Apabila anda mendapat maklumat berhubung pembukaan kaunter jualan rumah yang diiklankan, anda perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada pemaju perumahan dengan mengambilkira langkah berikut:
·Brosur projek perumahan secara percuma.
·Luas bangunan (rumah).
·Kedudukan rumah yang akan dibina.
·Tarikh rumah dijangka siap.
·Keadaan permukaan tapak di mana bangunan yang akan didirikan (seperti permukaan tapak yang berbukit, tanah bekas lombong, tanah paya)
·Contoh surat perjanjian jual beli.
·Teliti spesifikasi bahan pembinaan (tidak terlalu ramai pembeli yang prihatin tentang perkara ini)
·Rujukan nombor kelulusan pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Perkara-perkara berikut perlu diambil kira dalam proses membeli rumah:
·Isi perjanjian jualbeli rumah dirujuk menerusi Jadual G dan H di dalam Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
·Pembeli perlu menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli pada masa pembayaran pertama iaitu 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Anda harus memastikan bahawa tarikh pembayaran pertama dan Surat Perjanjian Jualbeli adalah tarikh yang sama.
·Pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran pun tanpa Surat Perjanjian Jualbeli.
·Anda pastikan tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh arkitek atau jurutera yang bertauliah.
·Jika anda (pembeli) atau pembiayaan (end financier : contoh bank) anda gagal membayar ansuran dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, anda sebagai pembeli boleh dikenakan faedah oleh pemaju. Ianya dikira dari hari atas kadar 10 peratus setahun ke atas ansuran tidak berbayar.
·Anda sebagai pembeli perlu diingatkan bahawa kegagalan anda untuk membayar ansuran dan faedah dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, ia membolehkan pemaju menamatkan perjanjian jualbeli.
·Pembeli diingatkan supaya membayar bayaran untuk perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan longkang, potongan rumput di rizab jalan hanya akan dibuat mulai tarikh pemilikan kosong untuk tanah dan bangunan.
·Pembeli bertanggungjawab membayar cukai tanah, cukai taksiran serta caj lain ke atas harta yang dibeli mulai tarikh Perjanjian Jualbeli.
·Semasa penyerahan pemilikan kosong rumah dilakukan, pemaju mesti memohon Perakuan Menduduki Bangunan (CF) daripada pihak berkuasa tempatan.
·Pembeli hanya boleh menduduki rumah tersebut apabila Perakuan Layak Menduduki Bangunan (CF) dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
·Jika anda ingin mengubahsuai rumah anda, ianya boleh dilakukan selepas mendapat CF dan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.
·Jika pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan, pemaju hendaklah membayar gantirugi kepada pembeli. Gantirugi dikira dari hari ke hari dengan kadar 10 peratus setahun daripada harga beli rumah.
·Pembeli boleh menuntut bayaran gantirugi daripada pemaju berkenaan sebelum tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (serah kunci) yang disebut dalam Perjanjian Jualbeli.

Bnyak lg sebenarnya...so kepada sesape yg mempunyai niat sama mcm aku...kita kene kaji dlu betul2 sblm amik keptusan nk bli rumah..biar la rumah yg dibeli nnt akan jadi rumahku syurgaku

6 comments:

deqyalalink in-situ said...

pnjgnye penat nak bace :)

tapiii...ol d best if nak beli rumah ye ! my bro koje kat pjbt pinjamn dan perumahan damansara..

boley mntak tlg ye :P

Ija1202 said...

dan jgn lupa..jarak @ kedudukan rumah dari tempat kerja... :)
semoga 'bertemu' dengan rumah idaman.....
nanti blh sharing nak menghias rumah pulak :)

xeea said...

nak beli rumah jugak. tp tatau nak beli kat mana. dah hidop mcm org nomad. sorang sini, sorang sinun. tsk.

thnx for the tips neway!

AinuLFadZ said...

saya br je beli umah.mmg byk duit abis lebih dr nk kawen.selamat menbeli rumah idaman :)

nurul aziyana said...

deqya:ur bro keje damansara kt kuantan ni ker?

ija1202:hehe itu semestinya..bnyk perkara lg nk kene tahu sblm amik keputusan

xeea:sabar yer xeea..lambat laun korg akan hidup berdua jugk..insyaAllah

ainul:ye ke, kalu gtu blh la share tips jugak

a said...

bagus survey dari awal.. pegi la round sekitar bandar cari rumah yang sedang dalam pembinaan.. tengok rumah contoh..nanti akan ada idea camne design rumah yang diidamkan.

paling penting kena ada simpanan masa nak masuk rumah.kalau semi-D macam akak tu,paling kurang RM25k kalau nak masuk umah..

anyway,gudlak..