Monday, March 7, 2011

aku dan blog

I should blog about it on 23rd januari 2011..but i forgot..itu tarikh keramat blog ini terbina..rupanya tanpa sedar sudah 3thn blog ni hidup..mcm2 kisah, mcm2 rencah hidup, mcm2 pengalaman dikongsi dalam blog ini..suka, duka, pahit, manis, gembira, riang..pendek kata mcm2 ada..segalanya pun kalau boleh mahu dicerita, mahu masuk blog. biarpun sekadar gambar yg dipaparkan.

Kenapa ada blog? aku bukan jenis yg pandai menulis, nk meluahkan dalam bentuk penulisan guna ayat yg bombastik mmg bukan dalam kepakaran aku. bukan juga dikategorikan sebagai penulis blog yang berjaya menarik perhatian pembaca sbb isi blog aku carca merba. Tiada niche. Kekadang tiada kesinambungan. Humor jauh sekali. Kalau bercerita, ikut kata hati sahaja, ikut apa yg terlintas di fikiran. Ayat tunggang langgang pun hentam keromo saje.


Jadi kenapa nk berblog?


Nk belajar bukan sehari dua baru boleh pandai..lain la kalau anda mmg dilahirkan dgn kelebihan pandai mengarang. Pandai bercerita dlm bentuk penulisan. Pandai meluahkan dengan hanya menarikan jari jemari di atas keyboard *see..ader ke perkataan bm 'menarikan'??hentam..* Aku bukan insan sedemikian. Sekali lg, aku hanya menulis ikut kata hati..

Walaupun demikian, i love blogging.. sehari tidak jenguk blog rasa mcm ada yg tak lengkap. Tak buat entry pun tidak mengapa asal blog dibuka. Hari yg suram pun bertukar ceria. Lebih ceria bila entry yg terpapar mendapat komen dr pembaca..1 ayat yg dikomen pun mampu buat aku puas. Inikan pula kalau banyak ayat. Sengih melebar seorang diri depan laptop :). Alhamdulillah, setakat ni xder commentor yg baut aku rase nk private blog..semuanya very supportive.sbb itu blog adalah antara page yg wajib dibuka bila buka internet. Kt rumah TV xde pun aku xkisah sngt janji ada internet. Hantu internet la.

Dari zaman anak dara sampai dh kawen dan skrg dh ada anak, aku masih setia berblogging. Masa anak dara cerita pasal preparation nk kawen, itu ini semua pasal kawen. Bila dh kawen, hidup berdua cerita pasal pengalaman jadi bini org pulak.. honeymoon sana honeymoon sini..And now bila dh beranak, most of the entries pasal anak. Ank 1 bulan nk cerita, ank 2 bulan buat entry juga, anak 3 bulan report perkembangan kt blog, anak 4 bulan pun mcm wajib nk masuk blog juga. Kalau dh sampai setahun, entah berapa la entry pasal anak saja.

Kadang2 entry muncul suam2 suku tp bila tgk hasil nuffnang, kencang sekejap menaip entry. Dr blog, aku kenal ramai org. Boleh kongsi2 cerita, boleh tukar2 pandangan dan boleh minta nasihat. Jadi sape kater berblog tu membuang masa. Ukhuwah terjalin, silaturrahim terbina. Kan bagus tu. Kekadang kawan yg hanya kenal di alam maya lebih baik dr kawan yg kenal di alam sekolah atau universiti. Maksud aku kt sini lebih caring. Tp xsemua mcm tu..

Sesetengah berblog hanya untuk suka2. Bila org ada blog, kita pun nk ada blog juga. jenuh la create blog, jenuh google template cantik2, godek sana godek sini. Tambah gadjet macam2. Bila org kata tambah itu boleh buat tarik traffic,tambah ini boleh buat org terjah blog, aku buat. Itu la aku waktu mula2 mengenal blog. Tp skrg ni gadjet2 yg xpenting aku dh nyah dr blog, tinggl beberapa jer lg yg perlu sisih. Sampai skrg pun kalau ada tutorial menarik utk blog, rajin la juga klik tengok. Kalau agak2 mudah jer nk buat, buat juga la. agak2 leceh, xbuat pun tak ape la. Tp sekarang sebut jer cmner nk buat blog, boleh la jadi cikgu nk tolong ajar..nk suruh buat kursus kt kolej komuniti pun aku agak akan angkt tgn utk jd volunteer person..tp bayar la beb! hehehe mane ade free skrg. ceh berlagak! hahaha cikit2 boleh la.

Lagi yg aku suka sangat berblogging ni adalah $$$$$.. nuffnang dgn blogger mcm irama dgn lagu. Terjah la blog sesiapa pun rata2 semua ada tempek nuffnang pd blog. Aku tidak ketinggalan. Mula2 buta, xtau ape tujuan nuffnang..org letak aku pun letak. Sudahnya bertapa la nuffnang tu kt blog. Tp bila ada ilmu sikit2, baru aku tahu nuffnang=$$$. Guna jari pun dapat duit you. Yg penting tingkatkan traffic sbb traffic=$$$$. Aih terasa mata duitan plak daku ni :)
Kesimpulannya, aku mmg suka blog. Kalau boleh biar la blog ini hidupnya dgn aku dan matinya juga dgn aku. Senang cerita, sehidup semati. Amboi, obsesnya dgn blog. Ye la, kalau suatu hari nnt nyawa aku diambil, siapa yg nk taip entry di sini?? Tiada siapa.
Terima kasih blog kerana menjadi tempat aku meluahkan..





8 comments:

Unknown said...

kita sama
blog macam dah jadik sebahagian dari hidup. tak hadap dia, macam tak kena je hidup

mmg kedengaran extreme
tapi aku yakin ramai yg macam tu juga
lagi2 yg blogging bertaun2
yg masih maintain
takde sebab munasabah nak diberi bila org tanya 'kenapa ko pelihara blog?'

JMR said...

blog tu apa?...

kihkih

CaHaYa^KetEnaNGan said...

sama la..blog untuk citer macam2..sbb tu blog perlu label..sng nak cari..kadang2 tak semua citer boleh share ngan org..ye la maksudnya kalau citer kat org tu mst tak layan..rasa macam sensorang..so baik tulis kat blog even tunggang langgang ayat..hehehe..asal tercapai maksudnya..start pun tahun 2008 apabila nak buat persiapan nak kahwin..masa tu la 1st time start to write...

yana: konsep nutffang tu camner..still tak pandai ni...huhuhu..dah banyak kali nak tanya..tapi tak berjaya..

nurul aziyana said...

dayu:kite kenl pun melalui blog dayu..rase mcm blog pengikat hubungan..hahhaha..xder blog, xder la jaringan hubngan

jmr:ce teka

nurul:kalau nk cerita pasal nuffnang panjan..nnt la yana try buat entry pasal tu ek

wardah @ fie shah said...

dari blog kita kenal ramai orang suka sgt! termasuk yana. congrats yana sudah 3 thn berblog.

CaHaYa^KetEnaNGan said...

yana: nurul nantikan penulisan tntg nutfang pulak..pembaca blog setia yana

nurul aziyana said...

wardah: hehehe ye btul..kiter kenal pun via blog kan

nurul:tungguuuuuuuuuuu..bila xtahu tu..hahhahaa..btw terima kasih sudi bc blog cikai ni

ღnFashyaღ said...

setujuu 100% yana cakap tuh. kite kenal pun start dari nak kawen dulukan. tak sesia buat blog. Ada blog memang best!