Tuesday, July 5, 2011

Aku ada Cabaran

Aku xpernah lupa. Dulu sebelum bersalin lg benda ni sentiasa di ingatan. Apatah lg selepas bersalin..lg kuat bila waktu pantang dh sampai ke penghujung. Aku rase semua wanita bekerjaya akan merasai yg sama. Soalan " nk hantar anak pd siapa?" adalah soalan lazim yg bermain di fikiran.

Ingatkan panas sampai ke petang. Tetapi rupanya hujan lebat di pertengahan jalan. Kami diuji. Tp ujian yg kami terima tidak la sehebat ujian yg diterima keluarga BS husna.

Balik ptg semalam seperti biasa aku amik Husna seolah2 tiada apa pun yg berlaku..semuanya seperti biasa, rutin yg normal sehinggalah malamnya aku dapat call dr teman seblok mengatakan Kak ton (BS) masuk ICU, koma akibat kencing manis yg kritikal..sehinggakan darahnya dikatakan sudah berasid dan kesannya sudah sampai ke otak dan jantung. Subhanallah...aku terkesima. Sekelip mata aku dihadapkan dengan berita ini. Tiada kata aku nk gambarkan. Terkejut. Terus fikiran menerpa Husna. Pd siapa mahu diberi tnggjawab untk menjga sementara kami suami isteri bekerja. Apa yg aku rasa dulu kini menerjah kembali.

Mungkin ada yang berkata aku pentingkan diri sendiri. Org tu tgh sakit, aku pulak fikirkan Husna, mana nk letak Husna..ikut la apa org nk kata tp bg kami itu cabaran utama kami. Aku bukan tidak simpati..Kesian pd Nabila, anak BS..selama ni dia yg jg Husna. Dia anak tunggal. jadi satu2nya harapan untuk menjg ibunya yg sakit. Jadi sudah pasti lepas ini sudah tidak ambil lg ank org untuk dijaga. Walaupun belum keluar kata putus dari mulut nabila, tp kami faham. kalau dh doktor sendiri yg mengesahkan harapan adalah tipis walaupun doktor bukan la org yg mampu menentukan keadaan seseorang tp kami perlu amik langkah awal. Tmabah pula, bulan 12 nabila akan mula belajar. Jadi mmg tiada siapa yg akan ambil alih. Akhirnya mmg Husna terpaksa dipindahkan ke tempat lain. Tiada pilihan.

Aku pula tgh berkursus hari ni, 3 hari bermula hari ini. Suami terpaksa bercuti selama 3 hari ni menjg Husna. Masalahnya sekarang, dgn kami Husna mmg xnk menyusu. bayangkan la apa yg aku rasa sekarang. Mcm mana la bila berubah tempat nnt, berubah tangan yg menjaga. Aku seolah dapat bayangkan sekuat mana raungan Husna. Aduh mcm mane mau keraskan hati. hanya pd Allah aku harapkan.

Pilihan yg ada yg paling kuat di hati aku skrng ni adalah IIUM Educare. Sekurang2nya dekat ngn ayahnya. Taska POLISAS mmg tidak. Tp kt mana pun nk hantar jatuh no 2 sekarang..yg penting Husna..Dia susah nk dgn org lain. Aku tak tahu brapa lama dia akan amik masa utk nk adaptasi dgn org lain. Bukan aku boleh cuti selama mana yg aku nak. aduh banyak lg cabaran kami..

Harapan aku skrng moga Allah berikan kekuatan kepada kami, tunjukkan kami jalan..Doaku Ya Allah tunjukkan kami jalan terbaik, tunjukkan kami tempat terbaik dan penjaga terbaik untuk Husna..sesungguhnya hanya Allah yg mengetahu apa yg disebaliknya..doa aku juga moga keluarga kTon kuat dan tabah especially nabila..moga kTon kembali normal..keajaiban Allah tiada siapa yg tahu kan..

4 comments:

Adila Khairy said...

dear yana,

orag sangat2 faham situasi dan apa yang yana rasa skrg ni, sebab org pernah alaminya sebanyak 2 kali (tukar BS), bezanya, safiyyah jenis ok belako dengan org wpun dia kurang gemar menyusu guna botol..

org buat keputusan hantar safiyyah ke nursery masa dia umur genap 6 bulan, rasanya masa ni dia dah besar dan memang patut dia mulakan aktiviti pembelajaran awal dlm hidup dia, kalau kita hantar dekat rumah org, dikhuatiri anak2 akan terikut2 dengan perangai, percakapan dan sikap org2 dekat rumah BS tu (mungkin anak2 dia, BS sendiri atau suami BS..

kalau hantar dekat nursery, at least ada aktiviti pembelajaran untuk dia kat sana. kecik2 lagi baby ada program utk pembelajaran awal dan dr segi keselamatan dan kebersihan lebih terjamin (inipun utk nursery yg betul2 ok la)..

utk masalah husna yg tak minat dengan org lain, mungkin awal2 dia akan menangis atau meraung ke, tapi kalau hantar dekat nursery, biasanya kat sana ada ramai pengasuh, kalau budak2 yg kiut miut ni lagi la ramai yg nak usung nak jaga nak dukung utk pujuk dia, tp mana ada baby tak kiut kan?

lagi satu, dekat nursery ada ramai kawan2, biasanya budak2 kalau tgk budak2 lain baya dia dia akan diam dgn sendiri pahtu tengok je kawan2 baru tu, insyaAllah dia akan serasi dengan tempat tu nanti..

cuma, yana kena riki2 dulu la nursery mana yg bagus, sbb byk sgt kes nursery letak tape utk bg susu la, tuutp muka dengan napkin la, sendal botol susu dengan bantal la, so kena tawakkal dan cari yang terbaik..

tak apa la bayar mahal sikit, asalkan keselamatan dan keselesaan anak terjamin.. lepas kejadian dekat rumah BS safiyyah bulan 5 aritu, org dgn suami nekad nak hantar nursery, walaupun bayaran bulanannya sgt tinggi RM500 sebulan, tp so far kami sgt berpuas hati...

org doakan yg terbaik utk husna.. selamat mencari ye.. insyaAllah ada jalannya.. :)

CaHaYa^KetEnaNGan said...

Allah itu maha Mengetahui..nurul doakan yana berjaya dgn misi mencari bs baru..nurul dulu mmg teringin nak anto sofiya kat IIUM educare, ttp nk masuk bukan senang, maklum la ramai giler nak letak bb kat situ, staff lagi, student lagi..mmg crowded la..nurul pernah register tp tak panggil pun..takpe la..biar la sofiya dok ngan bs yang ada skrg, mungkin itu pun ada hikmahnya kenapa sofiya tak diberi peluang masuk iium educare. nurul pun macam dilla, mahukan anak tu berpendidikan sbb tu nak anto nursery...harap yana bersabar dengan ujianNya

nanonano said...

insyaAllah, mintak dipermudahkan dlm segala urusan

mun said...

mun doakan semoga segala urusan yana sekeluarga di permudahkan..insyaallah..